Friday, December 21, 2012

Tentera AS bunuh 16 orang awam berdepan hukuman mati





         
LOS ANGELES: Pendakwa raya menuntut hukuman mati terhadap seorang anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang dituduh membunuh 16 penduduk kampung di Afghanistan dalam satu daripada kekejaman perang paling buruk, kata tentera AS semalam.

Staf Sarjan Robert Bales berdepan 16 pertuduhan bunuh, enam tuduhan cubaan membunuh, tujuh tuduhan serangan dan dua tuduhan menggunakan dadah. Seramai 17 daripada 22 orang yang terbunuh atau cedera itu adalah wanita serta kanak-kanak dan semua mangsa ditembak di kepala.


Jika disabitkan dengan hukuman mati, Bales akan menjadi tentera AS pertama dihukum mati sejak lebih setengah abad dengan yang terakhir adalah pada 1961 apabila Prebet John Bennett dihukum gantung kerana pemerkosaan dan cubaan membunuh, menurut Pusat Maklumat Hukuman Bunuh. Bale, 39, berdepan kuasa mutlak mahkamah yang membolehkan hukuman mati maksimum dijatuhkan kerana tuduhan pembunuhan beramai-ramai Mac lalu, kata pihak berkuasa tentera negara itu. - AFP

No comments:

Post a Comment