Wednesday, August 10, 2011

UPP rampas mercun dan bunga api di pinggir Pantai Kurong Tengar, Kuala Perlis



KANGAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api di pinggir pantai Kurong Tengar, Kuala Perlis dekat sini, hari ini. 

Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman, berkata rampasan dilakukan oleh pasukan UPP kawasan Kuala Perlis jam 3.35 pagi setelah membuat intipan selama satu jam di kawasan belukar pinggir pantai itu.
Katanya, UPP bertindak melakukan rampasan setelah tiada individu yang datang mengambil mercun dan bunga api itu selepas intipan dilakukan. Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat.
Zakaria berkata, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 13 jenis mercun dan bunga api yang dipercayai di seludup dari negara jiran melalui jalan laut untuk dijual di pasaran tempatan bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. 

Nilai rampasan dianggarkan RM4,000 dan hasil rampasan itu akan diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Katanya, rampasan mercun dan bunga api itu adalah yang keempat dilakukan UPP sepanjang bulan Ramadan membabitkan nilai keseluruhan rampasan kira-kira RM6,000. - BERNAMA -bharian

No comments:

Post a Comment