Wednesday, August 25, 2010

Rumah saksi dibaling mercun




2010/08/25

BUTTERWORTH: Rumah seorang saksi yang baru-baru ini membuat laporan polis berhubung penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat, Suid Saad di Padang Menora, Tasek Gelugor dibaling dengan mercun, dipercayai untuk menakutkannya. 

Suid yang juga pesara Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), berkata kejadian jam 1.45 pagi kelmarin ketika beliau sekeluarga sedang tidur.Katanya, mereka terdengar bunyi letupan kuat dan anak perempuannya, Nurhafilah Akmar, bergegas keluar untuk meninjau keadaan, tetapi gagal melihat individu disyaki.Pagi semalam (kelmarin) kami menemui serpihan mercun di depan pintu, selain bendera sebuah parti politik di kebun saya. 

Mereka mungkin hendak menakutkan saya berhubung laporan khutbah sebut nama Guan Eng, katanya di sini, semalam. 

No comments:

Post a Comment