SHAH ALAM: Seorang wanita memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pernikahannya dengan pelakon dan penyanyi era 80-an, Raisuddin Hamzah dijalankan di Songkhla, Thailand pada awal 2007, berikutan status lelaki itu sebagai seorang artis.
Siti Fatimah Suberi, 24, berkata, pemilihan lokasi itu dibuat untuk menyembunyikan sementara waktu perkara itu dari pengetahuan ramai termasuk bapanya.
“Pada mulanya kami bercadang berkahwin di Perak, tetapi disebabkan dia seorang artis, kami tak nak orang tahu buat sementara waktu,” katanya menjawab soalan Peguam Syarie, Roshdan Sujak Rafie yang mewakili bapanya, Suberi Abdullah, 51, yang memohon untuk memfaraqkan (membubarkan) pernikahan anaknya dengan Raisuddin, semalam.
Raisuddin, 55, menikahi Siti Fatimah sebagai isteri keduanya di negara jiran pada malam sambutan tahun baru 2007.
Suberi memfailkan permohonan faraq nikah pasangan itu mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 26 Oktober 2007.
Dia membuat permohonan itu atas alasan Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan dia sebagai wali mujbir langsung tidak dimaklumkan mengenai pernikahan itu.
Kes itu didengar serentak bersama permohonan pengesahan nikah pasangan berkenaan.
Suberi bagaimanapun tidak hadir pada prosiding perbicaraan semalam selepas dimaklumkan mengalami cirit-birit.
Bekas pelajar institusi pengajian tinggi swasta itu turut mengakui tidak meminta kebenaran plaintif (Suberi) untuk bernikah dengan Raisuddin kerana yakin bapanya itu tidak akan membenarkannya berbuat demikian.
Terdahulu, dia bersetuju pernikahannya dengan Raisuddin sah mengikut hukum syarak berdasarkan dokumen yang diperoleh dari Islamic Community of Songkhla, Thailand, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan Pejabat Agama Islam, Gombak Timur.
Katanya, pernikahan itu dijalankan secara sah atas dasar suka sama suka dan mereka bahagia sebagai pasangan sejak mula berkahwin.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin bersambung 20 Disember depan.hmetro
Siti Fatimah Suberi, 24, berkata, pemilihan lokasi itu dibuat untuk menyembunyikan sementara waktu perkara itu dari pengetahuan ramai termasuk bapanya.
“Pada mulanya kami bercadang berkahwin di Perak, tetapi disebabkan dia seorang artis, kami tak nak orang tahu buat sementara waktu,” katanya menjawab soalan Peguam Syarie, Roshdan Sujak Rafie yang mewakili bapanya, Suberi Abdullah, 51, yang memohon untuk memfaraqkan (membubarkan) pernikahan anaknya dengan Raisuddin, semalam.
Raisuddin, 55, menikahi Siti Fatimah sebagai isteri keduanya di negara jiran pada malam sambutan tahun baru 2007.
Suberi memfailkan permohonan faraq nikah pasangan itu mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 26 Oktober 2007.
Dia membuat permohonan itu atas alasan Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan dia sebagai wali mujbir langsung tidak dimaklumkan mengenai pernikahan itu.
Kes itu didengar serentak bersama permohonan pengesahan nikah pasangan berkenaan.
Suberi bagaimanapun tidak hadir pada prosiding perbicaraan semalam selepas dimaklumkan mengalami cirit-birit.
Terdahulu, dia bersetuju pernikahannya dengan Raisuddin sah mengikut hukum syarak berdasarkan dokumen yang diperoleh dari Islamic Community of Songkhla, Thailand, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan Pejabat Agama Islam, Gombak Timur.
Katanya, pernikahan itu dijalankan secara sah atas dasar suka sama suka dan mereka bahagia sebagai pasangan sejak mula berkahwin.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin bersambung 20 Disember depan.hmetro
No comments:
Post a Comment