KUALA LUMPUR: Selepas dua kali gagal dalam melayari bahtera rumah tangga, penyanyi irama etnik, Noraniza Idris, bakal bernikah lagi Jun ini setelah lima tahun hidup sebagai ibu tunggal.
Lelaki yang berjaya mencuri hatinya ialah seorang ahli perniagaan dari Singapura, Encik Jeffri Iman, 51 tahun, yang merupakan bapa tunggal empat orang anak.Noraniza, 42 tahun, yang kini lebih banyak menumpukan perhatian kepada Akademi Tatihseni yang berpusat di Johor Bahru, Johor, memberitahu setelah perkahwinan keduanya gagal, beliau seolah-olah tertutup hati untuk berkahwin.Ibu dua anak berusia 22 tahun dan 17 tahun itu berkata: 'Setelah dua rumah tangga yang saya bina musnah, terutama yang kedua hanya bertahan 12 hari, saya berjanji pada diri ini tidak mahu kahwin lagi.'Namun, sebagai manusia kita hanya merancang dan saya tidak pernah menduga kunjungan saya ke sebuah masjid di Johor Bahru dengan niat untuk memberi sumbangan telah mengubah segala-galanya.'Saya tidak sangka niat ikhlas saya memberi sumbangan pada bulan Ramadan hasil jualan barangan daripada akademi milik saya menjadi titik tolak kepada pertemuan kami.'Menurutnya, dalam pertemuan yang tidak disangka itu, Encik Jeffri, yang menjadi bilal bebas di Singapura, sekadar menerima kad namanya untuk urusan sumbangan akademi kepada masjid itu.'Pada pertemuan pertama itu, kami memang tidak bercakap. Tetapi apabila urusan sumbangan akademi akan dihantar barulah kami berhubungan,' katanya yang ditukil Utusan Malaysia semalam.Sejak itu Noraniza dan Encik Jeffri sering berhubungan dan berbicara melalui Internet.Mereka bertemu buat kali pertama pada 25 September lalu sempena hari lahir Encik Jeffri.Encik Jeffri, yang memiliki syarikat menguruskan jemaah umrah di Singapura di bawah nama Absolut U International Private Limited, kini turut bekerjasama dan membantu Akademi Tatihseni dalam memberi motivasi bersandarkan nilai-nilai Islam kepada para pelajarnya.Beliau, yang sudah 11 tahun hidup sebagai bapa tunggal, juga tidak pernah menyangka akan berkenalan dengan Noraniza.'Saya tahu Ani seorang penyanyi tetapi saya tidak mengikuti sangat perkembangannya. Walaupun sebelum ini saya pernah berazam untuk tidak berkahwin lagi, Allah swt amat menyayangi saya.'Selepas kedatangan Ani di masjid dan kemudian kami sering berbincang tentang ajaran Islam dalam kelas yang saya kendalikan di akademi, ia secara tidak langsung telah merapatkan hati kami berdua,' akui Encik Jeffri.
No comments:
Post a Comment