Friday, September 9, 2011

KAH KAH KAH....Lu Fikir Lah Sendiri

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZu5I-rg6II8KIF4Gw3yxbsWq3qpuDGE_fVcNg8srml0OHrybp-ys_871rWbZkFoKgeSYw9ulooKDcNOVGgZu9Wz-gNFDZqa3bdQdmHJ_7S_NZdUu_uKib3s2lhnguPsDX93QZd24yBRre/s1600/Wira+sejati+warna.jpg

RAMAI menjangkakan sebaik sahaja berakhirnya Ramadan, maka iklim politik tanahair akan kembali membahang, malah suhunya diramal meningkat dengan drastikhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-JeStgtbH_9yY9n51jMXXKt5vWZFJ1qrxhLIbtUNPHZVQ0nIE0P_GfCX5BdBHCeK3y-w7xzmqv-EtOTnR1ERoVVZModpEZQxn9vsBFDpXAxZdNSWgG6TfgooHOawx1uKHV7kCFTEmcqY_/s1600/Kartun+Buletin+Rakyat+Sejarah.jpg sekali, terutama ketika teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 menjadi bualan ramai.
Rupanya belum pun bulan penuh keberkatan dan keampunan itu meninggalkan kita, di hari-hari akhir yang menjanjikan “pembebasan daripada api neraka”,


Utusan Malaysia sebagaimana lazimnya, mencetuskan isu kontroversi, juga melibatkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ia kemudiannya disambut oleh siaran berita TV hampir saban malam. Beliau diserang kiri kanan, depan belakang.
Sejak Jun lalu, sebaik dipilih dalam muktamar parti, Mat Sabu menjadi buruan media. Lanjutan perhimpunan Bersih, 9 Julai, namanya yang sudah sedia popular tambah glamour apabila pihak polis mendakwa beliau memanipulasikan kes penangkapannya.
Hatta pembedahan kakinya pun mahu diungkit. Tidak selesai di situ, kos rawatan beliau turut dipolemikkan oleh Pemuda Umno.

Kebetulan ketika Utusan menimbulkan ucapan Mat Sabu yang mempersoalkan ketepatan sejarah perjuangan kemerdekaan negara, dengan mengambil kes Bukit Kepong sebagai salah satu contoh, Harakah bercuti dua keluaran.

Ramai pembaca mengeluh, sekali gus “sakit hati”, melihatkan media di bawah kawalan Umno “se suka hati” memalitkan tuduhan buruk dan fitnah jahat terhadap PAS, tanpa kehadiran Harakah se bagai “pengimbang”. Di masa de pan, mereka mengharapkan Harakah dapat memendekkan “cuti rayanya”!

Serangan terhadap Mat Sabu sebenarnya adalah usaha berterusan Umno untuk “menghitamlegamkan” wajah PAS menjelang PRU13 khususnya di kalangan pengundi Melayu. Dalam pilihan raya paling kritikal dalam sejarah politik moden Malaysia itu nanti, kerajaan mungkin bertukar tangan jika PAS berupaya meraih lebih banyak sokongan daripada masyarakat Melayu.

Berbanding parti-parti pembangkang lain, PAS sejak awal pe nubuhannya pada 1951 dan pembabitannya dalam pilihan raya persekutuan yang pertama pada 1955, dilihat sebagai seteru terbesar atau saingan terdekat Umno-Perikatan.

Meskipun hanya menang satu kerusi pada 1955, ia begitu mengejutkan bukan sahaja kepada Per ikatan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman, malah British sen diri memandangkan PAS dilihat sebuah parti yang kerdil dan lemah.

Oleh kerana bimbang kebangkitan PAS selepas merdeka, Pesuruh jaya Jeneral British bagi Asia Tenggara, RH Scott, pada Mei 1957, diarah menyediakan kertas  kajian mengenai kerajaan Perikatan dan peluangnya untuk me nang pada 1959.

Mengapa British begitu bimbangkan kebangkitan PAS, sebuah parti kecil yang hanya memenangi satu kerusi ketika itu? Bagi menjaga kepentingannya, British hanya mengharapkan Perikatan, sebuah parti pro-Barat, yang mempunyai dasar selaras dengan kehendak British.
Bagi British, masa depan Tanah Melayu amat penting kepadanya, disebabkan empat faktor. Pertama, sebagai pembekal sumber mentah dan penyumbang mata wang. Kedua, sebagai sebuah negara di mana berjuta paun modal British dilaburkan.

Ketiga, sebagai pang kalan British. Keempat, sebagai simbol pengaruh British di rantau Asia.
Kerajaan Perikatan bukan sahaja membenarkan tentera British ditempatkan di Tanah Melayu selepas merdeka, tetapi juga bersetuju menganggotai Komanwel dan memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain. Ia juga berjanji ti dak akan memilik-negara harta atau pelaburan British.

Scott berpendapat kerajaan British mesti membantu mengukuhkan kedudukan Perikatan ba gi memastikan Perikatan kekal berkuasa selepas merdeka. Bagi Bri tish, PAS dan Parti Rakyat di lihat anti-imperialis dan anti- Komanwel. Kepentingan British akan terjejas dengan teruk jika Perikatan kalah.
Pada hemat saya, isu terbaru mem babitkan Mat Sabu ini bukannya muncul secara spontan begitu sahaja. Ia adalah lanjutan da ripada serangan sistematik Umno ke atas PAS, yang dipacu dengan hebatnya selepas PRU12, yang menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai 6 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

PAS digambarkan sebagai parti yang begitu “kemaruk kuasa” hingga sanggup menggadai prinsip perjuangan Islam, rela di perkudakan oleh DAP, bersedia berkompromi dalam isu-isu agama termasuk kes murtad dan kristianisasi, serta yang terkini di tohmah menyanjung komunis, sambil menghina pasukan ke selamatan yang sebangsa dan seagama.

Saya cuba meneliti sepintas lalu ucapan Mat Sabu di Tasik Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu. Sebenarnya tiada sesuatu yang kontroversi atau mengejutkan pun. Bagi mereka yang sering mengikuti ucapan penceramah popular ini, Mat Sabu memang konsisten ketika mengupas dan membedah sejarah.
Begitu juga dalam kolumnya di Harakah yang banyak menganalisis isu-isu berkaitan hak asasi manusia dan demokrasi. Mat Sabu sering mengaitkan hujahnya dengan fakta sejarah, termasuk apabila menyentuh perkembangan terkini di Timur Tengah. Sukar untuk menyanggah kebenaran di dalam tulisannya.

Malah, penegasan Mat Sabu mengenai keperluan sejarah negara diperbetulkan atau ditulis se mua juga bukan pertama kali dibangkitkannya. Pemimpin PAS lain juga sering menimbulkan hal ini terutama di bulan kemerdekaan, setiap tahun. Mungkin agak sedikit berbeda apabila tema sebelum ini terfokus kepada peranan ulama dan golongan agama dalam menggembleng kuasa rakyat menentang penjajah.

Harakah sendiri pada tahun 2007, sempena perayaan 50 tahun kemerdekaan, menerbitkan sisipan khas, yang juga menekankan agar sumbangan semua pihak yang berusaha gigih membebaskan negara diiktiraf secara rasmi. Sejarah panjang proses kemerdekaan negara bukan bermula pada 1946. Ia bukan disebabkan semata-mata oleh penentangan ter hadap Malayan Union. Ratusan madrasah dan sekolah pondok tanpa tajaan pemerintah menjadi benteng paling berkesan kepada orang Melayu agar tidak hilang jati diri daripada proses pembaratan.

Inspirasi daripada tokoh-tokoh pembaharu Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani dan Mohamad Abduh juga mencetuskan ke sedaran, termasuk pemimpin tempatan seperti Sayyid Syeikh al-Hadi, dan pengaruh akhbarakhbar al-Imam, al-Ikhwan dan Saudara. Tidak harus dilupakan nama-nama besar yang semerbak harum dalam sejarah, yang terkorban ketika menentang penjajah, seperti Tok Janggut.

Malah, kesedaran orang Melayu menentang MalayanUnion tidak boleh disandarkan hanya kepada Onn Jaafar. Bagi profesor sejarah, Dr Mohamad Redzuan Othman, peranan pemimpin agama yang berpusat di madrasah, yang merupakan jaringan paling berkesan menyebarkan kesedaran ini, cukup efektif bagi menggerakkan perjuangan rakyat menentang MalayanUnion.

Redzuan turut menegaskan bahawa sepanjang 1948 hingga 1951 berlaku kekosongan yang amat ketara dalam perjuangan ke merdekaan yang dimainkan ula ma dan golongan kiri. Perjuangan mereka tersekat apabila British mengisytiharkan darurat yang bukan semata-mata untuk membanteras golongan komunis tetapi juga golongan agama dan kiri, tetapi membenarkan golongan lain yang didominasi Umno terus melebarkan pengaruh.

“Waktu inilah golongan nasionalis yang dalam beberapa per juangannya direstui penjajah British membina kekuatan. Waktu ini Hizbul Muslimin (dalam usia beberapa bulan sahaja) yang peraran t ah neditulis ma n ulkan kemerungkin a a peraagama sa raktahun n sisipankan bebasrasmi.

es keermula abkan angan atusan ondok enjadi ang aratan. oh-toeperti Moha Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. juangannya berlandaskan Islam diharamkan dan pemimpinnya Abu Bakar al-Bakir dan lain-lain merengkok dalam penjara,” tegas Redzuan.

Dalam majlis Muzakarah Ulama 2007 di Ipoh pada 5 Julai, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menamakan Maahad al-Ehya as- Shariff, Madrasah Diniah Padang Rengas dan Madrasah al-Idrisiah Padang Rengas sebagai tapaktapak awal kesedaran bangsa Melayu menentang penjajah.

Baginda turut menamakan anak-anak negeri Perak seperti Dr Burhanudin al-Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ustaz Baharuddin Abdul Latif dan Dr Zulkiflee Mohamad sebagai tokoh-tokoh yang terlibat aktif menyalakan sema ngat kesedaran bangsa. Raja Nazrin turut menyebut nama Mohamad Asri Muda, anak Kelantan tetapi menjadi guru di Maahad al-Ehya as-Shariff yang bertemu jodoh dengan Ustazah Sakinah Joned.
Ya, sejarah kemerdekaan negara perlu berlaku adil kepada semua.

Memang tidak mudah untuk merongkai kembali “fahaman” yang telah dipasakkan Umno dalam pemikiran masyarakat. Dan Umno akan mempertahankan habis-habisan “legasi” palsunya itu. Selama ini ramai yang “tersihir” dengan dakwaan bahawa Umno yang memonopoli perjuangan kemerdekaan.

Pada tahun ini, hari merdeka bukan sahaja akan diingati kerana jatuh bersamaan pada hari raya Aidilfitri, tetapi memori mengenainya pasti lebih lama bertahan disebabkan “kejutan” Mat Sabu yang disensasikan Utusan.
Kontroversi ini dilihat langkah mula bagi merintis jalan membuka simpulan mati sejarah yang dipesongkan itu. Di peringkat awal mungkin nampak PAS seolaholah terjerat dan banyak pihak, ter masuk yang simpati dengan pembangkang, seperti marah di atas “keceluparan” Timbalan Presiden PAS itu. Mereka bimbang isu ini menjadi senjata tajam Umno dalam kempen PRU13 nanti.

Apa pun, kini giliran Umno pula untuk menjawab. Tidak mus tahil senjata itu akan menikamnya kembali. Yang penting siri penerangan harus berjalan lancar ke akar umbi. Tembelang Utusan akan tersingkap akhirnya.
“Permainan sentimen” ini tidak selamanya dimenangi Umno.
Dan jangan lupa, hari merdeka belum dirayakan lagi. Isu ini tentu akan memakan masa lebih lama dibahaskan sebelum kontroversi baru dicetuskan Umno.

Dalam pada itu, Saya tertarik dengan ungkapan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasik Gelugor itu, yang tidaklah menolak secara total sumbangan pemimpin Umno: “Kalau nak letak Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah (sebagai pejuang kemerdekaan), te tapi kenalah letak juga Dr Burhanudin Al-Helmi, Ustaz Abu Bakar Bakir, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Mat Kilau dan lain-lain penentang British.”

Secara peribadi, saya cukup teruja melihat proses Mat Sabu “menulis” sejarah kemerdekaan negara yang selama ini telah dipesongkan oleh Umno. Beliau telah memulakan “bab pertama” dengan jayanya. Menjadi tanggungjawab sejarawan yang jujur dengan disiplin ilmu untuk meneruskan kerja yang dirintis oleh Mat Sabu ini.


Ahmad Lutfi Othman
Photobucket
http://maemahi.blogspot.com

ROSMAH MANSOR Dapat Cucu Lagi! Apa Masalahnya?

Fazley Yaakob
Menurut portal GUA,  penyanyi Fazley Yaakob menimang cahaya mata yang ketiga pada jam 9.30 pagi tadi.
Berita gembira ini dimaklumkan oleh kenalan rapatnya, Imran Ajmain kepada GUA. Menurut Imran, bayi lelaki berlesung-pipit itu diberi nama timangan 'Piyush' dan dilahirkan di sebuah hospital swasta dengan berat 3.3 kilogram. Bayi ini ialah anak lelaki ketiga pasangan ini sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2006. - DCM

Adakah si nenek gembira dengan berita ini? Soalan cepu emas!!!


Reaksi si nenek (dakwaan) ketika mendapat cucu kedua:
[SK]....Dalam menyambut kehadiran anggota baru dalam keluarga Azrene sudah tentu belaian nenek tersayang amat dinantikan bagi cucu sulung dan juga bayi yang baru berusia seminggu ini.

Namun harapan hanya tinggal harapan kerana sehingga kini Rosmah didakwa tidak kunjung tiba untuk menjenguk kedua-dua cucunya.

Malah dakwa seorang ahli keluarga isteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak pernah berkesempatan untuk membelai cucu pertamanya sejak dilahirkan.

"Kami berasa sedih kerana sebagai seorang nenek beliau sepatutnya datanglah menjenguk cucu sendiri. Ini sejak dapat cucu pertama sehinggalah cucu kedua tak pernah nak datang tengok cucu.

"Orang lain pun sibuk tapi bila bab cucu dan keluarga semua yang lain tidak penting," dakwa ahli keluarga tersebut.

Azrene adalah anak kedua Rosmah bersama bekas suami beliau, Abdul Aziz Nong Chik, bekas pegawai Petronas manakala Fazley merupakan anak Senator Datuk Yaakob Mohamad...
http://duniacacamarba.blogspot.com

NGO tampal repot cincin RM24j pada pintu Utusan


samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharin

NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menampal salinan laporan polis berhubung dakwaan pembelian cincin RM24 juta oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor di pintu pejabat Utusan Malaysia di ibu negara.

Presiden SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata, Penyelaras SAMM Negeri Sembilan Saufi Mi'ad berbuat demikian setelah Utusandikatakan mencabar Badrul membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sedangkan, tambah Badrul atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bad (kanan), laporan berkaitan telah dibuat sebelum ini.

"Mustahil Utusan tak mengetahui laporan SPRM telah dibuat tetapi sengaja menggunakan taktik propaganda memperbodoh rakyat untuk menjaga kepentingan regim (Datuk Seri) Najib Razak," katanya.

Menulis dalam blognya, Badrul berkata, selepas mengambil tindakan itu, Saufi sempat berkata kepada pemberita:

"Tak guna bercakap dengan media pekak alat propaganda regim ini, kami tampal dan biar mereka baca sendiri.

"Terpulang kepada Utusan nak kata kami serang dan rosak pejabat mereka atau nak lapor polis kerana tindakan kami, dah ini saja cara nak layan akhbar penipu yang membodoh minda rakyat."
http://wargamarhaen.blogspot.com

Sejarah : Adik Mat Indera hilang?


Adik bongsu Mat Indera, Johan Shah Indera 
 KUALA LUMPUR: Adik Mat Indera, Johan Shah Indera gagal dihubungi sejak isu Mat Indera dimainkan media arus perdana.
Bahkan,Yang Dipertua Pas kawasan Ayer Hitam, Husin Sujak memaklumkan rumah Johan di Yong Peng tidak berpenghuni sejak beberapa hari lalu.

“Kita tak tahulah ke mana beliau pergi. Mungkin kerana mahu elak dari liputan media,” kata Husin kepada Keadilandaily.com
Difahamkan polis datang ke rumah Johan sejurus selepas kunjungan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat seperti dilaporkan media petang Isnin lalu.
Terdahulu, aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diketuai Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard bertemu Johan dalam program ‘Menjejak Mat Indera’ diiringi Husin Sujak, 3 September lalu.
Johan adalah ahli keluarga Mat Indera yang pertama muncul di media dengan liputan pertemuan dimuatkan di blog dan portal politik dan mendapat reaksi hangat.
Namun, laporan media arus perdana pada minggu berikutnya menyelar peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Malah, Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman melabelkan Mat Indera sebagai pengganas.
Sehingga petang ini, usaha untuk menghubungi Johan Shah Indera, 68, yang merupakan bekas kakitangan Majlis Daerah Yong Peng gagal.
Johan Shah Indera adalah anak bongsu dari 6 orang adik beradik, seibu sebapa dengan abangnya Muhammad Indera. Beliau pernah dibuang daerah ke Singapura bersama bapa, ibu tiri dan neneknya ke Singapura pada 1950 hingga 1954.
Dalam pada, itu abang tirinya, Bahrom Shah Indera ketika dihubungi Keadilandaily memberitahu, adiknya kini mungkin sedang ‘bersembunyi’.
Bahrom Shah adalah anak ketiga dari isteri kedua Indera dari empat orang adik beradik.
“Mungkin dia nak elak dari gangguan, kita tak tahu. Tapi saya yakin dia selamat dan akan pulang ke rumah,” kata Bahrom.
Bahrom sebelum ini tampil pada sidang media di ibu pejabat Pas pusat menuntut kerajaan membersihkan nama abangnya.
Beliau turut menyeru  sejarawan untuk mengkaji semula sejarah dan peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
http://wargamarhaen.blogspot.com

Pegawai kastam dituduh rasuah



ALOR SETAR - Seorang anggota Kastam Diraja Malaysia yang memegang jawatan Pembantu Penguasa Kastam cawangan Langkawi, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, semalam, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah pada 26 Mac tahun lalu.

Lee Kuang Guan, 52, yang bertugas di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang Jeti Kuah mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama, kira-kira jam 10.10 pagi, Kuang Guan menerusi panggilan telefon, meminta suapan RM440 daripada S Arichindarem, 51, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Arichindarem bagi kesalahan membawa keluar arak bernilai RM1,340 daripada dikenakan bayaran cukai semasa pemeriksaan yang dilakukan Kuang Guan.

Kuang Guan didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24 akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Manakala bagi pertuduhan kedua, kira-kira jam 2.30 petang tarikh sama, di tandas lelaki Balai Berlepas, Jeti Kuah, Kuang Guan dituduh menerima suapan bernilai RM440 daripada S Arichindarem, 51, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Arichindarem bagi kesalahan membawa keluar arak bernilai RM1,340 daripada dikenakan bayaran cukai semasa pemeriksaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Mohd Rosli Osman menawarkan ikat jamin berjumlah RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan namun tertuduh mohon dikurangkan atas alasan dia seorang penjawat awam dan tidak akan melarikan diri. Wang jaminan kemudiannya ditetapkan RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya SPRM, A Hafiiz Abu Bakar manakala Kuang Guan diwakili peguam A Ashok. Mahkamah menetapkan 11 Oktober ini untuk sebutan kes.

Hasmidah Surahbil yang bukan warganegara pun boleh mengundi



Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan sejarah negara apabila seorang penduduk sementara pula disahkan boleh mengundi dalam negara ini.

Bukti manipulasi dalam pilihanraya itu boleh dirujuk kepada pengundi bernama Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan bernombor 880306114096 yang akan mengundi di Kg Bukit Payung, daerah mengindi Mukim Tenang, Dun Hulu Besut dan Parlimen Besut di Terengganu.
 
Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Maalaysia, Suhaizan Kaiat berkata, Numi binti Syukri yang mempunyai kad pengenalan 880306114096 itu ternyata seorang penduduk sementara yang boleh dibuktikan menerusi semakan JPN.

Menurut beliau, namun anehnya, Numi boleh mengundi di Dun Hulu Besut, Parlimen Besut di negeri Terengganu berdasarkan daftar pemilih terkini yang disediakan oleh SPR.

Katanya, bukti kedua pula boleh dirujuk kepada pengundi bernama Hasmidah binti Surahbil yang mempunyai kad pengenalan bernombor 820315126446, lokaliti Taman Baiduri Jaya, daerah mengundi Bandar Teknologi Kajang, Dun Semenyih, Parlimen Hulu Langat di negeri Selangor.

"Bukti ketiga pula melibatkan pengundi bernama Jamaluddin bin Tahir yang mempunyai kad pengenalan bernombor 840803125475, lokaliti Tmn Universiti/Tmn Tropika, daerah mengundi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dun Bangi, Parlimen Serdang di negeri Selangor," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Sebelum ini, menurut beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Pemuda PAS Malaysia telah banyak membongkar isu-isu berkaitan dengan manipulasi pilihanraya di negara ini. - Hrkh.
Buktinya macam gambar kat bawah ni.


Rupa MyKAS sebenar macam imej contoh kat atas tu. Jelas ditulis kat atas kad tu 'BUKAN WARGANEGARA'. Kalau bukan warganegara macamana SPR boleh sahkan nama depa sebagai pengundi?
 
Puas aku cari apa sebenarnya maksud MyKAS tu dalam web JPN. Yang ada cuma pasai MyKad, MyKid dan MyPR tapi aku tak jumpa MyKAS. Hasil carian di google aku jumpa facebook Luahan Pengguna Mykas ( Kad Pengenalan Sementara)



source: http://cenangau.blogspot.com/2011/09/hasmidah-surahbil-yang-bukan.html#ixzz1XRzHLbrP

SPR daftar alamat pengundi tak wujud

Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus mencipta keanehan apabila jalan yang tidak wujud turut dijadikan alamat kepada pengundi yang juga tidak wujud di sesuatu kawasan pada sesetengah negeri di seluruh negara.

Salah satu bukti berhubung perkara itu termasuklah Jalan Pintar 11 dekat Taman Universiti yang terletak dalam kawasan Dun Bangi di Selangor yang jelas tidak wujud, tetapi turut didaftarkan sebagai alamat salah seorang pengundi di kawasan itu.

Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Adram Musa menjelaskan, beliau amat hairan dengan tindakan SPR itu, pada hal jalan-jalan yang terdapat di kawasan itu khususnya yang membabitkan Jalan Pintar hanyalah Jalan Pintar 1, Jalan Pintar 2, Jalan Pintar 3, Jalan Pintar 4 dan Jalan Pintar 5 sahaja.

Menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh SPR itu jelas merupakan satu manipulasi pilihanraya di negara ini dan ia dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, tindakan susulan lain yang dilakukan oleh SPR dan JPN berhubung perkara itu dengan menyenaraikan penduduk sementara sebagai pemilih dalam daftar pemilih SPR, termasuk membabitkan pengundi bagi Dun Bangi dan yang dicatatkan tinggal di Taman Universiti.

"Antaranya termasuklah Jamaluddin bin Tahir yang mempunyai kad pengenalan bernombor 840803125475, lokaliti Tmn Universiti/Tmn Tropika, daerah mengundi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dun Bangi, Parlimen Serdang di negeri Selangor," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, semalam.

Sesuai dengan kedudukan Jamaluddin sebagai penduduk sementara, menurut beliau, Jamaluddin diberikan kad pengenalan hijau oleh JPN dan mengikut undang-undang pula, penduduk sementara dan penduduk tetap yang mempunyai kad pengenalan merah tidak boleh mengundi.

"Dalam hubungan ini, keanehan lain pula yang wujud. Jamaluddin bin Tahir itu sendiri sememangnya tidak tinggal di kawasan itu. Malah, PAS Sungai Tangkas telah melakukan pemeriksaan dan didapati sememangnya tidak wujud orang yang bernama Jamaluddin bin Tahir yang tinggal di kawasan itu," katanya.

Berdasarkan semakan terkini yang dilakukan oleh pihak PAS didapati selain Jamaluddin bin Tahir, terdapat dua orang lagi penduduk sementara yang mempunyai kad pengenalan hijau yang turut didaftarkan sebagai pemilih oleh SPR.

Mereka terdiri daripada Numi binti Syukri yang bernombor kad pengenalan 880306115096, lokaliti Kg Bukit Payung, daerah mengundi Mukim Tenang, Dun Hulu Besut, Parlimen Besut, Terengganu.

Manakala seorang lagi, Hasmidah binti Surahbil yang mempunyai kad pengenalan bernombor 820315126446, lokaliti Taman Baiduri Jaya, daerah mengundi Bandar Teknologi Kajang, Dun Semenyih, Parlimen Hulu Langat di negeri Selangor.

Sehubungan itu, beliau yang mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mencabar SPR dan JPN bagi menjelaskan perkara itu kerana ia penuh dengan tanda tanya dan menyalahi undang-undang.

Lim Guan Eng Tuntut Utusan Mohon Maaf

GEORGE TOWN: Satu notis tuntutan dikeluarkan kepada Utusan Melayu (M) Bhd dan editornya, meminta mereka menarik balik dan meminta maaf kerana menyiarkan satu artikel yang mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menyalahguna kuasa berhubung pembinaan sebuah lot parkir kereta di Bukit Bendera.
Penasihat undang-undang Lim, Jagdeep Singh Deo berkata, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Utusan.
"Lim telah menafikan bahawa wujud sebarang penyelewengan atau salah guna kuasa berhubung perkara itu. Ini merupakan pernyataan fitnah berniat jahat dan serius yang ditujukan kepada anak guam saya," katanya di sini, Khamis.
Beliau mendakwa Utusan Malaysia telah menyiarkan artikel itu pada Selasa.

Kapal perang Turki akan lindung konvoi bantuan ke Gaza

DUBAI: Kapal perang Turki akan mengiringi konvoi bantuan kemanusiaan ke Tebing Gaza bagi melindungi daripada kapal Israel, kata Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.

"Kapal perang Turki akan ditugaskan melindungi bot yang membawa bantuan kemanusiaan Turki ke Tebing Gaza," katanya kepada televisyen Al Jazeera.
Beliau berkata, mulai sekarang pihaknya tidak akan membenarkan bot berkenaan menjadi mangsa serangan Israel seperti yang berlaku ke atas Freedom Flotilla dan memberi amaran tindakan sekiranya mereka diserang. - AFP

Pendirian PAS dalam isu sejarah kemerdekaan

Harakahdaily    KUALA LUMPUR, 9 Sept: Dalam isu kemelut sejarah pra-kemerdekaan yang kini berlarutan ke hari ke 13, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS telah membuat pendirian yang jelas.

Berikut adalah pendirian PAS yang dirumuskan beliau dalam kenyataannya hari ini:

1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis.

2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri.

3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis, akan tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal.

4. PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku ‘Pengukir Nama Johor’ terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan.

5. PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem” yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis.

6. PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan. Para pejuang kemerdekaan berhala kiri, yang mengambil ‘total confrontation approach’ menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka.

7. PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan. Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah. Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah. Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

8. Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu ‘peaceful cooperation’ dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu.

“Ini pendirian PAS dalam menafsir sejarah pra-kemerdekaan, sudah tentunya ia berbeza dengan pendapat Umno. Harus ditegaskan bahawa soal menafsir sejarah dan meneliti semula sejarah berkait rapat dengan jumlah maklumat yang ada dan juga persepsi kita dalam melihat sesuatu isu,” tegas Tuan Ibrahim.

Walaubagaimanapun, tegas beliau, PAS percaya sebagaimana jelas pun pendirian parti, media perdana milik Umno tetap akan memutar kenyataan untuk menutup segala isu-isu rakyat yang lebih meruncing seperti kenaikan harga barang, isu penyelewengan daftar pilihanraya, isu memberikan kerakyatan untuk mendapatkan undi, isu rasuah, isu pembaziran Kementerian Pertahanan, isu penjualan saham Esso dan MAS, isu cincin RM24 juta, isu Bersih 2.0 dan terbaru isu cukai topup 6 peratus.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan semua pihak bahawa prinsip utama dalam menafsir sejarah ialah perlunya “bersetuju untuk tidak bersetuju” (agree to disagree) dan menghentikan serangan peribadi kepada mana-mana pihak hanya kerana tafsiran sejarah mereka berbeza dengan apa yang diwar-warkan selama ini.

Untuk pihak yang tidak bersetuju, boleh juga diadakan debat ilmiah, dan bukannya meneruskan permainan fitnah-menfitnah di media, tambah beliau.

“Kita harus “bersetuju untuk tidak bersetuju” dalam kajian sejarah, kerana ia juga amat bergantung kepada jumlah maklumat yang ada sebelum seseorang itu boleh membuat kesimpulan yang tepat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memetik satu Firman Allah yang berbunyi: ‘Sesungguhnya Tuhan kamu akan menjelaskan di hari akhirat apa yang kamu perselisihkan’, Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua pihak harus kembali kepada akhlak Islam dan gesaan Rasulullah agar tidak memberi gelaran yang  buruk kepada yang telah meninggal dunia.

Dalam soal status Mat Indera, Tuan Ibrahim menyarankan semua pihak bersangka baik ketika menilai status beliau, sedangkan tiada siapa tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya.

“Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau,” terang beliau.

Fakta yang ada kini, kata Tuan Ibrahim adalah saling bertentangan antara satu sama lain. Di satu pihak, Mat Indera dikatakan tidak pernah  menganut fahaman komunisme, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor. Belah satu lagi pula membuat pelbagai  tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya.

“Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada  beliau?” tegur Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

PAS, katanya juga meminta semua ahli dan seluruh umat islam mengadakan solat hajat dan tahlil arwah sempena Hari Malaysia 16 September kepada seluruh pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajahan Inggeris, termasuklah kepada roh Mat Indera, Dr Burhanudin Helmy, Dr Zulkifli Mohamad dan selainnya.

Majlis ini, kata Tuan Ibrahim juga diharap akan membangkitkan semangat jihad bagi menegakkan keadilan dan kemenangan dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.

“Diharapkan juga agar seluruh kawasan mengadakan ceramah khas erti kemerdekaan dari perspektif Islam. Semoga dengan majlis ini akan memperkukuhkan ingatan kita kepada perjuangan generasi awal dalam memerdekakan negara dari penjajahan asing,” kata beliau.

Kempen ‘Bersihkan Najib’ dari dalam Umno?

Harakahdaily   
PETALING JAYA, 9 Sept: Satu gerakan tersusun yang dinamakan ‘Bersihkan Najib’ di dalam Umno untuk menolak Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) dikatakan mula dijalankan oleh pihak tertentu di dalam parti itu.

Selain serangan terus terhadap Najib sendiri, gerakan tersebut juga dikatakan banyak menumpukan serangan ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi melemahkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin nombor satu negara itu.

Demikian menurut sebuah blog pro Umno terkenal, www.umno-reform2.com yang dikendalikan oleh Anuar Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan, lapor Free Malaysia Today.

“Paling ketara usaha ini menjalankan serangan ke atas Rosmah untuk memperkecil kredibiliti Najib dan mendesak beliau supaya berundur,” menurut petikan entri dari blog terbabit.

Penulis blog terbabit juga percaya pihak-pihak di dalam Umno akan membuat penafian sekaligus menyatakan ikrar taat setia terhadap presiden Umno itu.

“Setakat ini realiti program untuk menjatuhkan dan mendesak Najib untuk melepaskan jawatan adalah benar dan wujud walaupun mungkin penafian akan timbul tetapi Najib harus tahu realiti yang ada ini,” tulis beliau lagi.

Bagaimanapun, beliau yang mendakwa mengetahui beberapa nama terlibat dengan gerakan ini masih belum mahu mendedahkan pihak -pihak yang memainkan peranan menjalankan agenda ‘Bersihkan Najib’ dari Umno ini.

“Suara yang menamakan mereka yang terbabit sudah ada sungguhpun www.umno-reform2.com belum berhajat untuk memaklumkannya,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan seorang pemimpin Umno di peringkat bahagian dari negeri Selangor turut percaya kewujudan gerakan ‘Bersihkan Najib’ tersebut.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa, gerakan untuk menjatuhkan Najib itu diketahuinya apabila diberitahu oleh seorang pemimpin peringkat negeri kira-kira tiga bulan lalu.

“Benda ni agak dah lama saya tahu, lebih kurang tiga bulan lepas bila seorang pemimpin peringkat negeri memaklumkan kepada saya,” ujar beliau ketika ditemui di sini.

Najib gagal kawal tindak-tanduk isteri?

Menurutnya antara sebab utama berlakunya penolakan kepimpinan Najib dari dalam Umno sendiri berpunca daripada Najib yang dikatakan gagal mengawal tindak-tanduk isterinya.
(Rosmah mendapat slot khas untuk memberikan ucapan hari raya di tv menimbulkan banyak tanda tanya)
“Najib bukan sahaja nampak lemah dalam beberapa aspek kepimpinannya, imejnya, tapi lebih teruk lagi tindak-tanduk isterinya semakin memberatkan agenda Umno dan Barisan Nasional untuk meraih keputusan yang baik dalam pilihan raya akan datang.

“Walaupun Najib dan pemimpin Umno yang lain memang berusaha memberikan persepsi positif di mata rakyat terhadap penglibatan Rosmah dalam urusan kerajaan, orang ramai tetap menganggap sebaliknya.

“Dalam isu isteri PM ini, apa yang dilihat oleh ahli-ahli Umno khususnya golongan akar umbi tidak menunjukan apa yang dikatakan oleh Najib mahupun pemimpin-pemimpin Umno sendiri.

“Lebih menghairankan, saya dan kebanyakan rakan-rakan lain dalam Umno percaya Najib sendiri sedar kesan negatif dari tindak-tanduk isterinya itu, tetapi malangnya Najib seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa tentangnya,” ujarnya.

Anak mangsa Bukit Kepong akui Mat Indera selamatkan bapanya

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya pernah diselamatkan oleh Ahmad Indera (gambar) atau dikenali sebagai “Mat Indera” ketika serangan enam dekad lalu itu.

Nazir Yusoff, 54, berkata arwah bapanya itu pernah menceritakan tindakan Mat Indera menyelamatkan dia ketika diacukan banet oleh seorang anggota komunis.

Nazir dipetik Sinar Harian hari ini berkata, tindakan tersebut disebabkan Mat Indera sudah mengenali bapanya yang pernah bersama-sama bekerja sebagai buruh di Pelabuhan Muar sebelum berkhidmat sebagai anggota polis, lapor The Malaysian Insider.

Dia yang kini menetap di Sungai Duyong, Kandang Melaka di Melaka berkata, menurut bapanya, selepas serangan pada 23 Februari 1950, Yusoff merupakan antara empat yang terselamat.

“Apabila pertempuran berhenti, bapa saya berada dalam himpunan mayat. Ketika anggota komunis membuat pemeriksaan, mereka dapati bapa saya masih hidup.

“Salah seorang anggota komunis mengacukan banetnya kepada bapa saya, sementara tiga lagi anggota polis yang terselamat berjaya terjun ke dalam sungai,” katanya.

Nazir menambah, ketika itu bapanya cedera teruk setelah ditarik dari kubu di bahagian bawah, selain tangan kirinya patah terkulai terkena tembakan.

Sementara kaki kiri dan matanya turut cedera terkena serpihan bom.

“Ketika itulah, bapa saya didatangi Mat Indera. Disebabkan dia kenal bapa saya, dia menghalang komunis daripada membunuhnya dengan berkata ‘yang sudah itu sudahlah’ kepada anggota komunis berkenaan,” katanya lagi.

Kelmarin, keluarga Mat Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

“Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

“Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula,” kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat.

Katanya, “saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya.”

Dalam bab mengenai Mat Indera, penulisnya berkata, “pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negaera, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.”

Mat Indera merupakan salah satu daripada 12 adik-beradik, dengan dua ibu. Mat Indera merupakan anak kedua ibu pertama manakala Baharom merupakan anak ketiga sebelah ibu kedua.

Baharom yang berusia enam tahun ketika tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh keluarga mereka, Mat Indera datang lewat ke lokasi kejadian semasa kejadian dan bukannya terlibat dalam serangan sejak awal lagi.

Katanya, Mat Indera datang ke lokasi kejadian bukan untuk bertempur, sebaliknya “datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat.”

“Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah Yusof Rono, anggota polis dan Jamilah Abu Bakar, anak anggota Marin di Bukit Kepong. Saya difahamkan terdapat ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera,” katanya.

Ketika ditanya berapa ramai diselamatkan, “yang selamat itulah yang diselamatkan... ramai.”

Baharom berkata, Yusof sendiri ada mengaku kepadanya yang Allahyarham telah diselamatkan oleh Mat Indera.

“Saya sendiri jumpa dia di rumahnya di Bukit Kepong kira-kira 10 tahun lalu sebelum Yusof meninggal dunia... dia ada memberitahu saya diselamatkan oleh Mat Indera,” kata Baharom yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan tentera selama 10 tahun dan mengadakan bengkel sendiri selepas bersara pada 1980-an.

Mahathir kata sokongan Najib merosot kerana Bersih 2.0

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kemerosoton sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah akibat dari cara kerajaan BN mengendalikan perhimpunan Bersih.

Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.

"Saya tidak tahulah samada ia arahan Datuk Seri Najib ataupun tidak tetapi bila ia arahan kerajaan, ia dilihat buruk oleh orang ramai," katanya.

Mahathir berkata demikian dalam wawancara khas dengan Astro Awani dan disiarkan hari ini.

Merdeka Centre dalam kajiannya baru-baru ini mendapati sokongan terhadap Najib merudum teruk kepada 59 peratus berbanding 76 peratus sebelum ini.

Kenyataan Mahathir ini membayangkan beliau bersetuju dengan hasil kajian persepsi Merdeka Centre itu yang cuba ditolak oleh pemimpin kerajaan Umno termasuk oleh para menterinya.

Ketika ditanya komen beliau terhadap penglibatan anaknya, Marina Mahathir dalam perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai itu, Mahathir berkata, beliau tidak mengongkong anak-anaknya.

"Saya memberikan kebebasan kepada anak saya, saya tak paksa mereka ikut saya, mereka gunakan kebijaksanaan sendiri," kata Mahathir dalam rancangan itu.

Nik Aziz, Abd Hadi dan Mat Sabu ceramah malam esok

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Penjelasan tentang pelbagai isu yang dibangkitkan oleh media sekarang dijangka akan dijelaskan dengan sepenuhnya dalam ceramah umum oleh tiga pemimpin utama PAS malam esok, 10 September.

Majlis ini akan menampilkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu.

Ceramah ini akan diadakan di Dewan Koleh Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar mula jam 9 malam.

Ia diadakan sempena dengan Konvensyen Negara Berkebajikan yang akan diadakan mulai pagi esok di tempat yang sama.

Ketiga-tiga mereka dijangka menjelaskan pendirian masing-masing terutama dalam isu sejarah kemerdekaan negara ekoran serangan berterusan media BN terhadap Mohamad Sabu.

Hari ini masuk hari ke 14 Mohamad Sabu diserang dalam isu ini kononnya beliau memperkecilkan peranan pasukan keselamatan dan polis dan menyokong komunis.

Ia ekoran ucapan Mohamad Sabu di Pulau Pinang 21 Oktober lalu.

Dalam ucapan itu, Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak lagi meraikan hari merdeka dengan meriah kerana merasakan ia bukan sambutan merdeka yang sebenarnya tetapi majlis meraikan sejarah Umno sahaja.

Padahal, katanya, bukan pemimpin Umno sahaja yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi ramai lagi termasuk Mat Indera yang turut menyerang rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British.

Nik Aziz sehingga kini menyifatkan laporan Utusan itu mengarut manakala Abdul Hadi mempertikaikan banyak tindakan pemimpin Umno dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Datuk Onn misalnya dipertikaikan sikapnya kerana banyak mendapatkan nasihat British sebelum membuat sesuatu keputusan untuk kerajaan Johor ketika beliau menjadi pegawai kanan negeri itu.
-HARAKAHDAILY

Status penduduk sementara 'lesap' selepas didedah

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Tiga nama yang didedah Dewan Pemuda PAS semalam yang memiliki Kad Pengenalan Hijau (penduduk sementara) dan didaftar sebagai pemilih, hari ini didakwa "lesap" dalam sistem semakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Maklumat ketiga-tiga mereka seperta dalam semakan web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah seperti berikut:

Kad Pengenalan: 880306115096

Nama: NUMI BINTI SYUKRI
Lokaliti: KG BUKIT PAYUNG
Daerah Mengundi: MUKIM TENANG
DUN: HULU BESUT
Parlimen: BESUT
Negeri: TERENGGANU

Kad Pengenalan: 820315126446


Nama: HASMIDAH BINTI SURAHBIL
Lokaliti: TMN BAIDURI JAYA
Daerah Mengundi: BANDAR TEKNOLOGI KAJANG
DUN: SEMENYIH
Parlimen: HULU LANGAT
Negeri: SELANGOR


Kad Pengenalan: 840803125475

Nama: JAMALUDDIN BIN TAHIR
Lokaliti: TMN UNIVERSITI/TMN TROPIKA
Daerah Mengundi: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DUN: BANGI
Parlimen: SERDANG
Negeri: SELANGOR

Ketiga-tiga individu itu sewaktu disemak pagi semalam mempunyai rekod permohonan JPN sebagai pemegang kad pengenalan hijau, namun hari ini statusnya tidak dapat dikenal pasti sama ada masih berstatus penduduk sementara atau sudah bertukar.

Ianya ekoran sistem semakan di JPN didapati bertukar-tukar status bermula dari kad pengenalan hijau semalam, tiada dalam rekod pada awal pagi tadi, kemudian betukar kepada ungu (tidak diketahui statusnya) sehingga terbaru langsung tidak dapat disemak kerana portal semakan tersebut didakwa sedang diselenggara.

Persoal sistem JPN

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat ketika dihubungi mempersoal sistem semakan online JPN yang dilihat lemah dan tidak stabil.

Sedangkan katanya, sistem itu antara paling penting kerana berkait dengan keselamatan negara.

"Apa JPN ni, kita nak tahu apa standard operating procedure (SOP) dia.

"Kejap hijau, lepas tu ungu yang tak tahu apa statusnya itu, lepastu lesap. Apa yang JPN buat sebenarnya," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Pada sidang media semalam, Dewan Pemuda PAS mendedahkan meklumat terdapat penduduk sementara pula didaftar sebagai pengundi.

Sebelum ini mereka juga pernah mendedahkan penduduk tetap didaftar sebagai pengundi namun bertukar menjadi warganegara dalam masa beberapa jam selepas didedahkan.

Beberapa bukti kepincangan lain juga didedahkan termasuk kes Mismah yang boleh bertukar status kewarganegara dalam tempoh satu jam setengah, Kg Baru menjadi pengundi, kes nombor kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu, pengundian berganda, undi pos dan beberapa kes lain.

Perkara sama turut dipersoal timbalannya, Adram Musa yang mahu JPN segera menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Katanya, dalam keadaan negara akan berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 yang makin hampir, JPN selaku agensi pengesahan data terpenting pula dilihat bermasalah.

JPN akui kelemahan

Sementara itu, JPN hari ini mengakui bahawa kegagalannya mengemaskini pengkalan data menyebabkan satu lagi kes orang bukan warganegara disenaraikan sebagai pengundi.

Seorang jurucakap JPN, Jainisah Mohd Noor dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pengundi yang memegang kad pengenalan sementara (kad pengenalan hijau) itu sebenarnya merupakan seorang warganegara.

Pegawai berkenaan berkata, semakan yang dijalankan JPN menunjukkan bahawa pengundi berkenaan, Yusnati Haris, 27, telah diberikan status kewarganegaraan pada 2008.

Tambahnya, Yusnati masih disenaraikan sebagai pemegang kad pengenalan hijau kerana pengkalan data yang boleh diakses oleh masyarakat umum itu tidak dikemaskini.

Masalah seperti ini mula dikesan dalam kes melibatkan seorang pengundi yang meraih kontroversi apabila dikesan dalam data JPN sebagai seorang penduduk tetap tetapi disenaraikan sebagai pengundi dalam rekod pengundi SPR.
-HARAKAHDAILY

XPDC Menjejak MAT INDERA - Siri AKhir : Dihina Sehingga Ke AKHIR HAYATNYA

Mat Indera Ditangkap Dan TERUS DIFITNAH

British terus meningkatkan propaganda buruk terhadap Mat Indera. Peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong digunakan sebaik mungkin oleh penjajah British untuk memburuk-burukkan Mat Indera. British sanggup menaikkan wang ganjaran untuk menangkap Mat Indera kepada $75,000 bagi menggambarkan Mat Indera adalah seorang yang sangat dikehendaki dan merbahaya. Kematian anggota Polis Bukit Kepung yang terdiri daripada bangsa Melayu dimanipulasi sebaik mungkin sehingga berjaya menarik simpati masyarakat Melayu.


Masjid Jamek Kg Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat.

Akhirnya penangkapan Mat Indera dirancang dengan penuh tipu helah. Lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Wak Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera. Menurut Pak Johan, Mat Indera telah dijemput untuk menghadiri ke sebuah kenduri di rumah Wak Bladang oleh Mat Tukyo. Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera telah hadir ke rumah Wak Bladang di Kg ParitWarijo, Seri Medan, bagi memenuhi permintaan sahabatnya dan dijamu dengan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu. Kecubung ini telah menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap pada malam itu.

Tambah Pak Johan lagi, peristiwa penangkapan pada malam itu turut dijadikan modal oleh British untuk memburuk-burukkan Mat Indera. Mat Indera telah difitnah bahawa ia datang ke rumah Wak Bladang bukan kerana dijemput tetapi kerana tergila-gilakan seorang anak daranya. Begitulah kejinya perancangan British dan fitnah yang diatur semata-mata untuk memburukkan Mat Indera di mata masyarakat.

Itulah agaknya mengapa Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri sendiri mengakui di dalam laporan Berita Harianyang turut menyaksikan bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang bahawa peristiwa itu telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat di situ. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.



Mat Indera MELUDAH Polis British Ketika Dipenjara

Pak Johan dan bapanya pernah melawat Mat Indera di Penjara Air Molek, Johor Bahru. Pak Johan menyaksikan sendiri peribadi Mat Indera yang begitu bencikan Polis British dan berani meludah mereka ketika di dalam penjara. Pada pertemuan inilah Mat Indera menegaskan bahawa bahawa dia bukan komunis. Walaupun Mat Indera dipujuk supaya bertolak ansur dengan British sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu tuduk dengan British atas kesilapannya.

Itulah pertemuan terakhir antara mereka tiga beranak. Mereka kemudian mendengar perkhabaran Mat Indera telah dijatuhkan hukuman gantung hanya melalui akhbar sehari selepas itu. Apa yang Pak Johan dan bapanya amat terkilan, mereka tidak dimaklumkan sebelum Mat Indera dijatuhkan hukuman.


Misteri WASIAT Kematian Mat Indera

Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping. Pak Johan dan bapanya tidak sempat ke Perak untuk melihat jenazah Mat Indera buat kali terakhir. Ketika ditanya kepada pihak Polis dan Penjara, mengapa mereka sebagai waris terdekat Mat Indera tidak dimaklumkan tarikh dan masa hukuman gantung akan dijalankan sedangkan mereka tahu alamat mereka di Singapura. Pihak Polis hanya berkata mereka berhak menjalankan hukuman tanpa memaklumkan kepada waris. Inilah yang amat menyedihkan Pak Johan dan bapanya Indera. Apa yang meragukan mereka, Polis menggunakan alasan bahawa Mat Indera telah berwasiat untuk mengebumikan jasadnya sebaik saja beliau meninggal dunia. Bagaimanapun alasan WASIAT ini tidak dapat diterima oleh Pak Johan dan bapanya.



Tidak cukup sekadar itu, kematian Mat Indera turut difitnah oleh British. Jasadnya dikuburkan berasingan dari kubur orang Islam yang lain. Walaupun jasadnya dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Jambu Air, Taiping, namun ia dikeluarkan kira-kira jarak serantai dari Tanah Perkuburan tersebut. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan bagi menunjukkan Mat Indera tidak layak dikebumikan bersama kubur yang lain kerana ia seorang komunis. Bagaimanapun pada masa ini, Tanah Perkuburan itu sudah penuh sehingga ke kubur Mat Indera, jadi kesannya tidak dapat dilihat pada hari ini.

Begitulah hinanya British dan sekutunya menghinakan arwah Mat Indera. Sejak dari hayatnya sehinggalah kepada kematiannya ia terus difitnah. Selepas sehari suntuk mencari maklumat bersama SAMM tentang Mat Indera ini, saya bawakan kepada anda 1-5 siri yang saya kumpulkan daripada temubual bersama Pak Johan (adik Mat Indera), Pak Yahya (adik Pak Sanib), Awang (anak Pak Yahya) dan beberapa penduduk kampung di Bukit Kepong, Jeram Masjid hinggalah ke Seri Medan. Jika ada penambah baikan dalam penulisan ini amat dialu-alukan.

Diharap kepada pembaca generasi Y supaya dapat menilai penulisan ini untuk rujukan sejarah pada masa akan datang dan tidak hanya berdasarkan hanya kepada satu sumber semata-mata. Sekian.

Kenangan bersama Pak Johan, Pengerusi SAMM Chegu Bard, Sidiqin wartawan Suara Keadilan dan adik-beradik SAMM.
http://pulakdah.blogspot.com

Natasya janji berubah


NATASYA...beri jaminan potong pendek rambut
NATASYA...beri jaminan potong pendek rambut

KANGAR: “Natasya Farisya sudah dipanggil untuk diberi kaunseling dan dia memberi jaminan akan mengubah penampilan termasuk memotong pendek rambutnya,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), Abdul Malik Hussin.
Menurut Abdul Malik, beberapa pegawai Jaips sudah mengadakan pertemuan dengan Natasya, 28, lelaki berperwatakan wanita itu yang menjadi teman istimewa mangsa simbahan asid, Mohd Hafizuddin Johari, 20, apabila memanggilnya untuk diberi kaunseling, semalam.

Menurutnya, pertemuan terbabit diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis di sini, hampir satu jam dan pihaknya mengambil pendekatan dakwah dengan memberi khidmat kaunseling kepadanya supaya kembali ke pangkal jalan.

“Kami tidak mengambil tindakan terburu-buru menahannya kerana pendekatan itu memerlukan bukti ketika ditahan. Bagaimanapun, dalam pertemuan terbabit dia sudah berjanji untuk mengubah corak kehidupannya.

“Kami akan memantau penampilannya selepas ini dan usaha berdakwah ini akan dilakukan berterusan.

Mengulas lanjut, Abdul Malik berkata, Natasya atau nama sebenarnya, Tabri Rashid Abu Hassan sebelum ini pernah dua kali ditahan anggota penguat kuasa Jaips iaitu pada 1997 dan 2010 lalu.


“Kami tidak boleh terburu-buru menahan kerana subjek (Natasya Farisya) kini dalam keadaan tertekan dan menyatakan hasrat untuk membunuh diri,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Natasya yang juga bekas model sambilan dari Taman Sri Bakau di sini, ditahan selepas dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 kerana berpakaian seperti wanita pada 2007.
Selain ditahan, kediaman Natasya pernah diserbu Jaips pada 2010 lalu, namun tindakan undang-undang mengikut peruntukan enakmen terbabit tidak dapat diambil kerana sebab tertentu.

Beliau berkata, selepas ditahan pada 2007 lalu, Natasya yang diberikan kaunseling dan nasihat oleh kaunselor Jaips memang berada dalam pemerhatian kerana dia sebelum ini pernah berjanji untuk berubah.

Katanya, pihaknya memandang serius penularan aktiviti pondan terutama membabitkan lelaki yang berperwatakan wanita di Perlis, namun tindakan mengikut Seksyen 7 enakmen sama bukan mudah untuk diambil.

Seksyen 7 memperuntukkan mana-mana lelaki yang berlagak seperti perempuan (tasyabbuh) di mana-mana tempat awam adalah bersalah dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Harian Metro semalam, melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mahu Jaips bertindak segera menahan Natasya sekali gus menghukumnya mengikut peruntukan undang-undang sewajarnya.

Abdul Malik berkata, walaupun Seksyen 7 tidak dapat diaplikasikan, namun pihaknya masih ambil tindakan terutama kaunseling dan pemantauan termasuk mahu memberinya peluang untuk berubah ke pangkal jalan.

Menurutnya, jika kesalahan itu dilakukannya di khalayak ramai atau ditahan ketika sedang menggoda lelaki atau bersekedudukan yang boleh menimbulkan syak, maka tindakan juga boleh diambil selepas mempunyai bukti.

Sementara itu, Harian Metro cuba menghubungi Natasya bagi mendapatkan maklum balas, namun panggilan tidak berjawab.

Lelaki hilang ditemui mati di padang pasir

HAFR AL-BATIN: Unit anggota peronda sempadan di sini menemui seorang rakyat Arab Saudi yang mati selepas hilang arah di padang pasir.
Anggota unit itu pada mulanya menemui kereta terbiar dan pada jarak 10 kilometer pula mereka menemui mayat pemandu kereta itu.

Menurut pihak berkuasa, laporan mengenai orang hilang dibuat saudara-mara pemandu itu yang berusia dalam 40-an dua hari sebelum itu. Polis masih menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu.

Sementara itu, pasukan Pertahanan Awam di al-Kharj menyelamatkan seorang lelaki berusia 90 tahun yang sesat di padang pasir selepas keretanya terjerlus dalam pasir. Lelaki itu ditemui 10 kilometer dari keretanya dan dikejarkan ke hospital untuk dirawat. - Agensi

Facebook untung RM4.78 bilion enam bulan pertama 2011

SAN FRANCISCO: Keuntungan Facebook naik sekali ganda kepada AS$1.6 bilion (RM4.78 bilion) pada separuh tahun pertama 2011 walaupun berdepan dengan kesukaran mendapatkan iklan dan terpaksa bersaing dengan Google Inc.
Keuntungan bersih yang dicatat pada pertengahan tahun 2011 pula hampir mencapai AS$500 juta (RM1.496 bilion) kata pegawai yang mahu namanya dirahsiakan kerana Facebook tidak pernah mendedahkan kedudukan kewangan mereka.
Kewangan Facebook menjadi kukuh apabila pelabur menaikkan nilai hingga US$80billion dalam pasaran persendirian. Pemerhati industri menjangka laman sosial nombor satu dunia itu akan masuk ke papan bursa saham pada 2012. - Agensi 

Sindiket sembunyi dadah dalam kereta tumpas


SEBAHAGIAN daripada ganja yang disembunyikan di ruangan sulit bahagian belakang tempat duduk dan bahagian bampar kereta didedahkan pada  sidang media   di Bukit Aman, semalam.
SEBAHAGIAN daripada ganja yang disembunyikan di ruangan sulit bahagian belakang tempat duduk dan bahagian bampar kereta didedahkan pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan dua sindiket pengedaran dadah selepas menahan tujuh individu, termasuk empat warga asing serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM2.6 juta di sekitar Lembah Klang dan Terengganu, dalam tempoh seminggu sehingga semalam.

Menerusi tangkapan itu, polis mengesan sindiket pengedaran dadah kini menggunakan taktik baru iaitu sanggup mengubah suai beberapa bahagian kenderaan termasuk lantai belakang tempat duduk dan bamper untuk dijadikan lokasi khas penyimpanan dadah.
Malah, sindiket dari antarabangsa juga dikatakan menggunakan wanita Thailand untuk membawa masuk bekalan dadah ke negara ini menggunakan jalan darat bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata serbuan pertama dilakukan Selasa lalu apabila pihaknya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Thailand berusia antara 25 hingga 32 tahun di Sri Damansara.

“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan dinaiki suspek itu menemui 60 ketulan mampat dadah jenis ganja yang disembunyikan di ruangan sulit khas di beberapa bahagian kenderaan yang diubah suai termasuk bahagian belakang tempat duduk dan bampar,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Dalam operasi berasingan jam 4.15 pagi semalam, Noor Rashid berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menahan sebuah kereta di Jalan Duta sebelum menangkap tiga individu warga asing berusia 28 hingga 41 tahun.

“Dua lelaki warga Nigeria yang berada dalam kereta terbabit keluar dan cuba melarikan diri sebelum berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan. Hasil tangkapan itu, polis turut menahan seorang wanita warga Thailand yang turut berada dalam kenderaan terbabit.
“Hasil pemeriksaan itu, polis menemui dua beg galas berisi 29 ketul dadah jenis ganja seberat 28.1 kilogram. Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.