Sunday, June 17, 2012
memang bangang lagi bodo
Tambah beliau lagi sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.
Saya tidak pasti samada beliau sedar atau tidak ataupun memang bangang lagi bodoh taraf gaban bahawa semua gaji2 kakitangan kerajaan dibayar dengan mengunakkan duit rakyat bukan dengan duit UMNO...Adakah anda setuju dengan saya kalau saya katakan Undi atau sokongan seseorang terhadap sesuatu parti itu adalah hak setiap individual didalam negara demokrasi?Adakah anda setuju jika saya katakan bahawa mentality pemimpin Utama UMNO jauh ke belakang kalau dibandingkan dengan orang asli di timur Laste di kepulauan Indonesia?Apa komen anda?
Razak Baginda jual rahsia pertahanan bernilai 36 juta euro atau RM142 juta kepada DCNS
Peguam Perancis Joseph Breham yang bertindak untuk NGO Malaysia SUARAM memberitahu satu sidang akhbar di Bangkok bahawa Razak Baginda pembantu rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjual rahsia pertahanan bernilai 36 juta euro atau RM142 juta kepada DCNS, pembuat senjata Perancis.katanya dokumen rahsia kepunyaan Tentera Laut Malaysia, penilaian ini adalah untuk mendapatkan kapal selam yang merupakan dokumen yang sangat sulit.Katanya lagi polis Perancis telah menjumpai bukti bahawa firma Terasasi telah menjual maklumat rahsia kepada gergasi tentera laut Perancis. Terasasi dikawal oleh Razak Baginda, yang telah dituduh bertindak sebagai proksi Najib dan mendapatkan 570 juta euro dalam bentuk sogokan dari kerajaan Malaysia dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion .Baginda dan bapanya Abdul Malim merupakan pengarah Terasasi. Terasasi telah diperbadankan di Hong Kong dan pada asalnya dikenali sebagai Penasihat dan Perkhidmatan Sokongan Kinabalu Ltd.Apakah perasaan anda bahawa rahsia kerajaan dan negara anda dijual demi untuk mendapatkan keuntungan peribadi pemimpin?Adakah anda setuju jika saya katakan bahawa rakyat perlu tumbangkan kerajaan yang ada demi untuk menyelamatkan negara tercinta ini?Apa komen anda?
Profesor mangkuk hayun
Nama Prof ini Nashoa merupakan anak Melayu pertama mendapat kelulusan sarjana dalam bidang Optometri dari Universiti Melbourne Australia. Sekarang beliau merupakan dekan di Fakulti di International University College of Tehnology Twintech, Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd dan Pengarah dan Perunding Utama di Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd. (Sila rujuk: http:// mthago.wordpress.com/drn/)
Selain itu beliau juga seorang pemuja Mahathir Mohamad dengan mengarang syair, puisi dan lirik-lirik lagu menyanjung tinggi Mahathir Mohamad. Dari latar belakang aktiviti itu jadi tidak hairanlah kalau profesor ini bertindak macam profesor gila.
Mohon Sinar harian anjurkan debat dengan prof in dengan Dewan ulamak Pas ataupun dewan pemuda pas malaysia Rakyat nak Tengok apa hujah dia??? Apa komen anda mengenai profesor kangkung ini?

Apa komen anda
Cuba anda baca apa kata mahathir dalam ruangan yang ditanda dalam gambar ini?Apa komen anda tentang kenyataan itu?
Dr Nasoha yang mengelar Tuan guru Nik Aziz sebagai Iblis.
Ummi Hafilda kata beliau telah menyerahkan "bukti baru" kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
ahli didalam UMNO bengong2 belaka
Apa pendapat anda?
KALAU sebelum ini MCA bersungguh-sungguh mempertahankan bahawa operasi Lynas dijamin selamat kepada rakyat terutama yang duduk di sekitar kilang pemprosesan nadir bumi tersebut apabila menyedari bahawa kaum cina merupakan golongan yang ramai membantah kewujudan kilang tersebut, maka Presiden MCA, Chua Soi Lek terpaksa menukar pendiriannya.Dalam satu kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh akhbar milik MCA, The Star beliau bertegas membantah pengeluaran lesen Lynas oleh kerajaan sekiranya sisa buangan kilang tersebut tidak dibuang ke luar Malaysia.Inilah pemimpin flip flop sama seperti Najib Razak yang suka main sentimen politik bercanggah.Contohnya depan orang Melayu Najib kata DAP perkudakan PAS, tapi depan orang Cina, Chua Soi Lek kata PAS perkudakan DAP.
Sekarang ini BN terpaksa mencari negara-negara yang boleh diperbodohkan untuk menerima sisa buangan dari kilang Lynas di Malaysia.Adakah kata-kata Chui Soi Lek retorik sahaja demi menjaga hati kaum cina.Apa pendapat anda?
stretegi ini akan digunakan untuk merampas kembali negeri yang diperintah oleh pakatan
Adakah ini stretegi UMNO untuk kekal memerintah dan adakah stretegi ini akan digunakan untuk merampas kembali negeri yang diperintah oleh pakatan?Apa kata anda?
Barisan Artis Nasional
Baru-baru ini para artis di Malaysia telah menubuhkan satu Team yang digelar Barisan Artis Nasional (BAN). Ia ditubuhkan kononnya sebagai platform penggiat seni membantu mana-mana kerajaan negeri mempromosikan pelbagai produk pelancongan, kata Presidennya Datuk Mizal Zaini.Tak cukup dengan barisan nasional (BN) ada barisan artis nasional(BAN) pulak dah!!Difahamkan Adun Sungai Rapat, Kak Midah Osman menjadi penaung BAN ini.Apakah sebenarnya tujuan BAN ini ditubuhkan?Adakah untuk membantu UMNO meraih sokongan rakyat digunakan para artis ini atau hanya tinggal golongan ini sahaja yg menyokong Perjuangan Umno!!Apa komen anda?
Cincin siapa yang puan pakai,
Rakyatlah tidak diberitahu,
Rm24 juta harga bernilai,
Duit siapa yang puan sapu?
.... APA MACAM?
Rm24 juta harga bernilai,
Duit siapa yang puan sapu?
.... APA MACAM?
Bakal menantu PM nipu !!!
Sejak kepimpinan Mahathir hingga ke Najib -
... APA MACAM?
Kerana mengidam seulas nangka raja
Borang bantuan TAYAR 1 Malaysia kini dah di edar..
Cari sampah sara empat anak
Demi sesuap nasi Norazila sanggup mencari sampah.
Walaupun masih kecil, keempat-empat anak kecil ini memahami keperitan dan
penat lelah yang dilalui ibunya.
Dalam rancaknya pembangunan pelancongan yang menyajikan pelbagai peluang pekerja di Langkawi masih terdapat lagi keluarga yang melalui kehidupan sukar akibat dicengkam kemiskinan.
Sinar Harian menyelami kehidupan Norazila Derani, 30, yang bekerja mencari sampah dan barang terpakai di pusat pengumpulan dan pelupusan sampah berdekatan Kampung Belanga Pecah.
Bertemankan seorang daripada anak perempuannya Nor yang berusia 8 tahun, Sinar Harian dibawa menemui ibunya di tempat pelupusan itu.
Kelihatan anak gadis itu cukup riang apabila dapat mencari ibunya dicelah-celah longgokan sampah.
“Emak ada orang nak jumpa, dia nak mai tanya mak, pasai apa tak tau”, katanya.
Bertahun kerja cari sampah
“Inil ah kerja saya selama ini memang payah la, tapi nak hidup kenalah buat kerja macam ni,” kata Norazila yang kelihatan letih kerana mengandungkan anak yang kelima.
Menurutnya, suaminya kini telah dipenjarakan dan segala perbelanjaan untuk menguruskan anak-anak, makan minum dan perbelanjaan sekolah semuanya ditanggung olehnya.
“Kalau tak kerja tak ada duit belanja, ini pun paling banyak dapat dalam RM20, kalau ada banyak dapatlah lebih sikit.
“Saya pun tak tahu macam mana, untuk anak kelima ini tak banyak yang saya dapat sediakan untuknya kerana beban yang ditanggung oleh saya sekarang cukup berat,” katanya.
Ketika ditanya berapakah usia kandungannya, SinarHarian agak terkejut apabila diberitahu sudah memasuki tujuh bulan.
“Saya terpaksa, tiada siapa yang dapat bantu. Kalau tak ada duit untuk bagi makan anak-anak lagi susah, biarlah saya tetap teruskan kerja ini selagi termampu,” katanya.
Norazila berkata, dengan kesukaran yang dialaminya sekarang, dia tidak mampu untuk membayar segala kos untuk membuat permohonan untuk mendapatkan bekalan api dan air di rumahnya.
“Saya mohon jasa baik pihak pihak tertentu atau pihak yang ingin membantu keluarga saya untuk mendapatkan kemudahan yang lebih baik.
“Semuanya bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak, sedih apabila direnung kembali keadaan kami,” katanya.
Ketika berkunjung di rumahnya, ternyata keadaan di sana sangat daif. Rumah mereka langsung tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik.
Difahamkan mereka mandi di kolam, elektrik pula Norazila terpaksa menumpang rumah orang tuanya yang berdekatan.
Kongsi pendapatan
Anak sulung Norazila, Mohamad yang kini berusia 11 tahun terpaksa mencari perbelanjaan tambahan dengan menangkul ketam di sekitar sungai berhampiran.
“Duit yang kami dapat dari ketam yang ditangkap kena bagi kat mak juga untuk bantu dia.
“Saya jual ketam semua pada orang kampung, dapat sikit duit untuk bantu keluarga dan buat belanja sekolah, kadang-kadang tangkul ketam saya kena curi, payah la sikit.
“Kesian kat mak kena kerja walaupun tengah sarat mengandung, selepas sekolah saya dan Nor kena jaga adik sampai la mak balik dari kerja,” katanya.
Ketika ditanya apakah yang akan dilakukan apabila dewasa nanti, dengan nada cukup yakin dia mahu menjaga dan menolong emaknya.
Dua lagi adik mereka yang berumur 5 dan 2 tahun agak pemalu dan kurang bercakap ketika temubual diadakan.
Rindu ayah
Nor berkata, dia cukup rindu dengan ayahnya. “Bila melawak dengan ayah cukup seronok, teringat juga kat dia,” katanya. Nor sempat juga menunjukkan kolam yang mereka gunakan untuk mandi dan membasuh pakaian.
Hampir 70 meter jarak dari rumah mereka ke kolam berkenaan.
“Kadang-kadang kami terpaksa ponteng sekolah kerana mak tak larat nak bangun. Mak kerja kuat sejak akhir-akhir ni, nasib baik tok wan (nenek) bantu kami semua kalau tidak lagi payah,” katanya kepada Sinar Harian.
Norazila bagaimanapun meminta mana-mana pihak yang prihatin agar dapat membantu mengurangkan bebannya dan anak-anak.
Cukup sedih melihat apabila dalam pembangunan ekonomi yang cukup rancak dan pesat yang ada di Langkawi ini masih lagi terdapat golongan yang susah dan daif terpinggir serta diabaikan.

TMJ: 'Kenapa hanya orang Melayu mahu jatuhkan Raja'
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedih dan kesal dengan sikap segelintir masyarakat Melayu sendiri yang cuba menjatuhkan institusi raja.
Ketika menzahirkan pandangan itu menerusi mesej Twitter hari ini, baginda turut menyuarakan rasa bimbang terhadap nasib masyarakat Melayu sekiranya negara ini menjadi seperti Singapura.
“Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain takda buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup.
“Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja,” tulis baginda lagi menerusi Twitter.
Baginda juga bertitah agar golongan berkenaan sedar dan menerima fakta selain belajar untuk menghargai apa yang dimiliki seterusnya bersyukur.
“Janganlah hidup dalam mimpi. Bangun dan hadapilah kenyataan. Belajar menghargai apa yang anda ada dan bersyukur. Sesungguhnya tidak ada penawar kepada kebodohan,” titah baginda.
Tunku Ismail melahirkan pandangan baginda ini di sebalik isu berkenaan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkenaan dengan pembidaan plat nombor pendaftaran oleh Sultan Johor, masih hangat diperkatakan.
Awal minggu ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap Mohammad Nizar berhubung isu itu.
Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’.
Semalam, Mohamad Nizar menghantar surat permohonan untuk menghadap Sultan Johor.

Imam Al-Aqsa mahu Malaysia terus tekan Israel - Nasional - Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Malaysia dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) lain digesa terus memberi tekanan kepada tindakan Israel melakukan pencerobohan dan pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa.
Imam masjid itu, Syeikh Akrima S.A Sabri berkata Malaysia sentiasa prihatin dengan setiap isu Palestin dan diharap terus memberi tekanan terhadap tindakan Israel yang tidak berasas serta bakal memusnahkan Masjid Al-Aqsa.
"Malaysia antara barisan depan yang sentiasa menyokong perjuangan umat Islam di Palestin bersama 57 negara OIC perlu terus melakukan protes terhadap tindakan Israel ini.
"Protes (tekanan) oleh banyak pihak antarabangsa penting untuk menghentikan tindakan Israel itu," katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan kertas kerja pada Seminar Antarabangsa 'Fiqh Mentaati Pemimpin' di sini hari ini.
Beliau turut meminta semua pihak terus menyalurkan bantuan bagi meringankan beban rakyat Palestin.
"Ada dua bentuk bantuan yang amat diperlukan rakyat Palestin, bantuan pertama, yang saya sifatkan mampu disalurkan oleh individu serta tidak perlukan tindakan sebuah negara, ialah bantuan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan keperluan harian termasuk makanan serta perubatan, yang mana semua negara atau pertubuhan mampu untuk segera membantu rakyat Palestin," katanya.
Syeikh S.A Sabri berkata selain itu, bantuan yang disifatkan perlu namun mungkin mengambil masa ialah berkaitan persefahaman negara Islam sendiri untuk bersepakat membantu Palestin.
"Bantuan ini bersangkut-paut dengan tanggungjawab negara, bukan masyarakat atau penduduk, kesepaduan negara-negara Islam, permuafakatan antara mereka perlu untuk menyelesaikan isu pencerobohan yang terhadap Palestin, ini kerja negara untuk menentang Israel," katanya.
Sementara itu, seorang pembentang kertas kerja iaitu bekas Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Dr Hamed Mohamed Abdel Rahman berkata memandangkan Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam yang maju, ia perlu memainkan peranan utama menerajui dunia Islam membantu badan dunia menyelesaikan pelbagai krisis antarabangsa.
"Peranan Malaysia perlu diperluaskan lagi, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Kofi Annan sendiri telah mengakui Malaysia boleh dijadikan contoh kepada masyarakat dunia berhubung aspek kehidupan aman penduduknya yang berbilang kaum.
"Kofi Annan turut melihat Malaysia sebagai contoh sebuah negara Islam yang menggalakkan perpaduan di peringkat dunia, khususnya antara negara Islam dan dunia secara am," katanya sambil menambah secara peribadi, beliau melihat Turki boleh berperanan menerajui negara Islam, berdasarkan faktor geografi. - Bernama

Shura minta PM bantu tangani isu penindasan di Myanmar
ALOR SETAR - Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan membantu masyarakat Islam Rohingya di Arakan, Myanmar yang kini ditindas dan diancam penghapusan etnik di negara itu.
Pengerusinya Abdul Ghani Samsudin berkata pihaknya telah menghantar surat kepada Najib dan berharap agar Perdana Menteri dapat memberi maklum balas berhubung surat mereka itu.
"Kami memohon bantuan Perdana Menteri supaya berhubung dengan pemimpin Mynmar dan negara Asean yang lain bagi menyelesaikan masalah ini.
"Kami juga meminta supaya sidang Parlimen membuat usul khas berkaitan isu ini dan meminta supaya kerajaan mengambil inisiatif menyuarakan keprihatinan kerajaan supaya Asean mengadakan persidangan khas tentang hal ini," katanya kepada pemberita selepas persidangan tergempar ulama Asean mengenai masalah umat Islam Rohingya di sini, hari ini.
Beliau berkata jika keadaan tidak berubah, pihaknya bersedia untuk menghantar sukarelawan untuk masuk ke Arakan bagi membantu masyarakat Islam yang ditindas di sana.
"Nasib orang Rohingya sangat terpinggir berbanding dengan nasib umat Islam yang lain dan belum mendapat perhatian sewajarnya. Jadi kami sudah membuat keputusan bahawa sebuah persidangan ulama sedunia akan diadakan bagi mengangkat isu ini supaya diberi perhatian di peringkat antarabangsa," kata Abdul Ghani.
Abdul Ghani berkata jika hanya diberi bantuan kemanusiaan sahaja, ia mungkin tidak menjadi kerana ia perlu seimbang dengan campur tangan politik.

"Semua ahli politik yang beragama Islam perlu bersatu merentasi sempadan parti politik untuk bersama-sama membantu saudara kita di Myanmar.
"Saya yakin isu ini boleh selesai jika semua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), parti politik dan anggota yang cintakan kebenaran dan keadilan hak asasi manusia bergabung.
Kita juga mesti ada stategi politik, sosial, ekonomi dan media serta ketenteraan jika mahu perkara ini diselesaikan," katanya.
Wilayah Rakhine di barat Myanmar mengalami pergolakan berikutan keganasan kaum dan agama antara penganut Buddha dan puak Islam Rohingya. Serangan berulang kali dilaporkan berlaku terhadap tempat beribadat, harta benda, dan kediaman masyarakat Rohingya Islam di Rakhine dalam tempoh beberapa hari lepas.- Bernama

Air: Campur tangan Pusat langgar undang-undang, kata MB
Abdul Khalid (kiri) menanam anak pokok sebagai simbolik Majlis Perasmian Asrama
Puteri Inspens, semalam.
KUALA SELANGOR - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan campur tangan Kerajaan Persekutuan yang menidakkan kuasa Kerajaan Negeri dalam menangani isu air yang berterusan.
Khalid berkata, tindakan itu dianggap sebagai melanggar undang-undang yang diluluskan Kerajaan Persekutuan sendiri pada 2006.
Menurutnya, hak pengurusan air adalah di bawah kuasa sepenuhnya Kerajaan Negeri seperti yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
“Saya rasa Kerajaan Persekutuan tidak boleh untuk tidak melaksanakannya. Ini kerana dalam perlembagaan, air di bawah kuasa negeri tetapi pelaksanaan adalah persefahaman kedua kerajaan.
“Kita juga sudah membuat persetujuan dengan Kerajaan Persekutuan dan saya berharap mereka tidak culas dalam melaksanakannya memandangkan kedua kerajaan perlu melaksanakannya demi kepentingan rakyat.
“Jika sekiranya mereka masih mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri semata-mata atas dasar politik, kita tunggu sahaja keputusan pilihan raya umum (PRU) nanti.
“Ini kerana saya percaya kuasa kehakiman rakyat akan membuktikan siapa lebih berhak mentadbir negeri ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Puteri INPENS International College di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang menyifatkan Kerajaan PKR Selangor hanya pandai berforum tetapi gagal menyelesaikan isu bekalan air.
Kenyataan ini juga dibuat berikutan Forum Air Selangor yang dikatakan berat sebelah kerana hanya dihadiri Exco kerajaan negeri, ahli-ahli Parlimen dari PR selain wakil media dan dan segelintir orang awam sahaja.
Kelmarin, Khalid menyifatkan forum bersama orang awam tanpa melibatkan wakil Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dianggap lebih relevan kepada rakyat untuk membuat pilihan lebih murah bagi mendapatkan bekalan air bersih, selain projek penyaluran air Pahang menerusi pembinaan Loji Rawatan Langat 2.
Katanya, Syabas tidak berminat untuk meneruskan perbincangan dalam forum dengan alasan utama mereka ada sebutan kes di mahkamah selain sementara Kerajaan Negeri kecewa apabila kementerian berkaitan juga gagal datang ke forum sama yang dianjurkan sebelum ini.

Defisit & Surplus
laporan audit: http://www.audit.gov.my/
—
HANDBAG CROCODILE BIRKIN YANG BERHARGA RM 620.124.25
SEORANG RAKYAT BIASA KENA MENYIMPAN SEBANYAK RM14400 SETAHUN SELAMA 42 TAHUN 1 BULAN UNTUK MEMILIKI HANDBAG CROCODILE BIRKIN YANG BERHARGA RM 620.124.25 TETAPI TIDAK BEGITU PAYAH DAN TIDAK MEMERLUKAN MASA YANG SEBEGITU PANJANG UNTUK MEMILIKINYA ANDAINYA KAK SEMAH.
Bakal besan Najib tolak dakwaan pada anak
Ibu kenapa Daniyar Nazarbayev - bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - menafikan dakwaan terhadap anaknya dan menyifatkan perkara itu manipulasi politik dan tidak masuk akal.
"Saya dan suami tidak pasti siapa sebenarnya di belakang dakwaan yang tidak masuk akal dan bersifat tuduhan ini.
"Ini urusan dalaman keluarga yang dimanipulasi dan dipergunakan oleh pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan politik," Maira Nazarbayev dipetik sebagai berkata dalam kenyataan melalui jurucakap perhubungan awam.
Maira menafikan dakwaan anaknya terlibat menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta) dan menyifatkannya tidak benar dan tidak dapat dibuktikan.
"Suami saya Bolat dan saya tetap memberikan komitmen kepada anak-anak kami, dan akan selesaikan perkara ini secara peribadi. Kami bangga dengan semua anak-anak kami.
"Saya membuat rancangan awal bercuti di Eropah untuk beberapa minggu ajan datang an akan menghabiskan masa dengan keluarga dan orang tersayang," kata Maira.
Kelmarin, sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor juga berkata, dakwaan Daniyar menipu bapa tirinya telah diperbesar-besarkan oleh The New York Post.
Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri.
Sumber: http://
Lembu2 UMNO mana pergi???
Hanya orang UMNO mampu menjawabnya
Kita tak suka kezaliman dan kekejaman
Cin Cin dan Beg Beg
Walaupun Najib belum lagi mengumumkan nama pandanya itu, namun rakyat Malaysia memutuskan nama panda itu ialah Cin Cin dan Beg Beg (cincin cushion cut diamond bernilai RM24.4 juta, beg beg kerana koleksi beg tangan Rosmah yang berharga ratusan ribu ringgit) - Apek
Pewaris takhta Arab Saudi meninggal dunia
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah II (tengah) bersama Putera Nayef (kiri) dan Putera Sultan. |
Putera Nayef yang merupakan Menteri Dalam Negeri sejak 1975 dan dipercayai berusia 78 tahun, merupakan pewaris pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah II.
Beliau dilantik Putera Mahkota pada Oktober lalu berikutan kematian abangnya, Putera Mahkota Sultan.
Stesen televisyen Arab Saudi melaporkan jenazah anggota keluarga diraja itu akan dikebumikan di Kota Mekah selepas solat Maghrib hari ini.
Beliau dilaporkan meninggal dunia di Geneva tetapi punca kematian pewaris takhta berkenaan tidak didedahkan.
Kematian Putera Nayef bermakna Raja Abdullah, 89, perlu melantik bakal penggantinya untuk kali kedua dalam tempoh tidak sampai setahun.
Setakat ini, Menteri Pertahanan, Putera Salman, 76, dilihat calon utama dan putera paling kanan bagi menggantikan Putera Nayef.
Putera Salman dipercayai akan meneruskan dasar pembaharuan yang dilaksanakan oleh Raja Abdullah, berbeza dengan pendirian abangnya.
Nayef sebelum ini memiliki reputasi sebagai pentadbir berfahaman konservatif yang menentang dasar reformasi Raja Abdullah.
Beliau turut bertanggung jawab menghapuskan penentangan rangkaian Al-Qaeda di Arab Saudi.
Putera Nayef, Raja Abdullah dan Putera Salman adalah antara hampir 40 anak lelaki pengasas Arab Saudi, Abdul Aziz Ibn Saud yang mengasaskan negara berkenaan pada 1935.
Salman yang berkhidmat sebagai Gabenor Riyadh, dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada November tahun lalu.
Pada Mei lalu, Putera Nayef berkunjung ke Switzerland bagi menjalani ujian perubatan.
Beliau pernah berada di luar negara beberapa kali pada tahun ini bagi tujuan perubatan termasuk ke Algeria, Amerika Syarikat dan Switzerland.
Namun, penyakit yang dihidapi oleh putera tengah daripada tujuh adik beradik itu tidak dihebahkan.
Putera Nayef merupakan anak lelaki Raja Abdul Aziz bersama isteri yang paling disayanginya, Puteri Hassa Al- Sudairi. - Agensi
TERBARU KEKEJAMAN TERHADAP MINORITI UMAT ISLAM DI MYAMMAR
Gambar antara pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon ( ibu negera Myammar) melalui jalan darat tongu.Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman merekakencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, malah kediaman mereka juga turut dibakar & ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas di Myanmar.
http://
—
Subscribe to:
Posts (Atom)