Sunday, June 17, 2012

Razak Baginda jual rahsia pertahanan bernilai 36 juta euro atau RM142 juta kepada DCNS


Peguam Perancis Joseph Breham yang bertindak untuk NGO Malaysia SUARAM memberitahu satu sidang akhbar di Bangkok bahawa Razak Baginda pembantu rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjual rahsia pertahanan bernilai 36 juta euro atau RM142 juta kepada DCNS, pembuat senjata Perancis.katanya dokumen rahsia kepunyaan Tentera Laut Malaysia, penilaian ini adalah untuk mendapatkan kapal selam yang merupakan dokumen yang sangat sulit.Katanya lagi polis Perancis telah menjumpai bukti bahawa firma Terasasi telah menjual maklumat rahsia kepada gergasi tentera laut Perancis. Terasasi dikawal oleh Razak Baginda, yang telah dituduh bertindak sebagai proksi Najib dan mendapatkan 570 juta euro dalam bentuk sogokan dari kerajaan Malaysia dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion .Baginda dan bapanya Abdul Malim merupakan pengarah Terasasi. Terasasi telah diperbadankan di Hong Kong dan pada asalnya dikenali sebagai Penasihat dan Perkhidmatan Sokongan Kinabalu Ltd.Apakah perasaan anda bahawa rahsia kerajaan dan negara anda dijual demi untuk mendapatkan keuntungan peribadi pemimpin?Adakah anda setuju jika saya katakan bahawa rakyat perlu tumbangkan kerajaan yang ada demi untuk menyelamatkan negara tercinta ini?Apa komen anda?

No comments:

Post a Comment