Monday, June 4, 2012

Pakatan akan siasat semula skandal forex RM30 bilion

Pakatan akan siasat semula skandal forex RM30 bilion - Malaysiakini:

Pakatan akan siasat semula skandal forex RM30 bilion
12:07PM Jun 4 2012 
Pakatan Rakyat akan membuka semula siasatan terhadap dakwaan kerugian besar Bank Negara sebanyak RM30 bilion melalui spekulasi tukaran asing (forex) pada tahun 1992 sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, Pakatan juga akan menyiasat semua dakwaan skandal kewangan selama tempoh 22 tahun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin Malaysia.

NONE"Sekiranya Pakatan mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum yang akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992...," katanya.

Memetik pandangan bekas timbalan gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakop, Lim berkata spekulasi yang berlaku mendapat restu Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Saya telah membuat anggaran dalam sidang Parlimen dua dekad yang lalu bahawa Bank Negara mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.

"Kata Rosli semalam, dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah "diperkecilkan secara berskema" melalui penilaian semula pegangan emas dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment)," kata Lim

'via Blog this'

Isu Scorpene: Suaram gesa k'jaan jelas peranan Terasasi

Isu Scorpene: Suaram gesa k'jaan jelas peranan Terasasi - Isu Semasa - CARI Malay Forums:

Isu Scorpene: Suaram gesa k'jaan jelas peranan Terasasi



Suaram menggesa kerajaan menjelaskan peranan Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd yang didakwa menjual rahsia negara kepada syarikat Perancis berhubung urusniaga RM4 bilion untuk membeli kapal selam Scorpene.

"Setakat ini, perana Terasasi masih belum dijelaskan di Parlimen Malaysia.

"Kerajaan Malaysia perlu menjelaskan perkara ini dan peranan yang dimainkan Abdul Razak Baginda dalam transaksi (melibatkan kertas penilaian Scorpene)," kata pengarah Suaram Kua Kia Soong.

Abdul Razak dan bapanya merupakan pengarah Terasasi, sebuah syarikat yang muncul dalam siasatan Suaram ke atas syarikat pembina kapal Perancis, DCNS, dalam kes penjualan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia.

Terasasi didakwa menerima sejumlah 36 juta euro (RM142 juta) daripada DCNS – antara lainnya untuk 'jualan' laporan sulit melibatkan penilaian tentera laut Malaysia ke atas pesanan untuk kapal selam itu.

Kua dalam satu emel kepada Malaysiakini semalam berkata, satu inkuiri perlu dibuat ke atas dakwaan serius itu.

'via Blog this'

Pua: Mengapa k'jaan jual 60 peratus saham FGVH?

Pua: Mengapa k'jaan jual 60 peratus saham FGVH? - Malaysiakini:
Setiausaha publisiti DAP Tony Pua mempersoalkan tindakan kerajaan yang "begitu terdesak" sehingga menjual kepentingan dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH) secara besar-besaran melalui tawaran awal permulaan (IPO).

Katanya, penjualan 60 peratus saham yang dimiliki Felda itu akan membolehkan kerajaan mengumpul RM5.5 bilion daripada RM9.96 bilion yang dijangka akan berjaya diraih menerusi IPO saham FGVH.

"Sebab kerajaan memerlukan RM5.5 bilion daripada penjualan saham FGVH milik Felda tidak dinyatakan dalam prospektus.

"Kita hanya mengetahui melalui media bahawa RM1.69 bilion telah diperutukkan untuk memberi bayaran 'durian runtuh' RM15,000 kepada setiap keluarga Felda yang akan memakan perbelanjaan RM1.69 bilion," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya memegang saham tersebut selama mungkin jika benar FGVH akan menjadi syarikat global yang bakal meraih keuntungan seperti dinyatakan perdana menteri.

"Apa sebabnya kerajaan tergesa-gesa menjual begitu banyak sahamnya," soalnya lagi yang menambah, suasana pelaburan pada masa ini juga "amat negatif."

"Langkah yang begitu terdesak, di samping penambahan keuntungan FGVH dengan pendapatan RM500 juta yang sepatutnya hasil kepada Koperasi Permodalan Felda (KPF) setiap tahun, membina keraguan bahawa ada udang di sebalik batu," katanya lagi.
'via Blog this'

Anwar kata tak perlu bayar hutang PTPTN

Anwar kata tak perlu bayar hutang PTPTN - Malaysiakini:

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anwar menyatakan demikian kepada 10,000 orang dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, Permatang Pauh pada malam Sabtu lalu, menurut laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.
Akhbar itu memetik Anwar sebagai berkata, Pakatan Rakyat didakwa akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Skim pinjaman itu akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi.

Beliau juga mengulangi tawaran Pakatan untuk mengurangkan harga minyak dalam tempoh sehari selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, menurut laporan itu.
Kenyataannya itu menerima kritikan keras daripada setiausaha pengelola kebangsaan MCA Datuk Tee Siew Kiong yang berkata Anwar bertindak dengan tidak bertanggungjawab melalui saranannya kepada peminjam untuk melanggar undang-undang.
"Demi meraih sokongan daripada pengundi muda, Anwar menggunakan langkah populis untuk mendapatkan undi dalam cita-citanya untuk mengambil alih sebagai perdana menteri.

"Apa yang menyedihkan, beliau nampaknya bangga dengan kenyataan tidak bertanggungjawab itu.

"Hanya pemimpin (Pakatan Rakyat) yang berani menunjukkan keingkaran kepada undang-undang seperti itu.

'via Blog this'

Sokongan Najib menjunam, tangguh lagi la PRU13?

Sokongan Najib menjunam, tangguh lagi la PRU13?:

http://cenangau.blogspot.com,04 Jun 2012

Sokongan Najib menjunam 19% & 18%, tangguh lagi la PRU13?


Kalau tengok ke laporan kaji selidik yang Merdeka Center buat memang nampak sangat sokongan kepada Najib sebagai Perdana Menteri turun menjunam.

Kalau tengok ke angka dalam jadual macam yang aku salin tampal kat bawah tu nampak sangat penurunan mendadak terutama sekali untuk segmen pengundi cina dan juga untuk segmen berpendapatan sederhana.

Tapi kalau tengok ke peratus yang sokong Najib tu nampak macam Umno BN masih boleh menang, masih boleh menguasai Putrajaya kalau buat pilihanraya sekarang.
Tapi taktau la pulak, kalau Najib harap untuk dapat balik 2/3 parlimen, kalau takat sokongan macam jadual kat bawah tu nampak macam payah la nak dapat, kalau takat nak menang majoriti mudah memang boleh.

Apa pun, harus barang diingat, masa sebelum PRU12 rasanya takdak kajian yang buat laporan kemundkinan sampai 5 negeri BN akan kalah, macam tu jugak di parlimen aku tak pernah terbaca yang BN akan hilang 2/3.

Jadinya laporan macam ni boleh untuk dibaca, boleh untuk diambik tindakan tapi tak boleh untuk 'beriman', memang sangat-sangat tak sesuai.

Apa pun, kita tunggu sajalah tak kira bila pun Najb nak bubarkan Parlimen. Kuasa tu ada pada dia, kecuali la kalau tiba-tiba Agong berani untuk 'memaksa' atau 'menderhaka' kepada Perdana Menteri.

Setakat hari ni katanya tempoh yang paling popular yang ke depan ni adalah selepas Raya Puasa dan sebelum musim Haji. Parlimen mungkin dibubar dalam bulan puasa.

Apa pun, untuk laporan kajiselidik tu boleh baca di MerdekaReview atau baca terus di MerdekaCenter.



Segmen pengundiFebruariMeiPerubahan
Pengundi Cina56%37%-19%
Pengundi India80%72%-8%
Pengundi bawah umur 30 tahun64%61%-3%
Pengundi bawah umur 40 tahun67%65%-2%
Pendapatan isi keluarga bulanan RM1500 - RM300071%69%-2%
Pendapatan isi keluarga bulanan RM3000 - RM500068%50%-18%

'via Blog this'

Rakyat ditipu dengan subsidi petrol?

Rakyat ditipu dengan subsidi petrol?:

Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).
Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.
Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!
Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka hargaRON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti!
Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter!  (RM2.90 - RM1.45).
Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti....  RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi!
Tapi kerajaan Barisan Nasional seronok menipuorang-orang tua di kampungdan peneroka Felda dengan perkataan subsidi. Tak mengapa. Teruskan menipu menggunakan perkataan keramat 'subsidi' tetapi pindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Ada berani?
Kalau tak berani, jangan ganggu Rakyat untuk menukar kerajaan yang dapat memberikan harga petrol yang lebih murah. Bukan susah pun kerajaan Pakatan nak lakukan... Pindahkan sahaja subsidi daripada RON95 kepada RON97. Tak perlu pakar kewangan untuk melakukannya..
Analoginya samalah dengan menjual kereta Proton yang berkualiti dengan harga yang lebih murah di luar negara manakala Proton yang kurang berkualiti dijual kepada rakyat di dalam negara dengan harga yang jauh lebih mahal.Haram jadah!!! (pinjam kata-kata Najib)
Siapa yang mahukan harga petrol RON97 berkualiti dengan harga yang lebih murah daripada harga RON95, JOM tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat!
Patutlah DS Anwar berani dan konfiden memberi jaminan, "malam ini kita berkuasa di Putrajaya, esok kita turunkan harga petrol!"
Kepada pemuda-pemudi, abang, adik, kakak, cuba eksplen penipuan subsidi petrol kerajaan Najib ini kepada orang-orang tua di kampung-kampung, di pedalaman, Makcik Kiah, Makcik Jemah, Pak Seman, Pak Sudin di Felda-Felda.Mereka semua ada kereta dan motor yang menggunakan petrol.
Blogmaster

'via Blog this'

satu malaysia..kena tipu dengan UMNO

Ribuan di Merdeka Rakyat Permatang Pauh

Ribuan di Merdeka Rakyat Permatang Pauh:
PERMATANG PAUH: Siri ke lima Jelajah Merdeka Rakyat yang dikendalikan oleh Chegu Bard dan juga anak-anak muda dari SAMM ini telah berlangsung di Padang Awam, Taman Guar Perahu malam tadi, 3 June 2012.

Apa yang menarik kali ini ialah kemunculan bekas Bendahari UMNO Permatang Pauh sebagai pengacara majlis.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Mustaffa, (gambar bawah)  beliau telah meninggalkan UMNO Permatang Pauh kini bersama PKR Permatang Pauh telah menawarkan diri untuk mengacarakan majlis.

Selama ini beliau lebih suka berada dari jauh memerhatikan sebarang majlis anjuran PKR malam tadi lalu mengejutkan banyak pihak dengan muncul di pentas sebagai pengacara majlis.

TKM1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang juga merupakan ADUN Penanti turut memberikan ucapan dalam ceramah ini.

Perlu diakui jika dibandingkan dengan ucapan-ucapan beliau yang sebelum ini, kali ini beliau memperlihatkan kebolehannya dalam mengupas isu-isu di peringkat nasional.

Chegu Bard penggerak utama program Jelajah Merdeka Rakyat ini turut memberikan ucapan..

Beliau mengulas akan kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa yang diperintah oleh Najib terhadap peserta himpunan BERSIH 3.0.

Kisah beliau dibelasah oleh pihak berkuasa menimbulkan rasa simpati ramai pendengar malam itu yang masih kurang jelas akan apa yang telah berlaku sebenarnya dalam himpunan tersebut.

Dalam siri jelajah kali ini Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah, Raymond Ahuar (gambar kanan)yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR juga telah muncul.

Raymond melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat ribuan yang hadir baik dalam ceramah ini mahu pun dalam himpunan ‘Hijau Menuju Putrajaya’ yang diadakan oleh PAS pada malam sebelumnya.

Ini kerana menurut beliau, rakyat di Sabah hanya mengetahui dua atau tiga ribu orang sahaja yang hadir ke majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat melalui media massa yang dikawal UMNO.

Selain itu turut dipertikaikannya ialah sikap pemimpin UMNO Sabah atau Ketua Menteri Sabah yang amat sukar untuk didekati oleh rakyat, ini berbeza dengan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat iaitu Guan Eng yang amat mudah untuk didekati oleh rakyat.

Turut diluahkannya ialah nasib Bangsa Murut yang dibiarkan ketinggalan dari segi pelajaran oleh Kerajaan UMNO/BN hinggakan setelah berpuluh tahun memerintah Sabah hanya terdapat dua orang pemegang PhD dari bangsa Murut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar kiri)memberikan ucapan sebelum DS Anwar Ibrahim berucap.

Menerangkan secara terperinci akan kejayaan yang telah dicapai oleh Pakatan Rakyat dalam memerintah Pulau Pinang.

Beliau turut membidas pihak UMNO yang secara berterusan menggunakan isu-isu sensitif untuk menyerangnya ini termasuk isu-isu yang melibatkan Raja-raja dan juga perkauman.

Diakhir ucapannya sekali lagi beliau menegaskan jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya tol lebuhraya Utara-Selatan akan dihapuskan..

Penceramah utama DS Anwar Ibrahim (gambar bawah kiri) yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh muncul sekitar jam 11.00 malam di sini.

Jika di Selangor Pemuda UMNO dilabelkan sebagai celaka dan sial oleh DS Anwar Ibrahim di sisni mereka dilabel sbagai kurang ajar pula.

Diawal ucapannya beliau membidas pemuda UMNO Permatang Pauh yang katanya kurang ajar kerana telah bertindak menurunkan banyak bendera PKR dan juga banner hebahan untuk program ini.

DS Anwar Ibrahim juga tidak melepaskan peluang untuk membidas pihak SPRM yang telah melepaskan Sharizat tapi dalam masa yang sama mensasarkan Azmin Ali sebagai sasaran siasatan mereka.

Meskipun kes telah berlalu dan ditutup hampir 17 tahun yang lalu ianya dibuka semula semata-mata untuk mencari dan menunjukkan kepada rakyat keburukkan pemimpin dari Pakatan Rakyat.
'via Blog this'

Bayar: Muhyiddin ingat orang PAS macam Umno

Bayar: Muhyiddin ingat orang PAS macam Umno:

KUALA LUMPUR: “Tan Sri Muhyiddin Yasin ingat PAS seperti Umno, tanpa upah mereka tidak akan buat kerja sedangkan PAS melatih ahlinya berkorban dengan dengan apa sahaja  untuk perjuangan Islam,” tegas AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Ini ekoran Muhyiddin mendakwa peserta Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar dibayar setelah media penipu mereka tidak lagi boleh menipu di zaman langit terbuka.

Selama ini, kata Idris pemimpin Umno mengalami" terencat bilang" kerana tidak mampu membilang dengan betul.


Beliau berkata, Umno akan mati jika ia menjadi pembangkang seperti PAS yang mampu bertahan sehingga hari ini.

“Umno boleh hidup kerana ada kuasa sahaja, dari segi ideologi perjuangan sudah hancur terutama pimpinan pemuda yang menjadi pejuang projek bukan pejuang ideologi. Sebarang himpunan Umno tidak boleh dibuat tanpa diupah dan diangkut,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, pemimpin Umno seperti Muhyiddin berfikiran apa yang mereka buat, maka PAS pun berkelakuan buruk  seperti mereka juga.

“Contohnya ketika Tuan Guru Nik Aziz memerintah Kelantan 1990, mereka kata PAS hanya mampu mentadbir negeri dalam masa 3 bulan sahaja kerana tidak cukup wang.

“Alhamdulillah Kelantan mampu bertahan sehingga kini,” ujarnya.

Tambahnya, pemimpin Umno berfikiran, PAS macam Umno jika memerintah, yang mana nilai  projek RM100,000 mereka belanja RM500,000.

Katanya, analogi yang sama juga yang dibuat oleh pemimpin Umno mengenai Himpunan Hijau, dengan mendakwa peserta dibayar sebagaimana himpunan yang mereka biasa buat.

Benarlah, kata Idris dikatakan orang "orang biasa buat baik, sentiasa bersangka baik dan anggap semua orang baik, orang yang sentiasa berbuat jahat, sentiasa bersangka buruk dan beranggapan semua orang jahat sepertinya".

'via Blog this'

Himpunan peneroka Felda halang penyenaraian FGVH

Himpunan peneroka Felda halang penyenaraian FGVH:
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menggerakan puluhan ribu peneroka Felda dalam Gerakan Selamatkan Felda (GSF) untuk menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang akan dimuktamadkan pada 28 Jun ini.

Menurut Presidennya, Mazlan Aliman (gambar), gerakan itu akan dibuat dalam tempoh tiga minggu ini sebelum FGVH dimuktamadkan.

Beliau memberi gambaran gerakan atau himpunan yang akan diadakan itu sama seperti Gerakan Mansuhkan PPSMI atau Gerakan Mansuhkan ISA.

"Kita sudah buat macam-macam, kita sudah serah memo kepada Perdana Menteri, ke Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, malah kita sudah kemukakan bukti-bukti salah guna kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Malangnya, kata beliau usaha itu tidak berupaya meredakan keghairahan pemimpin untuk menyenaraikan satu-satunya harta penting orang Melayu, Felda.

Jelasnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memaklumkan kepada pelabur-pelabur antaranya Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, KWSP dan pelabur-pelabur asing supaya jangan melabur dalam FGVH kerana mereka akan berdepan dengan iklim pelaburan yang tidak sihat. 

"Anak juga akan mengheret beberapa orang yang dianggap pengkhianat kepada peneroka seperti Isa Samad, Sabri Ahmad, dan Najib Tun Razak sendiri ke mahkamah," katanya kepada Harakahdaily.

Anak konsistan menegaskan mereka bukan bercakap soal saham tetapi pokoknya adalah penyenaraian FGVH yang sakit dan memberi risiko tinggi kepada peneroka. 

Tambah Mazlan, kerajaan mesti membatalkan penyenaraian ini dalam masa yang sama tidak perlu berdolak dalik dengan mengatakan FGVH lebih baik dari 'Facebook' dan kenyataan itu merupakan ulangan retorik.

"Kalau kita ingat selepas era penswastaan mana-mana syarikat besar apabila dilancarkan saham sehingga mencecah RM12 seunit. Malangnya ke mana perginya syarikat ini seperti Lembaga Padi Negara yang diswastakan kepada Bernas. Semuanya menemui kegagalan.

"Bila berlakunya ini kerajaan tidak ambil peduli, dan tidak mustahil perkara ini turut terjadi pada Felda, akibatnya peneroka yang menanggung," balas beliau.

Mazlan membayangkan saham FGVH yang hanya lebih kurang RM20 billion dan tidak mustahil saham ini akan lenyap dalam masa satu hari jika pasaran saham tidak menentu.

Justeru beliau tidak menolak penyenaraian ini adalah semata-mata agenda untuk mengambil dan merompak wang rakyat untuk pilihan raya umum nanti.
'via Blog this'

YDP PAS Jeli saman blogger RM1 juta

YDP PAS Jeli saman blogger RM1 juta:

KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM1 juta ekoran menyiar berita berunsur fitnah terhadap Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad.

Defendan yang beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu merupakan pemilik bloghttp://www.kelatekito.netdianggap menyebarkan berita fitnah yang bertajuk “YDP PAS Jeli samun tanah rakyat” pada 8 November 2011.

Dalam tuntutannya Apandi menyifatkan artikel tersebut tidak benar dan tidak berasas bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai seorang pemimpin PAS.

Menurutnya tulisan berkenaan juga dengan maksud yang jelas menuduhnya sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat.

Ekoran itu plaintif melalui peguam Hisham Fauzi telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya defendan memadamkan artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka.

Selain itu membayar gantirugi kepada plaintif, namun defendan gagal berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka serta membayar gantirugi.

Blogger terbabit sebelum ini dalam blognya mendakwa Yang Dipertua PAS Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di Mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya.

Beliau menyebut tanah tersebut diusaha rakyat sejak berpuluh tahun lalu dirampas kerajaan PAS untuk membangunkan ladang, tetapi pemimpinnya rakus untuk dijadikan harta peribadi.

Dalam tuntutannya juga plaintif mahu defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat dan mengiklankannya dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu.

Selain itu bayaran gantirugi teladan, gantirugi melampau serta gantirugi punitif. Sebutan kes tersebut dijangka diadakan pada 24 Jun ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

'via Blog this'

Geran Tanah: Masa BN RM24,000, masa Pakatan RM1,000

Geran Tanah: Masa BN RM24,000, masa Pakatan RM1,000:

(Gembira mendapat geran tanah)

SHAH ALAM: Jika di bawah Umno-BN dulu, seorang penduduk Kampung Jaya Setia perlu membayar sampai RM24,000 jika mahukan geran tanah.

Harga yang tinggi bagi mendapatkan geran adalah sebab utama 320 orang kampung itu tidak mendapat hak milik kepada tanah yang ibubapa mereka teroka selama lebih 40 tahun.

Namun, keresahan mereka bertukar menjadi kesyukuran apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Selangor.

Ketua kampung, Osman Badaie, 65, (gambar) berkata semua penduduk amat menghargai jasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sangat prihatin dengan rakyat di negeri ini.

Melalui 'Skim Hakmilik Persendirian', kesemua pemohon dari Kampung Jaya Setia bakal menerima geran tanah dengan premium RM1,000.

Osman berkata dengan bayaran premium RM1,000, penduduk di sini mampu untuk mendapatkan geran pemilikan tanah masing-masing.

“Kami penduduk sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar kerana bermurah hati mengurangkan beban kami.

“Sebelum ini, kami dikehendaki membayar sebanyak RM24,000. Jumlah itu sangat mahal, penduduk tidak mampu tetapi selepas Menteri Besar bertukar tangan, Alhamdulillah semuanya selesai,” katanya ketika ditemui.

Semalam 79 penduduk menerima geran hak milik tanah mereka dalam fasa kedua proses pemberian geran oleh kerajaan negeri.

Dalam fasa pertama, seramai 118 mendapat geran mereka, manakala 123 penduduk lain akan menerima geran dalama fasa ketiga pada September depan.

Majlis penyampaian geran hak milik tanah itu disempurnakan oleh Menteri Besar dan MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Seorang lagi penerima, Abdul Hamid Sever Khan, 54, melahirkan rasa lega kerana penantian 47 tahun untuk memiliki tanah bapanya telah berakhir.

“Ini merupakan tanah yang diteroka oleh allahyarham bapa saya, sekarang saya mewarisi tanah ini. Ini merupakan saat paling gembira apabila dapat memegang geran sendiri.”

Abdul Hamid yang mempunyai tiga orang anak, berkata hasil titik peluh bapanya mengerjakan tanah itu terbayar dengan penerimaan geran itu.

Seorang lagi penerima Noriaini Abu Bakar, 62, pula berkata geran tersebut adalah hadiah yang amat bermakna untuk seluruh keluarganya.

Katanya, beliau dan allahyarham suaminya berusaha untuk mendapatkan geran pemilikan itu bagaimanapun tidak berjaya kerana tidak mampu.

“Walaupun tanah rumah ini hanya suku ekar tetapi ianya bermakna kerana hanya ini sahaja peninggalan arwah suami saya kepada saya dan tujuh anak yang lain.

“Saya sangat gembira dan sekiranya suami saya masih hidup dia juga semestinya gembira.

“Saya sangat berterima kasih kepada Menteri Besar kerana tidak sampai lima tahun beliau memegang jawatan sebagai MB tetapi beliau sangat prihatin dengan golongan seperti kami,” katanya.

Dalam majlis itu juga, sembilan orang menerima RM1,500 sebagai pertolongan khairat kematian waris-waris mereka di bawah Skim Mesra Usia Emas.

Sebanyak lima buah sekolah sekitar Ijok juga menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap sekolah.

Antaranya, Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Al-Hilal, SAR Kafa Al-Awwabin, Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih dan SJKC Ijok.

'via Blog this'

WWW 1: Pemuda PAS Perak kesal sikap polis

WWW 1: Pemuda PAS Perak kesal sikap polis:

IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang seakan-akan memilih ‘bulu’ dalam mengenakan sesuatu tindakan.
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Pemuda PAS berasa hairan bagaimana pihak polis boleh mengenakan tindakan kepada satu kenyataan berbentuk umum dan pendapat seorang rakyat biasa oleh Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan plat WWW 1 yang sedang hangat diperkatakan.
Menurutnya, akhbar Kosmo juga ada menyiarkan karikatur tentang isu bidaan tersebut namun pihak polis tidak mengambil tindakan walaupun pihak akhbar perdana itu tidak memohon maaf.
Dalam akhbar Kosmo bertarikh 28 dan 30 Mei jelas membicarakan tentang isu plat WWW 1 dalam ruangan karikatur yang jelas memberikan maksud yang sama seperti Nizar maksudkan.
“Kami tertanya-tanya adakan pihak Polis terlalu advance dan terlampau hebat kerana hanya membaca laman media baru twitter tetapi tidak membaca akhbar-akhbar tempatan,” katanya kepada Harakahdaily selepas membuat Laporan Polis di Ibu Pejabar Polis Daerah Ipoh hari ini.

'via Blog this'

Doa amalan

DOA : PELEMBUT HATI & PELINDUNG DIRI

Visual Bersih 3.0: Kenapa tak tunggu 10 tahun?

Visual Bersih 3.0: Kenapa tak tunggu 10 tahun?

Abdul Aziz Mustafa,
04 Jun 2012
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Mengapa tidak tunggu 10 tahun lagi untuk siar visual himpunan Bersih 3.0 di laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN), Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan.

"Rakyat yang terlibat dalam himpunan tersebut telah siarkan pelbagai gambar dan rakaman semasa perhimpunan itu seawal hari yang sama, mengapa KDN perlu menanti sehingga lebih dari sebulan untuk menyiarkan rakaman itu?

"Tidak masuk akal jika sebuah kementerian yang mendapat peruntukan begitu besar setiap kali belanjawan negara di bentangkan bertindak begitu lembab sedangkan rakyat yang menyiarkan pelbagai gambar dan rakaman semasa perhimpunan 28 April itu seawal hari yang sama tidak mendapat apa-apa upah, gaji atau bayaran," katanya.

Mahfuz menyifatkan pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa rakaman visual tersebut sudah siap sepenuhnya dan telah disahkan sumbernya akan dimuat naik ke laman web kementerian hari ini dan akan dapat dilihat orang ramai mulai esok sebagai sudah terlambat dan amat lucu.

"Kalau rakaman-rakaman yang disediakan oleh KDN itu benar-benar menguntungkan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), mengapa tidak siarkan pada hari yang sama?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu terus mempersoalkan.

Mahfuz juga mempersoalkan, mengapa rakaman itu kelihatan tergesa-gesa hendak disiarkan selepas tersiar berita bahawa populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jatuh merudum selepas himpunan Bersih 3.0 itu?

"Kenapa nampak kelam kabut hendak siarkan selepas diumumkan rating Najib jatuh merudum?

"Adakah kerana kerajaan baru tersedar bahawa rakyat benci tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan kerajaan Najib terhadap mereka yang berhimpun menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu?" soal beliau.

Mahfuz juga menyuarakan kebimbangannya rakaman yang akan disiarkan itu diedit oleh kementerian Hishammuddin terlebih dahulu untuk menipu rakyat.

"Kita masih ingat selepas Bersih 2.0, polis mendakwa (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan jenis Pajero milik polis sedangkan sebelum itu Mat Sabu membuat laporan polis bahawa beliau dilanggar kenderaan jenis Proton Waja milik polis.

"Seluruh dunia melihat rakaman insiden itu diedit terlebih dahulu dan oleh kerana terlalu ghairah hendak menuduh Mat Sabu berbohong, polis terlupa laporan kepada pihaknya yang dibuat oleh Mat Sabu yang menyatakan dengan jelas bahawa beliau dilanggar oleh kereta jenis Waja milik polis.

"Ternyata akhirnya polis menjadi bahan ejekan rakyat kerana pembohongan itu," kata beliau.

Mahfuz bagaimanapun yakin, rakaman yang hendak dipertontonkan oleh KDN kepada orang ramai itu akan menjadi bahan ketawa dan persendaan rakyat.

"Rakyat tidak lupa rakaman yang diedit dalam peristiwa Mat Sabu dilanggar Proton Waja polis itu dan saya yakin rakaman KDN mengenai Bersih 3.0 itu juga akan menjadi bahan ketawa dan ejekan rakyat," katanya

Berjuang untuk dapat pahala

Tentera Bebas Syria

Tentera Bebas Syria menegaskan bahawa sehingga hari ini, mereka tidak pun menerima mana-mana bantuan persenjataan dari luar Syria.

Menurut Jeneral Mustafa Syeikh, Ketua Majlis Tentera Bebas Syria, mereka berjihad dengan menggunakan senjata yang diambil setelah berjaya mengalahkan tentera rejim dan juga hasil daripada senjata yang diambil daripada gudang-gudang tentera rejim oleh tentera-tentera yang berpaling tadah dengan menyertai Tentera Bebas Syria.

Menurut beliau lagi, TBS memerlukan senjata-senjata berat seperti anti-perisai dan juga anti-udara untuk menghadapi tentera rejim yang lengkap dengan kereta kebal dan juga helikopter.

Mereka menjangkakan, jika sekiranya mereka memperolehi kelengkapan senjata yang lengkap, mereka mampu menumbangkan tentera rejim dalam tempoh setengah atau dua bulan mendatang..

Dalam satu kenyataan yang lain pula, TBS menyeru seluruh rakyat Syria dan juga umat Islam agar mendekatkan diri bermunajat kepada Allah memohon pertolongan.

Insya-Allah kemenangan itu semakin hampir.


Sumber : Laman Kesatuan Ulama' Dunia.

ALLAHUAKBAR!!! Suratan atau kebetulan??.

ALLAHUAKBAR!!! Suratan atau kebetulan??...Agung pun pakai baju tema Hijau hari ni, sempena Himpunan Hijau PAS 2012 @ Stadium Darul Aman, Kedah...terbaeklah MB Kedah..hehe...KU LIHAT HIJAU!!! ^_^

Syiah di negara Kuwait

Syiah di negara Kuwait secara terang-terangan telah membuat satu majlis untuk mengumpulkan sumbangan bagi menolong sekutu mereka iaitu penzalim Basyar Asad.

Subhanallah. Dimana para dermawan dan jutawan Malaysia ketika melihat kezaliman demi kezaliman yang berlaku di Syria? Dimana pihak yang berautoriti? Masih diam dan bisu melihat isu yang berlaku di Syria?

Malang seribu malang kepada golongan yang masih sayangkan dunia dan hartanya.

Lihatlah video ini, mereka sanggup mengadakan satu majlis menyatakan sokongan kepada rejim Basyar dan melancarkan sumbangan bagi membantu Basyar membunuh dan menyembelih rakyat Sunni di Syria.

Pautan : http://www.youtube.com/watch?v=x80DwAQ3dA8&feature=share

ucapan ringkas dari Imam Hasan Al Basri

Semoga petikan ucapan ringkas dari Imam Hasan Al Basri di atas cukup dan boleh menjadi renungan buat kita bersama dan semoga hal ini menjadi motivasi bagi kita untuk tiada henti-henti menilai diri dan berhati-hati dalam setiap ucapan yang akan kita buat...Al Faqir

tak cukup...

"Hati aku penuh yakin bahawa kemenangan rakyat Syria akan tiba sebelum bulan Ramadan."

Syeikh Muhammad 'Arifi, seorang ulama' Arab Saudi menyebut :

"Hati aku penuh yakin bahawa kemenangan rakyat Syria akan tiba sebelum bulan Ramadan."

Ayuh kita sama-sama memperbanyakkan munajat dan doa kita kepada Allah terutamanya sempena bulan Rejab ini, agar firasat syeikh ini diperkenankan oleh Allah.

Perbanyakkan doa, qunut nazilah dan solat hajat. Insya-Allah kemenangan semakin hampir.

Allahuakbar!

Nabi merupakan pemimpin kita dan contoh kepimpinan di sepanjang zaman

TGNA:

"Nabi merupakan pemimpin kita dan contoh kepimpinan di sepanjang zaman.Atas nilai mencontohi kepimpinan Nabi itu,maka setiap kita adalah pemimpin dan sebagai pemimpin seharusnya kita mampu menzahirkan kepimpinan yang boleh menjadi contoh."

Selawat ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w
"اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"
 

Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam

Kata Presiden
"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kami rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah. Apalah maknanya sebuah pemerintahan tanpa mendapat keredhaan Allah.
Tuan Guru Haji Hadi Awang

Bila bagi pada rakyat negara bankrap...

Akibat ber'boyfriend'

Tidak mustahil 'ahli biasa', yang berkorban untuk Islam dengan cara yang jujur & ikhlas, lebih afdhal daripada presiden itu sendiri

Tidak mustahil 'ahli biasa', yang berkorban untuk Islam dengan cara yang jujur & ikhlas, lebih afdhal daripada presiden itu sendiri, lebih mulia di sisi Allah daripada orang yang menjadi ketua di peringkat negeri, daerah mahupun unit. Kerana nilaian Allah adalah ikhlas dan taqwa.." - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

check tudung kita,ikut siapa?

Kita parti Islam

"..Kita parti Islam, maka kejayaan yang ingin kita capai bukan sekadar dalam pilihanraya. Tetapi apabila gagasan yang dihasilkan oleh parti itu hanya dapat dilunaskan dengan memenangi pilihanraya, maka kemenangan tersebut mestilah diusahakan dengan sesungguh-sungguhnya.." Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beza membeza

PRU: Pas yakin peluang ke Putrajaya cerah



Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pas yakin laluan ke Putrajaya makin mudah setelah melihat kejayaan serta peningkatan sokongan rakyat terhadap beberapa program besar yang dianjurkan parti di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas kini berada di landasan yang betul dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). “Melihat kepada 'mood' selepas perhimpunan hijau kelmarin, peluang kita  semakin cerah.

Kita percaya dengan strategi yang telah dirancang, Pas berada di landasan betul. “Pas tidak berseorangan menggerakkan misi tu, rakan komponen PR juga sedang bekerja keras. Tidak mustahil kita dapat tawan Putrajaya  ada PRU13,” katanya.

Menurutnya, segala perancangan disusun  berjalan dengan lancar dan kebanyakan isu yang timbul berjaya ditangani dengan baik. “Memang tidak dinafikan ada satu dua perkara mengganggu perjalanan kita untuk menawan Putrajaya dan kita melihat cabaran besar kita berada di Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun kita mampu tanganinya melalui kerjasama yang baik dengan rakan PR,” katanya.

Semalam, pimpinan Umno pelbagai peringkat menyifatkan Pas menghadapi laluan sukar dalam mencapai misi mereka menawan Putrajaya dan menjadi wadah politik utama untuk umat Islam bagi menggantikan Umno.

::: TRAGEDI PERISTIWA BATU BUROK :::

::: TRAGEDI PERISTIWA BATU BUROK :::

Sujud syukur di lobi mahkamah sesyen Kuala Terengganu atas kemenangan kes Suwandi dan Azman yg dituduh menyerang polis, menghalang polis menjalankan tugas..
alhamdulillah..SEGALA PUJI BAGI ALLAH..
Tuhan mentadbir sekalian Alam..

from : Ustaz Faizul Abas

BN munafik

kalau hati dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa


"Tapak kaki kita kalau dah keras,pijak paku dan duri pun tidak terasa apa sebab tumitnya sudah keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut,terpijak duri sikit sahaja sudah berdarah. Demikianlah juga hati,kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau buat dosa."
~TGNA~
-Mari beristighfar(Astaghfirullahal'azim)