IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang seakan-akan memilih ‘bulu’ dalam mengenakan sesuatu tindakan.
Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Pemuda PAS berasa hairan bagaimana pihak polis boleh mengenakan tindakan kepada satu kenyataan berbentuk umum dan pendapat seorang rakyat biasa oleh Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan plat WWW 1 yang sedang hangat diperkatakan.
Menurutnya, akhbar Kosmo juga ada menyiarkan karikatur tentang isu bidaan tersebut namun pihak polis tidak mengambil tindakan walaupun pihak akhbar perdana itu tidak memohon maaf.
Dalam akhbar Kosmo bertarikh 28 dan 30 Mei jelas membicarakan tentang isu plat WWW 1 dalam ruangan karikatur yang jelas memberikan maksud yang sama seperti Nizar maksudkan.
“Kami tertanya-tanya adakan pihak Polis terlalu advance dan terlampau hebat kerana hanya membaca laman media baru twitter tetapi tidak membaca akhbar-akhbar tempatan,” katanya kepada Harakahdaily selepas membuat Laporan Polis di Ibu Pejabar Polis Daerah Ipoh hari ini.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment