Monday, June 4, 2012

Tentera Bebas Syria

Tentera Bebas Syria menegaskan bahawa sehingga hari ini, mereka tidak pun menerima mana-mana bantuan persenjataan dari luar Syria.

Menurut Jeneral Mustafa Syeikh, Ketua Majlis Tentera Bebas Syria, mereka berjihad dengan menggunakan senjata yang diambil setelah berjaya mengalahkan tentera rejim dan juga hasil daripada senjata yang diambil daripada gudang-gudang tentera rejim oleh tentera-tentera yang berpaling tadah dengan menyertai Tentera Bebas Syria.

Menurut beliau lagi, TBS memerlukan senjata-senjata berat seperti anti-perisai dan juga anti-udara untuk menghadapi tentera rejim yang lengkap dengan kereta kebal dan juga helikopter.

Mereka menjangkakan, jika sekiranya mereka memperolehi kelengkapan senjata yang lengkap, mereka mampu menumbangkan tentera rejim dalam tempoh setengah atau dua bulan mendatang..

Dalam satu kenyataan yang lain pula, TBS menyeru seluruh rakyat Syria dan juga umat Islam agar mendekatkan diri bermunajat kepada Allah memohon pertolongan.

Insya-Allah kemenangan itu semakin hampir.


Sumber : Laman Kesatuan Ulama' Dunia.

No comments:

Post a Comment