Tuesday, April 27, 2010

Jentera kempen parti kurang berkesan: Nik Aziz




KOTA BHARU - Kelemahan jentera parti yang kurang berkesan serta cetek pengalaman adalah faktor kekalahan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kelmarin. 

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik berkata, jentera berkempen PR, terutama Pas, kurang berpengalaman dalam menghadapi PRK, sebaliknya mereka lebih bersedia di dalam pilihan raya umum. 

“Kita tidak biasa dan kurang pengalaman. Pas pun tidak biasa dengan pilihan raya kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pertukaran 27 pelajar dengan tujuh guru pengiring dari Sumatera Barat, Indonesia, di sini, semalam. 

Nik Abdul Aziz berkata, walaupun pakatan pembangkang tewas pilihan raya kecil itu, namun beliau sendiri rasa bangga dengan peningkatan jumlah undi yang diperolehi. 

Beliau berkata, ia menunjukkan sokongan kepada pakatan pembangkang masih kuat. 

“Walaupun kalah, pengundi daripada pelbagai kaum masih memilih kita,” katanya. 

Ketika ditanya sama ada calon menjadi antara punca kekalahan PR dalam PRK itu, Nik Abdul Aziz berkata “Itu saya tidak mahu komen kerana pemilihan calon telah dibuat melalui jawatankuasa parti komponen Pakatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment