Tuesday, April 27, 2010

Sokongan rakyat ke atas Hatoyama makin merosot




TOKYO - Lebih separuh rakyat Jepun tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri, Yukio Hatoyama dalam menyelesaikan isu pangkalan udara tentera Amerika Syarikat (AS) di negara itu. 

Tahap ketidakpuasan rakyat terhadap Kabinet Hatoyama meningkat kepada 68 peratus daripada 57 peratus pada bulan lalu. 

Berdasarkan tinjauan Nikkei dan TV Tokyo, sokongan rakyat ke atas Hatoyama turut merosot daripada 36 peratus kepada 24 peratus. 

Keputusan tinjauan disiarkan sehari selepas kira-kira 90,000 orang berhimpun di Pulau Okinawa untuk mendesak kerajaan mengetepikan hasrat Washington dan memindahkan pangkalan tentera udara AS dari pulau itu. 

Kritikan ke atas kerajaan Hatoyama semakin memuncak berikutan kegagalan beliau untuk mengemukakan sebarang tapak alternatif untuk pangkalan tentera itu. 

Tinjauan Nikkei mendapati 57 peratus responden berpendapat Hatoyama patut meletak jawatan jika gagal menyelesaikan isu berkenaan.

No comments:

Post a Comment