Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis
SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.
Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.
"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.
"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.
Ujar Khalid, suspek mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang dekat sini, untuk bedah siasat sementara usaha menjejaki rakannya masih dijalankan.
Tambah beliau, pihaknya yang memeriksa kereta suspek telah menemui sebilah parang panjang.
Sementara itu Khalid berkata, empat anggota polis peronda yang terlibat dalam kejadian menembak mati remaja berkenaan telah diarah melakukan kerja-kerja pejabat.
Katanya, keempat-empat anggota polis peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan melakukan kerja-kerja pejabat sehingga siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selesai.
Beliau berkata, siasatan akan dijalankan dengan adil dan akan dikendalikan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
"Sementara siasatan sedang dilakukan, kita minta tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung kejadian," katanya.
Menurut Khalid, polis akan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi dalam menjaga keamanan negeri dan komited dalam tugas memerangi jenayah demi keselamatan dan keselesaan rakyat

26/04/2010 3:46pm
SHAH ALAM 26 April – Empat anggota peronda polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati seorang remaja dipercayai anggota kumpulan samun awal pagi tadi di Seksyen 11 di sini ditukarkan ke tugasan pejabat berkuat kuasa serta-merta.
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilantik bagi menjalankan siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kesemua mereka ditukarkan ke ‘desk duty’ sementara kes ini disiasat, apa pun pihak IPK Selangor akan menjalankan penelitian ke atas kes ini dari semua aspek,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kesemua anggota terbabit akan disiasat secara terperinci bagi mendapatkan maklumat sebenar punca kejadian itu.
Khalid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis, manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 di sini.
Beliau berkata, kejadian tembakan itu berlaku apabila remaja berkenaan enggan berhenti dan cuba melarikan diri selepas anggota peronda polis terserempak dengan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Iswara dan berada dalam keadaan mencurigakan. – Bernam

Bekas polis tidak mengaku bunuh budak lelaki, pengasuh
Mohd. Nahar Abu Bakar, 34, didakwa membunuh Muhammad Nurosama Shohimi yang berusia dua setengah tahun dan Siti Rohana Baharom, 34, di rumah No. 19, Tingkat 5, Flat Cempaka, Bandar Baru Klang, dekat sini pada pukul 1 petang, 30 Disember 2003.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Erwani Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid.
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Yazid Mustafa menetapkan perbicaraan selama dua minggu bermula 24 Mei ini.
Mohd. Nahar pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang dekat sini pada 30 Oktober tahun lalu atas tuduhan membunuh kedua-dua mangsa setelah enam tahun diburu polis.
Tertuduh yang pernah bekerja sebagai anggota polis berpangkat konstabel di Balai Polis Kampung Baru, Manjung, Perak pada 1997 berjaya diberkas pada 16 Oktober tahun lalu.
Dalam kejadian pada 30 Disember 2003 itu, Muhammad Nurosama dan pengasuhnya, Siti Rohana dibunuh dengan kejam di kediaman pengasuh terbabit di Bandar Baru Klang.
Muhammad Nurosama ditikam dua kali di belakang badan manakala Siti Rohana yang ditikam sekali pada dada dengan menggunakan pisau berukuran 23 sentimeter mati di tempat kejadian.
Bagaimanapun, anak perempuan Siti Rohana, Siti Aishah yang berusia lapan tahun ketika kejadian yang turut berada di rumah tersebut sempat melarikan diri selepas melihat ibunya dicekik oleh tertuduh.
Tertuduh yang memegang kad pengenalan bernombor 760602-01-5181 dan nombor polis, RF 130953 pernah dikenakan tindakan buang kerja pada 21 Mei 1999 kerana terlibat dalam kes pecah rumah di Manjung dan dipenjarakan selama enam bulan di Penjara Kajang pada 200
Konstabel tidak mengaku tembak bakal isteri
KUALA LUMPUR 12 Mac - Seorang konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menembak bakal isterinya dengan menggunakan sepucuk pistol, awal bulan ini.
T. Ravindran, 30, didakwa menembak G. Prema, 24, menggunakan pistol jenis revolver .38 Smith & Wesson dengan pengetahuan ia akan mengakibatkan kecederaan atau kematian mangsa.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Blok D-10-09 Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Pantai Dalam di sini pada pukul 9.40 malam, 2 Mac lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Charanjit Singh Mahinder mengikut Seksyen 370 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Charanjit membantah tertuduh diikat jamin memandangkan seksyen itu tidak menawarkan sebarang jaminan selain kesalahan tersebut adalah serius iaitu melibatkan cubaan membunuh.
Ravindran yang tidak diwakili peguam bela memohon jumlah jaminan lebih rendah atas alasan pendapatan bulanannya cuma RM1,000 dan dia perlu menyara ibu bapa serta adik-adiknya.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan, tertuduh diarahkan melaporkan diri di balai polis berhampiran seminggu sekali.
Beliau turut menetapkan sebutan semula kes pada 15 April ini.

No comments:
Post a Comment