Khamis, 2010 April 08
KUALA LUMPUR, 8 April — Kementerian Dalam Negeri masih mengkaji kandungan buku tulisan bekas penyunting Asian wall Street Journal, Barry Wain yang bertajuk “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times”.
“Sekiranya buku ini didapati tidak tergolong dalam penerbitan tidak diingini di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, maka tidak ada sebab mengapa kerajaan patut menghalang kemasukan buku ini dalam negara,” kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) yang ingin tahu mengapa buku tersebut masih tidak dibenarkan dijual di negara ini sejak November 2009.
Hishammuddin menjelaskan buku tersebut turut didapati memuatkan penulisan yang menghina kepimpinan negara dan Institusi Raja-Raja Melayu. — Bernama
No comments:
Post a Comment