Fakhry ditangkap, Tengku Anis diawasi
KOTA BHARU - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini malam tadi.
Tengku Fakhry ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.
Satu sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan dan mereka baru keluar kira-kira 50 meter dari Istana Mahkota.
Kejadian itu berlaku pada pukul 7.30 malam.
Semasa kejadian, turut berada dalam salah sebuah kenderaan rombongan itu ialah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Sultan Kelantan gagal berlepas ke Singapura
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra gagal berlepas dengan pesawat khas yang ditempah khas untuk membawanya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura semalam.
Baginda dijadual berangkat kira-kira pukul 11.30 pagi namun pesawat berkenaan tidak mendapat kebenaran mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa.
Berikutan kekecohan itu, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra pada sidang akhbarnya di sini mendakwa keadaan itu berpunca daripada arahan pihak berkuasa lapangan terbang berkenaan.
No comments:
Post a Comment