Wednesday, May 5, 2010

Pak Leman - Usul bincang kes Aminulrasyid ditolak



KUALA LUMPUR 4 Mei - Dewan Negara hari ini menolak usul yang dikemukakan oleh Senator Dr. S. Ramakrishnan untuk membincangkan kes seorang remaja yang mati akibat terkena tembakan polis, Aminulrasyid Amzah, 15.
Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, usul yang dikemukakan di bawah peraturan Mesyuarat 17 (1) itu ditolak kerana kes berkenaan masih dalam siasatan polis dan tidak perlu disegerakan.
"Usul yang dibawa ini ada tiga intipati iaitu perkara tertentu, boleh diterima dan berkepentingan ramai.
"Namun, saya berpendapat ia tidak perlu disegerakan untuk menangguhkan sidang Dewan," katanya.
Dalam kejadian pada 26 April lalu, Aminulrasyid mati terkena tembakan polis setelah enggan memberhentikan kenderaannya di Seksyen 11, Shah Alam apabila diarahkan berbuat demikian.
Abu Zahar turut mengemukakan tiga alasan penolakan usul berkenan iaitu:
n Kes masih dalam siasatan terperinci polis, malah pihak berkuasa itu juga telah menubuhkan satu unit penyiasat selain memberikan jaminan siasatan akan dilakukan secara adil dan telus.
n Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop untuk memantau siasatan tanpa menyembunyikan sebarang fakta dan perkara lain.
n Kerajaan memandang serius kejadian berkenaan, malah jemaah menteri juga telah melahirkan rasa simpati.
"Oleh kerana perkara ini tidak perlu disegerakan, mengikut peraturan Mesyuarat 17 (2), saya menolak usul yang dikemukakan," tegasnya.

No comments:

Post a Comment