Saturday, May 1, 2010

ayaq tak dak 2 bulan


Siapa yang boleh tahan?



Norhaizain Idris menunjukkan tiada bekalan air di rumahnya ekoran catuan air di daerah Batu Pahat dilanjutkan selama sebulan.


BATU PAHAT 30 April - Setelah sebulan menderita akibat bekalan air dicatu secara berjadual, kesengsaraan penduduk di daerah ini berterusan apabila catuan itu dilanjutkan sebulan lagi.
Pada 29 Mac hingga semalam, catuan bekalan air di sini dilaksanakan ekoran masalah kuantiti dan kualiti air di empangan dan Sungai Bekok yang menjadi punca bekalan air di daerah ini.
Bekalan air dicatu selang sehari sepanjang tempoh itu mengikut zon.
Bagaimanapun, Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) hari ini mengeluarkan kenyataan dan mengedarkan risalah ke rumah-rumah penduduk menyatakan catuan berjadual terpaksa dilanjutkan sebulan lagi.
Menurut kenyataan itu, langkah tersebut terpaksa dilaksanakan ekoran kualiti air di empangan dan Sungai Bekok masih berada di paras berjaga-jaga.
Kualiti air mentah yang terdapat di empangan dan sungai itu masih dalam proses pemulihan berikutan proses semula jadi yang berlaku ketika musim kemarau lalu.
"Kualiti air mentah tersebut perlu dipantau dan sehubungan itu, pengeluaran loji yang merawat air mentah adalah amat terhad buat masa ini.
"Bagi membekalkan air bersih yang berkualiti dan mematuhi piawaian, SAJH melanjutkan proses pangagihan air secara berjadual bermula 30 April sehingga 29 Mei ini," demikian menurut satu kenyataan SAJH di sini.
Kenyataan itu bagaimanapun menjelaskan, catuan bekalan air berjadual itu akan terbatal jika kuantiti dan kualiti air di empangan dan sungai menunjukkan peningkatan normal.
"Ini sekali gus membolehkan bekalan air dirawat di loji pada kapasiti pengeluaran biasa, tetapi sebaliknya jika keadaan bertambah kritikal, jadual bekalan air yang baru akan dikeluarkan," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk di Taman Bukit Flora, Banang Jaya di sini, Norhaizan Idris, 31, meluahkan kekecewaannya berhubung lanjutan catuan bekalan air itu.
"Bayangkan dua bulan air dicatu tentu azab, Tuhan sahaja yang tahu sengsara penduduk Batu Pahat.
"Tempohnya terlalu lama, siapa yang boleh tahan? Tertekan, kadang-kadang boleh sampai keluarga bergaduh dibuatnya kerana tak ada air ini senang naik angin," katanya.

No comments:

Post a Comment