BEIJING - Sebuah pusat membeli belah dikritik kerana mengadakan pertandingan membuka coli menggunakan sebelah tangan dengan pantas. Peserta yang berjaya membuka lapan coli dalam masa tidak sampai seminit diberikan baucar untuk membeli belah di kompleks berkenaan di Guangzhou, dalam wilayah Guangdong, China. Laporan Guangzhou Daily menyatakan lapan wanita digunakan untuk pertandingan tersebut. Seorang pengunjung mempertikaikan pertandingan itu dengan menyatakan idea tersebut mungkin dihasilkan lelaki tua berfikiran lucah. Namun, jurucakap kompleks berkenaan mempertahankan pertandingan itu dengan menegaskan ia bertujuan untuk mempromosikan kesedaran mengenai pakaian dalam. Pertandingan itu dimenangi seorang wanita yang berjaya membuka semua coli dalam masa 21 saat. |
Monday, May 17, 2010
Pertandingan buka coli dikritik
Labels:
coli
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment