Sunday, May 2, 2010

Polis tak berlaku adil kepada rakyat tak apa


Berlaku adil kepada polis - Hishammuddin

02/05/2010 4:41pm

RAUB 2 Mei - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu rakyat lebih bersikap adil terhadap polis dan tidak berterusan membuat andaian buruk terhadap pasukan berkenaan.
Beliau berkata, isu terbaru melibatkan kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, pada Isnin lalu tidak perlu diulas secara keterlaluan sehingga menimbulkan pelbagai prejudis terhadap pasukan polis.
"Satu Panel Memantau Siasatan Polis terhadap kes itu akan dibuat dan saya memberi jaminan pelantikan itu nanti akan mempertimbangkan mereka yang benar-benar bebas.
“Kita simpati terhadap apa yang berlaku tetapi dalam masa yang sama, ia perlu melalui proses keadilan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak mesyuarat 30 cawangan UMNO Bahagian Cameron Highlands, di Sungai Koyan, dekat sini hari ini.

Hishamuddin berharap menerusi pelantikan panel itu kelak, ia akan dapat memantau siasatan yang dilakukan berhubung kes berkenaan bagi menegakkan keadilan.
Beliau juga berharap semua pihak menunggu hasil siasatan dan tidak berterusan membuat andaian, spekulasi atau mempolitikkan isu berkenaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment