Sunday, June 13, 2010

6,600 seberang masuk Gaza melalui Rafah




DUA wanita Palestin menunggu barangan bantuan di pintu sempadan Rafah dari Mesir untuk memasuki Gaza.


KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir menganggarkan lebih 6,600 rakyat Palestin telah menyeberangi sempadan darat negara itu untuk ke wilayah Gaza menerusi lintasan Rafah sejak dibuka semula 1 Jun lalu, lapor akhbar Arab News semalam.
Sumber kerajaan Mesir berkata, pintu tunggal untuk penduduk keluar masuk ke Palestin itu juga telah dimanfaatkan oleh konvoi sukarelawan misi kemanusiaan antarabangsa dari beberapa buah negara termasuk Mesir, Greece dan Algeria.
Presiden Mesir, Hosni Mubarak mengarahkan pembukaan semula pintu sempadan itu sejurus serangan berdarah pasukan komando tentera rejim Israel terhadap konvoi beberapa buah kapal laut misi bantuan antarabangsa pada 31 Mei lalu.
Langkah drastik itu dibuat setelah Mesir dikecam keras masyarakat antarabangsa sebagai bersekongkol dengan rejim Yahudi menutup lintasan Rafah sejak 2007 menyebabkan penduduk Gaza menderita dikepung di tanah air sendiri. - Agensi

No comments:

Post a Comment