KUALA LUMPUR 25 Jun - Para peneroka Felda kesal dengan laporan berunsur fitnah yang disiarkan oleh akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan yang mendakwa Felda bankrap.
Ketua Peneroka Rancangan Felda Teloi Timur Wilayah Alor Setar, Azizan Ishak, 57, berkata, laporan itu langsung tidak tepat kerana sehingga kini kebajikan warga peneroka terus dijaga malah Felda bersedia menghulurkan bantuan.
"Kita tidak tahu motif sebenar berita seumpama itu disiarkan kerana hakikatnya kami peneroka Felda terus mendapat bantuan.
"Kalau bankrap, bagaimana Felda mampu untuk memberikan pinjaman membabitkan perumahan, bantuan kewangan anak-anak melanjutkan pelajaran dan pelbagai bentuk bantuan lain," katanya pada sidang akhbar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di Dewan Perdana Felda di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Felda Wilayah Jengka, Azizah Ahmad, 50, berkata, mereka bersetuju dengan langkah Felda yang mahu menyaman akhbar tersebut bagi membersihkan nama agensi itu.
"Apa yang mereka tahu tentang kami kerana peneroka tetap dibantu oleh kerajaan, malah jika berlaku kematian, bantuan kewangan juga akan disalurkan oleh pengurusan Felda," katanya
No comments:
Post a Comment