Monday, July 19, 2010

MT UMNO diharap bincang status Mat Taib


KUALA LUMPUR 18 Julai - Majlis Tertinggi (MT) UMNO diharap membincangkan secara serius status Tan Sri Muhammad Muhd. Taib sebagai Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya yang dikatakan gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, MT UMNO yang akan bermesyuarat minggu depan diharap dapat membuat satu ketetapan demi masa depan parti itu.
"Demi masa depan UMNO, perkara besar seperti ini diharapkan dapat dibincangkan dalam mesyuarat tersebut supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat membuat keputusan yang terbaik untuk memastikan UMNO sentiasa berada dalam keadaan mantap," katanya di sini hari ini.
Fuad berkata, sebagai pemimpin yang pernah memegang pelbagai jawatan kanan dalam UMNO, Muhammad perlulah berjiwa besar untuk melepaskan jawatan jika sudah tidak mampu menggalas tanggungjawab tersebut.
Jelasnya, rakyat akan bertambah muak dengan permainan tersebut dan benci terhadap UMNO sekali gus menggagalkan usaha Najib untuk mengubah parti sekiranya perkara seperti itu tidak diselesaikan.
"Sebagai pemimpin yang pernah memegang antara jawatan tertinggi dalam UMNO seperti Ketua Penerangan, beliau juga sepatutnya bersedia menjadi pemimpin kecil jika sudah tidak mampu.
"Beliau juga seharusnya perlu menunjukkan contoh terbaik kepada ahli akar umbi terutamanya di Kelana Jaya supaya rakyat akan terus berjuang bersama-sama UMNO," ujarnya

No comments:

Post a Comment