KOTA BHARU - Lebih 30 peratus daripada 450,000 bekas tentera di negara ini masih belum berdaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, kebanyakan mereka gagal dikesan terutama golongan yang bersara tanpa pencen.
Menurutnya, selain tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lebih separuh daripada jumlah itu juga gagal mendaftar sebagai ahli persatuan berkenaan.
"Mereka sepatutnya sedar dengan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia tetapi saya lihat kebanyakannya terus berdiam diri selepas bersara.
"Kalau tidak mahu mengundi sekalipun biarlah sekurang-kurangnya berdaftar dengan SPR agar pada masa akan datang jika undi kita diperlukan, maka sumbangan dapat diberi," katanya kepada pemberita pada Persidangan Perwakilan Tahunan ke-42 PBTM Kelantan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment