Monday, July 19, 2010

UMNO Pas bergesel, perpaduan terjejas



Pada tahun 1980, saya membuat liputan berita di Mahkamah Syariah Kampung Raja, Besut. Kes yang dibicarakan memang besar. Ia bukan sekadar menarik perhatian rakyat di negara ini, bahkan dari luar. 

Saya anggap kes itu terlalu penting kerana ia memberi kesan bukan sahaja kepada landskap politik Malaysia, malah akidah dan kefahaman mengenai agama itu sendiri. 

Sebab itu, sebagai ketua biro (yang ketika itu menulis untuk akhbar arus perdana berbahasa Malaysia dan Inggeris) saya membuat liputan kes itu tanpa putus. 

Dalam kes berkenaan, seorang tok guru dari Kelantan, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan, mengharamkan jalinan perhubungan dengan anggota sebuah parti. 

Katanya anggota parti itu tidak boleh dikahwini, tidak boleh dijadikan imam, jenazah mereka tidak boleh diziarahi, sembeliha:n mereka tidak boleh dimakan dan salam m:ereka pun tidak boleh dijawab. 

Satu perkara yang agak lucu ialah ada seorang imam (namanya pun saya masih ingat), ketika menjadi saksi dalam kes itu (mungkin kerana gemuruh) memberitahu mahkamah, “Rukun Islam ada enam”. Orang awam berdekah ketawa macam bangunan nak runtuh. 

Saya percaya bukanlah kerana kes ini tercetusnya isu kafir mengkafirkan kerana ia bermula barangkali dalam tahun 60-an lagi. Saya juga tidak mahu tuduh ia ada kaitan dengan pandangan pemimpin politik. 

Kalau diikuti kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, umpamanya, parti itu tidak pernah gunakan isu seperti itu untuk menarik sokongan rakyat. Teguran yang diberi adalah tanggungjawab untuk selamatkan umah dari gejala yang merosakkan akidah. 

Tetapi saya yakin masalah besar yang membantutkan usaha ke arah jalinan kerjasama dua pihak itu adalah ”kepercayaan”. 

Berbalik kepada tok guru itu, meskipun saya difahamkan bahawa beliau bukan orang politik, ajaran yang disebarkan sangat panas. Ia dianggap mencelarukan pemikiran. 

Kes itu saya ikuti dari hari pertama hingga ke hari hukuman dijatuhkan. Orang awam yang mengikutinya terlalu ramai hingga melimpah ke luar mahkamah. Selama 37 tahun dalam dunia kewartawanan, saya masuk keluar mahkamah beratus kali, tetapi belum pe:rnah lihat seperti kes di mahkamah Kampung Raja itu. 

Setiap kali hujah peguam menyebelahi satu pihak, orang awam di dalam dan luar bertepuk tangan, bersorak dan melontar komen seolah-olah mendengar ceramah politik, hinggakan peguam terpaksa memberi amaran supaya mereka beradab atau pintu akan dikunci. 

Mahkamah Syariah itu akhirnya dapati tok guru itu bersalah dan jatuhkan hukuman. Apakah kesan ajarannya itu? 

Hari ini banyak pihak terus menanti UMNO dan Pas tentukan apakah mereka boleh duduk semeja dan berbincang masalah kerjasama antara kedua-dua parti besar dan berpengaruh itu. 

Ketidaksabaran masyarakat itu boleh difahami kerana keputusan mereka akan mengubah landskap politik di tanah air yang mereka cintai dan mempengaruhi kehidupan, ekonomi dan imej negara. 

Malangnya, impian masyarakat di negara ini belum nampak akan tercapai disebabkan pergeseran antara kedua-dua p:arti itu. 

UMNO sejak dahulu lagi tidak menolak kepada perbincangan tanpa syara, semen:tara Pas terus menolak perbincangan ke arah percantuman kedua-dua parti itu atau kerajaan perpaduan. 

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jelas tidak mahu bergabung dengan UMNO atas alasan tidak percaya. 

Kita masih ingat analogi beliau. Apabila kereta UMNO rosak, katanya, orang Pas tolong tolak, tetapi apabila kereta bergerak, orang Pas ditinggalkan. 

Itu zaman bila? Tidak bolehkah kita gerak berdasarkan perubahan kepimpinan? Kata orang:, lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. 

Bukankah zaman Rasulullah SAW pun ada musuh yang akhirnya bukan sekadar menjadi sahabat, bahkan sebagai pemimpin dan penyelamat umat? 

Saya bukan orang politik, tetapi saya tidak boleh terima permusuhan hingga menjadikan jemaah di masjid berpuak-puak, bapa tidak mengaku anak dan fahaman umat bercelaru. 

Sudah terlalu lama kita dalam kecelaruan. Sudah tiba masanya kita selesaikan persoalan: ini denga:n ikhlas untuk mendapat keredaan Ilahi, bukan untuk kepentingan diri atau parti.

No comments:

Post a Comment