PUTRAJAYA - Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan sahaja hilang pampasan RM2.5 juta yang diberikan Mahkamah Tinggi tetapi dia juga diperintahkan oleh Mahkamah Persekutuan di sini untuk membayar kos RM20,000. Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai tiga korum enggan memberikan kebenaran kepada Abdul Malek Hussin untuk merayu keputusan mahkamah rayuan dalam mengubah keputusan Mahkamah Tinggi. Alauddin, dalam keputusan sebulat suara berkata, persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Abdul Malek dalam permohonannya bagi Mahkamah Persekutuan membuat penetapan, tidak tertakluk dalam lingkungan kriteria mengikut Seksyen 96 Akta Kehakiman Mahkamah agar memberikan kebenaran. Dua lagi hakim yang bersidang ialah Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Yusoff dan Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff. Pada 25 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan memerintah Abdul Malek, 53, untuk membayar RM50,000 sebagai kos litigasi kepada responden bagi perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, selepas gagal dalam rayuannya. Pada 18 Okt, 2007, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan samannya ke atas polis dan kerajaan atas penangkapan dan penderaan secara salah dan memerintahkan dia diberikan ganti rugi RM2.5 juta. Bagaimanapun, keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan pada 25 Mac tahun ini yang membenarkan rayuan yang dibuat oleh polis dan kerajaan untuk mengetepikan penghakiman itu. Mahkamah Rayuan menolak saman Abdul Malek selepas memutuskan bahawa penahanannya selama 57 hari adalah sah mengikut undang-undang. Abdul Malek dibebaskan pada 21 Nov, 1998. Oleh itu, Abdul Malek memohon kebenaran hari ini untuk membawa rayuannya ke Mahkamah Pesekutuan. Dalam saman sivilnya, Abdul Malek menamakan pegawai polis cawangan khas ASP Borhan Daud, Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan. Dalam samannya, beluia mendakwa penangkapan dan penahanan adalah salah kerana dia tidak pernah dimaklumkan mengenai sebab penangkapannya dan turut didera semasa dalam tahanan.-Bernama |
Thursday, August 12, 2010
Bukan sahaja hilang pampasan RM2.5 juta, bekas tahanan ISA diarah bayar kos RM20,000
Labels:
ISA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment