Sunday, September 12, 2010

Tiada surat jemputan ke istana



TUANKU ISMAIL PETRA (kanan) dan Tengku Anis menerima kunjungan rakyat jelata pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU – Kesahihan mengenai istiadat pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan baru yang didakwa akan berlangsung di Istana Balai Besar esok terus menjadi tanda tanya.
Ini berikutan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad enggan mengesahkan atau menafikan mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, setakat ini Istana Kelantan belum mengeluarkan surat jemputan mengenai majlis itu.
“Saya tidak boleh mengesahkan laporan tersebut kerana setakat ini tiada surat jemputan dikeluarkan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment