Laporan dari Yogyakarta, Indonesia oleh Syed Azwan Syed Ali
bhnews@bharian.com.my
2010/10/29
PENGARAH Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Jakarta, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar memberi taklimat pelan kecemasan kepada pelajar Malaysia di Yogyakarta.
KAKI Gunung Merapi, gunung berapi yang memuntahkan asap dan debu sehingga mengorbankan 32 nyawa dan meninggalkan ratusan lain cedera, kini diibaratkan seperti 'padang jarak padang tekukur'.
Pokok layu menyembah bumi, manakala rumah, bangsal, surau dan kenderaan diselubungi debu tebal.Kesan kemusnahan akibat letusan itu juga kelihatan sehingga lima kilometer dari kaki gunung berkenaan dengan haiwan ternakan seperti angsa dan lembu mati bergelimpangan di bahu jalan.
Malah, tiada seekor pun burung berterbangan di kawasan itu kerana debu gunung berapi itu mengeluarkan bau belerang yang kuat.
Penulis dan jurugambar tiba di rumah jurukunci Merapi, Mbah Maridjan, antara mangsa korban letusan gunung berapi berusia 400,000 tahun itu dengan bantuan penduduk tempatan, Eko, 27; dan Bluri, 26, menggunakan ngojek (motosikal sewa) jam 1 tengah hari semalam.
“Aktiviti di sini lumpuh mas (abang), harus lakukan sesuatu untuk pertahan hidup,” kata Eko sebelum membawa kami ke kaki gunung.
Operasi mencari dan menyelamat mencari dua penduduk tempatan yang dikatakan memotong rumput ketika Gunung Merapi meletus, Selasa lalu dihentikan semalam bagi menghormati upacara pengebumian Maridjan di Desa Srunen, Glasharjo selepas solat Zuhur.
Pengebumiannya dihadiri ribuan penduduk tempatan, selain Ketua Umum Partai Glokar, Aburizal Bakrie.
Pemandu kenderaan pelancong dari Kalasan, Purwanto 40, berkata Madrijan amat disegani penduduk setempat dan luar ekoran ramalan tepatnya pada 2006 yang gunung berapi itu tidak akan meletup walaupun mengeluarkan asap dan debu.
Kira-kira 400,000 penduduk di daerah sekitar Gunung Merapi terutama di Daerah Sleman, Klaten, Magelang dan Boyolali (Jawa Tengah) terjejas akibat bencana alam itu.
Tinjauan mendapati kebanyakan hospital di Yogyakarta termasuk di Hospital Umum Daerah Muntilan sesak berikutan pertambahan mangsa bencana alam itu, kebanyakannya mengadu mengalami masalah pernafasan.
Beberapa pusat pemindahan turut dibuka agensi kerajaan dan badan swasta di daerah terbabit dengan 3,000 mangsa ditempatkan di Lokasi Pemindahan Desa Keporharjo di Cangkringan, kira-kira lapan kilometer dari Gunung Merapi.
Sementara itu, di Yogyakarta, kira-kira 500 pelajar Malaysia diletakkan dalam keadaa
No comments:
Post a Comment