Sunday, December 5, 2010

Akhirnya Zaibo naik pelamin

SUDAH JODOH: Zaibo dan pasangannya, Cik Siti Hawa, sudah berkenalan sejak 10 tahun lalu. - Foto HARIAN METRO





BATU PAHAT: Pelakon Zaibo kelmarin selamat diijabkabulkan dengan kenalan lamanya.
'Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun dalam usia yang sudah lewat tetapi Dia memberi rezeki yang begitu bermakna. Saya reda dengan ketentuan-Nya terhadap perjalanan hidup ini kerana saya percaya, banyak hikmah di sebalik pernikahan ini,' kata Zaibo, atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abdul Hamid.Pasangannya, Siti Hawa Syawal, 45 tahun, seorang ibu tunggal dengan sembilan anak, menerima mas kahwin RM22.50 ($9.35).Majlis diadakan secara tertutup untuk keluarga rapat pengantin.Menurut Zaibo, 54 tahun, beliau dan isteri sepakat mengadakan majlis ringkas sahaja.'Mulanya kami hanya nak bernikah di pejabat kadi dan mengadakan kenduri doa selamat. Bagaimanapun, perancangan itu bertukar apabila ramai pula ahli keluarga sebelah perempuan yang hadir. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mereka datang meraikan kami,' kata Zaibo, yang akan mengadakan majlis resepsi Januari nanti.Pelakon teater terkenal itu mengenali Cik Siti Hawa 10 tahun lalu dan kembali rapat sejak tiga tahun kebelakangan ini.Namun, mereka tidak pernah membincangkan soal hubungan yang serius, sebaliknya sekadar bersahabat.Kebetulan, Cik Siti Hawa adik kepada kenalan Zaibo.Hati Zaibo terbuka untuk lebih serius ketika Ramadan lalu dan ini dinyatakan kepada Cik Siti Hawa.Bagaimanapun, kesibukannya sebagai pelakon menenggelamkan hasratnya sehinggalah dua minggu lalu.'Benar, saya mengambil keputusan cepat. Malah, kenalan dan keluarga pun, saya hanya beritahu dua hari sebelum majlis pernikahan diadakan. 'Saya percaya dengan ketetapan Ilahi terhadap perjalanan saya dan isteri. Doakanlah kebahagiaan kami,' pintanya. -- Harian Metro.

No comments:

Post a Comment