ANDA nyaris melakukan jenayah dan mungkin mengundang anasir seperti virus dan sebagainya apabila melakukannya. Dan, ada satu lagi sebab yang mungkin berkesan melarang anda daripada melawat laman lucah apabila berada di Internet.
Pemilik laman lucah adalah antara golongan yang paling banyak mengumpulkan maklumat pengguna yang menyusuri lamannya dengan menggunakan pepijat pelungsur (browser bug) yang mendedahkan sejarah atau penyusuran anda apabila di alam maya.Pepijat adalah sesuatu kesilapan yang terkandung dalam perisian atau perkakasan komputer yang mendedahkan komputer itu pada pencerobohan dari luar.Statistik itu dikumpulkan beberapa pengkaji sains di Universiti San Diego yang mendapati terdapat 485 laman yang menggunakan pepijat itu.Kurangnya perkakasan itu membolehkan, misalnya, pemilik laman melawat semua laman lain yang telah dilawati oleh semua pengguna.Seterusnya, kajian itu juga mendedahkan bahawa banyak pemilik laman web yang menggunakan pepijat untuk menyasarkan iklan mereka dan memantau pergerakan pengguna di Internet.Hasil kajian itu adalah bukti kukuh bahawa ciri pertahanan yang lebih utuh perlu diterapkan dalam sofwe pelungsur web untuk mengawal keperibadian seseorang pengguna.Satu cara mudah untuk menerangkan cara pepijat berfungsi ialah seperti berikut: apabila mengguna pepijat, seseorang yang berkeupayaan dapat mengesan jejak langkah seseorang yang lain di Internet kerana sejenis sofwe pelungsur akan memaparkan alamat web yang telah dilawati seseorang dengan warna yang berlainan.Beliau boleh menulis kod istimewa untuk mencungkil maklumat itu daripada setiap pelungsur yang memaparkan pepijat berikut.Oleh itu, tidak hairanlah apabila kumpulan saintis itu dapat mengenal pasti 485 laman daripada 50,000 laman web yang paling banyak dilawati yang menggunakan kaedah itu untuk mencungkil sejarah melungsur seseorang pelawat.Lagi 63 laman didapati menyalin semua maklumat yang diperolehi sementara 46 laman web didapati merampas sejarah melungsur seseorang.Laman paling popular yang menggunakan teknik itu adalah laman lucah YouPorn. Banyak lagi laman lucah lain yang menggunakan kaedah itu selain daripada laman yang menawarkan berita sukan, dunia, filem dan lain-lain lagi.Selain daripada itu, kumpulan pengkaji itu juga menyelidik cara lain yang sering digunakan untuk memantau pergerakan pengguna di Internet.Laman YouTube, misalnya, didapati memuatkan skrip dalam kod strukturnya yang boleh menjejak pergerakan tetikus seseorang pengguna apabila berada di lamannya.'Kajian kami menunjukkan beberapa aplikasi Web 2.0 yang popular seperti mashup, aggregator dan lain-lain lagi sarat dijangkiti dengan ciri-ciri yang mencerobohi keperibadian pengguna Internet,' katanya. Namun, masih ada jalan keluar.Aplikasi pelungsur lebih moden, seperti Chrome dan Safari, tidak boleh dicerobohi menggunakan cara itu dan versi terkini, Mozilla Firefox, diperkasakan untuk menghalang pencerobohan ini.Pengguna Internet Explorer oleh Microsoft boleh 'melawan' pepijat itu dengan memilih ciri Private Browsing di aplikasi mereka.Walaupun ciri-ciri keselamatan seperti ini wujud, para pengkaji itu berkata 'ada keperluan yang amat sangat untuk mendirikan ciri pengawalan yang khusus dan berkesan' bagi membanteras teknik pencerobohan ini.Mereka sedang melakukan kajian lanjutan yang diharap dapat mewujudkan alat melungsur yang dapat menangani masalah pepijat secara menyeluruh.Pengguna Internet boleh melihat berapa banyak maklumat mereka yang terdedah di Internet di laman ini: http://whattheinternetknowsaboutyou.com. - BBC.
No comments:
Post a Comment