sumber http://sentiasa.blogspot.com/
Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita penangkapan orang Syiah di Malaysia. Penangkapan itu telah dilakukan 10 Muharram atau hari Asyura lalu, dimana orang orang Syiah melakukan peringatan kesyahidan Imam Husein as.
Diantara beberapa tuduhan yang dikatakan untuk membolehkan pihak berkuasa membuat tangkapan dalam kes tersebut termasuklah:
1. Orang orang berfahaman Syiah itu berusaha untuk melakukan revolusi dan menjatuhkan sistem kerajaan di Malaysia seperti yang dilakukan oleh Imam Khomenei ra di Iran.
2. Mereka menghalalkan darah orang selain Syiah dan membenarkan pembunuhan terhadap mereka.
3. Nikah mut'ah adalah halal dan kesannya anak-anak mereka adalah anak haram.
4. Kehadiran fahaman Syiah di Malaysia mengancam keselamatan Negara.
5. Fahaman Syiah tidak mewajibkan haji.
Untuk menjawab tuduhan yg tidak berasas itu, kami mengambil kesempatan untuk bertemu dengan Ayatollah Syed Shahrukhi, wakil Rahbar bagi Asia Tenggara dan melakukan wawancara dengan beliau mengenai masalah ini.
1. Berhubung dengan tuduhan pertama, Ayatullah Syed Shahrukhi mengatakan, jumlah orang-orang Syiah di Malaysia terlalu sedikit dan tidak logik jika mengandaikan mereka ingin melakukan revolusi di negara Malaysia yang jumlah penduduk keseluruhannya seramai 30 juta orang. Tuduhan kepada orang orang Syiah yg ingin melakukan revolusi sama sekali tidak benar dan tiada niat langsung didalam pemikiran mereka atau dalam setiap program yang mereka adakan. Ini adalah kesalahan yang nyata dan tuduhan yang tidak berasas sama sekali.
2. Syiah sama sekali tidak punya pemikiran seperti ini (menghalalkan darah orang selain Syiah), dan semua ulama dan pengikut Syiah di manapun mereka berada menganggap bahwa mazhab-mazhab Islam seperti Hanafi, Syafi'i, Hambali, Maliki dan lain-lain semuanya adalah bersaudara. Dalam pandangan Syiah mereka semua umat Islam. dan dalam fiqih Syiah tidak membenarkan mencerca setiap mazhab-mazhab yang ada itu.
3. Di atas tuduhan ketiga pula, kalau boleh saya katakan ini adalah masalah fiqih dan tergolong masalah khilafiyah. Sekaitan dengan perbezaan pandangan dalam fiqih, para ulama telah membahasnya secara formal. Sekali lagi saya katakan ini adalah masalah khilafiyah
Sementara dakwaan bahwa anak hasil mut'ah adalah haram adalah tuduhan yang sama sekali tidak logik dengan berhatihati bahwa penjelasan ini adalah termasuk khilafiyah.
4. Menurut pandangan Ayatullah Syed Shahrukhi, orang-orang Syiah di Malaysia hidup dengan aman dan damai. Mereka sama sekali tidak mengancam keamanan Negara Malaysia dan mereka hidup bersaudara dengan umat Islam yang lain. Setakat ini tiada lagi pemasalahan besar yg mereka hadapi.
5. Berikutan dengan tuduhan Syiah tidak mewajibkan haji adalah tidak benar. Takkan cerdikpandai tidak memahami dan sila kaji semula. Kerana orang-orang Syiah setiap tahun pergi menunaikan haji dalam jumlah ratusan ribu orang. Haji adalah perkara yang wajib bagi mereka yang mampu untuk melakukannya. Bila ada yang perberbezaan antara Syiah dan Sunni, maka itu kembali pada masalah fiqih. Dakwaan mereka ini jelas-jelas menyalahi fiqih yang mewajibkan setiap muslim yang mampu untuk melaksanakan haji.
Dengan tuduhan ini mereka berusaha mencemari orang yang akidahnya tidak tercemar. Seolah olah atau benar orang yang membuat tuduhan ini hanya bertujuan ingin menciptakan perpecahan dan ingin melemahkan orang-orang Syiah. Mereka pasti ada muslihat politik disebalik pekara ini dan tidak bersandarkan kekuatan agama. Mereka pada hakikatnya ingin merosakan arus politik Malaysia.
Selanjutnya, Ayatollah Syed Shahrukhi menyeru kepada mereka yg berkaitan supaya menarik balik tuduhan ini dan hidup bersaudara dengan orang-orang Syiah dan begitu juga sebaliknya, orang Syiah perlu hidup bersaudara dengan mereka. Kerana ini adalah asas keagongan Islam itu sendiri. - mamat ref:ind/radioiran
No comments:
Post a Comment