Oleh
Siti Farhana Shariff
WARGA Singapura kelihatan serik untuk mengunjungi kelong di sekitar Pulau Sibu, dekat Mersing, Johor. Menurut seorang pegawai Pusat Pelancongan Mersing ketika dihubungi semalam, sejak nahas bot Ahad lalu, pihaknya tidak menerima panggilan daripada warga Singapura untuk pergi ke kelong-kelong tersebut.
Pegawai yang mahu dikenali hanya sebagai Cik Maizunah itu berkata para pegawai bertugas di pusat itu turut diarah agar menasihati sesiapa saja yang ingin pergi ke kelong supaya jangan kerana cuaca buruk ketika ini.'Memang sudah menjadi kebiasaan kami menghalang pelancong pergi ke kelong jika cuaca buruk. Tetapi ada juga satu atau dua yang degil. Jika perkara itu terjadi kami akan sekali lagi menasihati individu berkenaan dan menekankan beliau bertanggungjawab atas keselamatan dirinya sendiri,' ujar Cik Maizunah.Kebanyakan warga Singapura pergi ke kelong di sana untuk memancing atau menjauhkan diri daripada hingar bingar kota.Cuaca buruk menyebabkan sebuah bot yang membawa 29 orang karam kira-kira 300 meter dari Jeti Tanjung Leman, di perairan Mersing, Ahad lalu. Empat warga Singapura terkorban, sementara seorang lagi masih hilang.Bot itu dalam perjalanan ke jeti setelah berlepas dari salah sebuah kelong tidak jauh dari situ.Pemeriksaan akhbar ini mendapati pakej melancong ke kelong di luar sekitar Pulau Sibu tidak terjejas.Seorang pengurus wanita sebuah syarikat pelancongan yang enggan namanya mahupun nama sayrikatnya disiar berkata pakej percutian ke kelong di perairan dekat Pahang tidak terjejas, walaupun jumlah pelancong memang berkurangan pada musim tengkujuh.'Perniagaan di kelong yang saya uruskan langsung tidak terjejas. Bahkan hujung minggu ini kami telah mendapat tempahan daripada sebuah keluarga Singapura untuk bercuti di sini,' katanya, sambil menegaskan pihaknya tidak mengambil ringan keselamatan pelanggan.
No comments:
Post a Comment