Monday, January 17, 2011

Janda tuduh Tiger Woods geledah rumah, baca diari dan cari dokumen peribadi


PUTUS SUDAH KASIH SAYANG: Woods, yang diketahui masih menyayangi isterinya, dilaporkan kecewa kerana Cik Nordegren berjaya meneruskan kehidupannya dan dikatakan sudah menemui lelaki lain. -- Foto fail



MIAMI: Cik Elin Nordegren, janda bekas pemain golf nombor satu dunia Tiger Woods, mendakwa bekas suaminya menyelinap masuk dan menggeledah rumahnya di Florida, untuk membaca diari dan mencari dokumen peribadinya.

Majalah National Enquirer melaporkan Cik Nordegren memberitahu rakannya bahawa kejadian berlaku ketika beliau meninggalkan dua anak mereka dalam jagaan Woods untuk bercuti pada hari 'Thanksgiving' yang lalu.Woods menggunakan kedua-dua anaknya sebagai alasan kepada pembantu rumah Cik Nordegren kononnya mereka tertinggal sesuatu dan perlu mengambilnya.'Woods menggeledah rumah, mencari dokumen peribadi dan membaca diari untuk mengetahui cinta baru dalam hidup saya.'Saya berasa dikhianati. Saya benar-benar marah.'Beliau tiada hak berada di rumah saya. Saya tidak mahu beliau curi-curi mengintip kehidupan peribadi atau menyelongkar laci, almari dan cuba mencari diari.'Saya rasa beliau sentiasa mengintip. Perkahwinan kami sudah berakhir. Tidak bolehkah beliau menerimanya?'Saya hanya ingin meneruskan kehidupan tetapi beliau seperti tidak mahu menghadapi kenyataan,' katanya.Menurut Elin, beliau menyimpan jurnal peribadinya seawal 2001 dan mencatatkan setiap butiran terperinci kehidupannya.Woods, yang diketahui masih menyayangi isterinya, dilaporkan kecewa apabila mengetahui Elin berjaya meneruskan kehidupannya, malah kini sudah menemui lelaki lain.Woods tidak pernah mahu bercerai dengan Cik Nordegren dan sejak perpisahan mereka, beliau menjadi amat cemburu terhadap wanita itu, kata sumber.Diari Elin dilapor mencatatkan pelbagai maklumat mengenai kehidupan dan perceraiannya termasuk juga lelaki terbaru dalam hidupnya.Bulan lalu, akhbar The Sun melaporkan teman lelaki terbaru Cik Nordegren ialah pelajar dari Afrika Selatan berusia 35 tahun yang belajar bersamanya di Maktab Rollins.Berikutan kejadian itu, Cik Nordegren mengambil keputusan menyambut Krismas bersama kedua-dua anaknya di Sweden, berjauhan daripada Woods.Pasangan itu secara rasmi bercerai Ogos lalu - sembilan bulan selepas Woods mengalami kemalangan kereta dan pada malam sambutan hari kesyukuran. -- Agensi.

No comments:

Post a Comment