Saturday, January 15, 2011

Isu arak: Jamil Khir kata Ronnie Liu hina Islam




Bernama hari ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak sebagai menghina menghina Islam.

NONE"Perkara itu termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Ronnie tidak boleh sentuh. Kita berusaha mempertahankan moral dan akhlak orang Islam tetapi yang berlaku ada pihak mahu umat Islam melakukan sebaliknya," katanya.

Sehubungan itu, Jamil Khir emberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan isu-isu agama supaya segera menghentikannya dan menilai kesan perbuatan mereka.

Liu Khamis lalu berkata pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.

NONEMalaysiakini pada 13 Januari lalu melaporkan garis panduan terbaru MPSJ melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariahbahawa syarat baru itu perlu dipatuhi sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Syarat itu dikatakan dibuat atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan” dan mana-mana syarikat yang gagal mematuhinya akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik.

Laporan Bernama itu, bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Jamil Khir akan mencadangkan larangan yang sama dikuatkuasakan kepada semua orang Islam di seluruh Malaysia.
Isu azan

NONEDalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata provokasi yang tinggi akan menimbulkan sentimen dan kemarahan orang Islam untuk bangkit mempertahankan agama mereka.

"Jadi jangan sentuh soal ibadat orang Islam. Saya ingin mengingatkan pihak terbabit tidak menggunakan parti-parti politik untuk menguji orang Islam dengan isu agama demi kepentingan politik mereka," katanya.

Beliua mengulas isu seorang pengadu mempersoalkan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Jalan Pantai Permai, Kuala Lumpur yang didakwa mengganggu tidurnya, baru-baru ini.

Beliau yang ditemui pemberita pada majlis ramah mesra pegawai penyelaras masjid daerah, imam dan guru Kafa (Kelas Agama dan Fardu Ain) di di Jitra hari ini berkata, surat pengadu yang diterimanya turut dihantar kepada Perdana Menteri, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

NONE"Kita membuat kajian dan pantau apa sebenarnya berlaku. Adakah pembesar suara di pasang 24 jam. Ia hanya dipasang apabila masuk waktu (solat).

"Islam diterima semua pihak sebagai agama rasmi persekutuan tetapi kini terdapat musuh politik yang cuba mengganggu-gugat perkara yang disepakati bersama," katanya.
'Mandom' pula
Jamil Khir turut melahir rasa kecewa dengan tindakan anggota parlimen PAS, Dr Lo'lo Ghazali menggunakan perkataan 'mandom' terhadap pegawai-pegawai Jakim dan Jabatan Agama dalam blognya mempertahankan tindakan anggota parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang berpakaian ketat mengadakan aktiviti senaman di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, baru-baru ini.

NONE"Saya nak tegur supaya cermat guna bahasa kerana perkataan supaya orang seperti kita (anggota parlimen) dihormati," katanya.

Terdahulu, semasa berucap beliau berkata kenaikkan elaun imam, pegawai penyelaras masjid daerah dan guru Kafa yang dibentangkan Perdana Menteri dalam Bajet 2011 Oktober tahun lepas adalah tanda keprihatinan kerajaan membawa mereka keluar daripada garis kemiskinan.

Imam dan pegawai penyelaras masjid daerah menikmati kenaikkan daripada RM450 kepada RM750 manakala guru Kafa daripada RM500 kepada RM800, berkuatkuasa bulan ini.
http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment