Saturday, January 15, 2011
Nik Aziz bertemu blogger hari ini
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meng ingatkan blogger di negara ini supaya tidak menulis isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
Beliau berkata, peringatan itu bagi menyedarkan golongan terbabit agar tidak menyalahgunakan kemahiran dan kemajuan teknologi sehingga menyinggung perasaan pihak lain.
“Usahkan blogger, anak kita pun kalau buat salah kita marah. Kita bagi penerangan, sama ada dia nak dengar atau tidak, itu dia punya pasal.
“Macam kita dengan saing (kawan), kalau dia buat salah kita kena tegur. Kalau tak dengar juga, nak buat macam mana. Dia tanggung dosa,” katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah mingguan di Medan Ilmu, di sini, semalam.
Nik Aziz menyatakan demikian ketika diminta mengulas tujuan rancangan pertemuannya dengan 180 penulis blog dan pengguna Facebook pro-Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.
Ditanya sama ada beliau bersedia menerangkan kepada blogger berhubung pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 Disember lalu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, perkara itu sudah ‘tutup buku’.
“Saya dah bagi tau, tempat sulit ke, tempat terang ke, saya bercakap benda yang sama, tidak ada rahsia,” katanya.
Sebelum ini, penulis blog yang dijadual menghadiri pertemuan hari ini membayangkan akan timbulnya isu pertemuan Nik Aziz dan Najib.
Antaranya, mereka yang tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan dikatakan akan menuntut penjelasan lanjut daripada Nik Aziz kerana terdapat beberapa kekeliruan berhubung isu itu.
Antara kekeliruan yang dijangka dikemukakan adalah mengapa undangan kepada Nik Aziz disampaikan melalui bekas perdana menteri dan bukannya melalui wakil Istana Negara.
Labels:
Nik Aziz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment