SINGAPURA
MM Lee rasakan masalah timbul menyusuli kebangkitan Islam dari negara Arab
Kenyataan Menteri Pembimbing, Encik Lee Kuan Yew, tentang isu integrasi dan masyarakat Muslim mendapat reaksi meluas. Ikuti sedutan kenyataan beliau yang dipetik daripada buku terbarunya, 'Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going (Kebenaran Pahit Untuk Meneruskan Penakatan Singapura)', dan reaksi terhadap kenyataan tersebut
SOALAN (S): Pandangan anda tentang dasar berbilang kaum merupakan asas pembangunan Singapura sejak 45 tahun lalu. Di Hari Kemerdekaan Singapura pada 9 Ogos 1965, anda berikrar Singapura tidak akan menjadi negara Melayu, Cina atau India. Apakah penilaian anda mengenai kemajuan Singapura ke arah dasar berbilang kaum ini?Jawapan (J): Saya harus berterus terang tetapi saya tidak mahu menyinggung perasaan masyarakat Islam. Saya fikir kita telah mengecapi kemajuan yang baik sehinggalah timbul kebangkitan Islam, dan melalui pemerhatian saya, masyarakat lain menjalani integrasi dengan mudah - melalui teman, perkahwinan campur dan sebagainya, orang India dan Cina - berbanding kaum Muslim. Itu (kesukaran integrasi oleh kaum Muslim) adalah kerana kebangkitan (Islam) dari negara-negara Arab.Oleh itu, jika anda ingin berkahwin dengan seorang Muslim, anda harus menjadi Muslim, ini satu langkah besar bagi seseorang bukan Muslim. Ia merupakan satu perubahan hidup yang besar. Anda pergi ke masjid, anda mempelajari bahasa Arab, mengamalkan solat, dan diet anda juga berubah. Dan saya fikir ini semacam satu hambatan yang agak sukar di atasi.Saya mengambil ikrar idealisme Rajaratnam pada masa di mana saya sedar sepenuhnya bahawa adalah sukar dicapai bagi tempoh yang lama, dan ia bergerak secara perlahan sehingga berlaku kebangkitan tersebut. Hari ini, kita berupaya menjalani integrasi dengan semua agama dan kaum, kecuali Islam.S: Adakah anda berkata adanya orang Islam di Singapura merupakan hambatan utama ke arah keharmonian kaum di sini?J: Saya tidak berkata begitu. Saya fikir Muslim secara sosial tidak menimbulkan masalah, tetapi mereka berbeza dan terasing. Generasi yang bekerja dengan saya - Othman Wok, Rahim Ishak - sebelum kebangkitan tersebut berlaku dan mempengaruhi mereka; generasi tersebut menjalani integrasi dengan baik. Kami minum bir, pergi memancing undi dan berkempen bersama, kami makan bersama.Kini mereka bertanya, 'Adakah pinggan ini bersih?' Saya berkata, 'Daripada mesin pencuci yang sama.' Isu tentang halal dan bukan halal semuanya boleh mengasingkan sesuatu kaum dengan yang lain. Ia membezakan saya dengan anda: 'Saya mempunyai kepercayaan, anda tidak.' Tiada sesiapa yang sangsi terhadap tahap kebersihan dan ia tidak ada kaitan dengannya, hanya kepercayaan agama yang membuat anda tidak melakukannya.S: Jadi apakah yang harus orang Islam lakukan untuk berintegrasi?J: Kurangkan amalan kuat Islam dan berkata, 'Baik, saya akan makan bersama anda.'S: Namun terdapat cara lain untuk berintegrasi tanpa berkongsi makan?J: Saya beritahu anda tentang reaksi seorang bukan Melayu, bukan Islam. Perdana Menteri menganjurkan jamuan perpisahan kepada semua Anggota Parlimen yang akan bersara. Jadi Othman Wok, seorang AP pesara, turut diundang. Beliau berada di meja saya. Saya mendapati beliau diberi makanan khusus. Saya berkata, 'Othman, adakah anda meminta makanan khusus?' Beliau jawab tidak. Lantas saya memanggil pelayan. Saya bertanya, 'Mengapa anda memberinya makanan berbeza? Mengapa beliau tidak boleh makan yang sama macam saya? Tiada babi pada makanan ini.' Dia menjawab, 'Tuan, peraturannya adalah semua Muslim mendapat makanan Muslim sekarang, kalau tidak akan mencetuskan rasa tidak senang.'S: Adakah anda tersinggung beliau mendapat makanan berbeza?J: Tidak, saya hanya berasa dunia sudah berubah, bahawa teman saya sudah berubah. Beliau merupakan teman lama yang sama sejak berdekad lalu, Othman Wok yang berkempen bersama-sama saya pada tahun 1950-an hingga 1970-an kini sudah berubah. Itu adalah kenyataan hidup.Saya tidak menyatakan ia betul atau salah. Saya hanya berkata sebagai seorang Muslim, tekanan adalah ke atasnya supaya berkelakuan sedemikian di mata awam.Saya bersekolah di Sekolah Inggeris Telok Kurau dan Raffles Institution, dan mempunyai ramai rakan Melayu. Beberapa rakan saya dari Telok Kuau juga ke Raffles dan kami bersahabat sepanjang tempoh persekolahan kami. Kami makan nasi lemak atau nasi goreng bersama, yang dibeli daripada wanita-wanita yang menjualnya di luar sekolah.Pada waktu itu, tiada kantin sekolah, jadi anda membeli nasi lemak berharga 2 sen dan anda memakannya bersama.Kini anda pergi ke sekolah dan universiti yang ada pelajar Melayu dan Cina, terdapat bahagian halal dan bukan halal dan para pelajar duduk berasingan agar (makanan) tidak dicemari. Semua itu menjadi jurang sosial. Saya tidak mengatakan ia betul atau salah. Saya hanya berkata ia adalah tuntutan agama, namun akibatnya terdapat satu jurang yang saya fikir direka sedemikian rupa. Islam adalah eksklusif.

No comments:
Post a Comment