Friday, January 28, 2011

Empat adik-beradik akhirnya dapat sijil lahir




MUSTAFHA (kanan) menyerahkan sijil kelahiran kepada empat adik-beradik sambil diperhatikan Syawal (dua dari kiri) di Ampang semalam.


AMPANG - Penantian empat beradik yang tidak mempunyai sijil kelahiran berikutan masalah ketiadaan dokumen perkahwinan ibu bapa mereka berakhir semalam.
Adik-beradik tersebut, Mohammad Amirul, 12; Mohamad Akhmal, 11; Nuraliah Maisarah, 8, dan Nurayuni Layla Witra, 5, menerima sijil lahir masing-masing di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor di sini.
Pengarah JPN negeri, Mustafha Mohammad memberitahu, pihaknya membantu kanak-kanak tersebut selepas masalah mereka didedahkan Kosmo! baru-baru ini.
"Hasil siasatan mendapati masalah itu berlaku kerana ketiadaan dokumen perkahwinan ibu bapa mereka, Syawal Potrah, 36, dan Duanah Abdul Latif, 39.
"Dalam tempoh 10 hari selepas masalah mereka disiarkan oleh Kosmo!, kakitangan JPN berjaya menyelesaikan masalah mereka seterusnya mengeluarkan sijil lahir," katanya selepas menyerahkan sijil lahir kepada empat kanak-kanak tersebut.

No comments:

Post a Comment