PILIHAN RAYA KECIL DUN TENANG
Kempen DAP semakin dapat sambutan pengundi Cina
LABIS: Harapan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan sekurang-kurangnya majoriti 5,000 undi dalam pilihan raya kecil Ahad ini mungkin lebih sukar.
Ini kerana momentum kempen Parti Tindakan Demokratik (DAP) - salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR) - di kalangan pengundi berbangsa Cina di kawasan undi itu kini kelihatan semakin rancak, demikian menurut laporan sebuah laman berita tempatan.The Malaysian Insider semalam melaporkan ia difahamkan bahawa anggota Umno yang berkempen bagi pihak parti komponen BN itu, yang pada mulanya yakin dapat menambat hati majoriti pengundi Melayu di Tenang, kini mulai menyalahkan Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, kerana gagal menyekat pengaruh DAP yang semakin bertambah sejak hari penamaan calon.'Saya fikir mereka telah memperkecilkan pengaruh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terhadap masyarakat Cina. Mereka menarik minat pengundi di sini dan tidak seperti PAS (Parti Islam SeMalaysia), ceramah-ceramah DAP hanya dihadiri oleh penduduk setempat,' kata seorang pegawai Umno yang bercakap atas syarat namanya tidak didedahkan.Penasihat DAP, Encik Lim Kit Siang, dan anak beliau, Encik Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung parti itu, menghabiskan masa sehari suntuk memberi ceramah dalam dua perhimpunan PR di Labis Tengah.Kededua perhimpunan itu, yang diadakan pada malam Isnin dan Selasa, menarik kehadiran sekurang-kurangnya 300 penduduk setempat, yang boleh dianggap sebagai satu jumlah agak besar dalam kempen pilihan raya DUN Tenang itu.Malah, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut menyampaikan ceramah pada satu acara ceramah DAP malam kelmarin - sebagai satu isyarat adanya perpaduan antara dua parti komponen PR itu.Ketibaan beliau di kawasan undi Labis Tengah telah diumumkan oleh Ahli Parlimen DAP Serdang, Cik Teo Nie Ching, yang mengucapkan terima kasih kepada Datuk Nik Abdul Aziz kerana mempertahankan beliau semasa beliau dikritik kerana melawat ke sebuah masjid baru-baru ini.'Pilihannya amat mudah di sini, undilah Cikgu Normala,' kata Datuk Nik Abdul Aziz merujuk kepada calon PAS, Cik Normala Sudirman.Mursyidul Am PAS itu berada di Tenang, semalam, untuk membantu kempen calon partinya itu.Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, semasa membuat kunjungan rumah ke rumah penduduk di beberapa kampung di sekitar Pekan Ayer Panas, di sini, pula dipetik oleh laporan agensi berita Bernama, semalam, sebagai berkata para pengundi DUN Tenang perlu menolak pembangkang yang hanya tahu melempar tohmahan dan bercakaran sesama sendiri tanpa mempedulikan tentang pembangunan negara.'Jangan buat pilihan yang salah pada 30 Januari ini, pastikan kita undi BN. Pembangkang hanya tahu bercakaran sesama sendiri dan tidak pernah membuat sebarang sumbangan kepada rakyat dan negara,' katanya, sambil menambah, hanya BN yang mampu melaksanakan program pembangunan demi kebaikan rakyat.Sementara itu, kawasan DUN Tenang dilanda hujan dan banjir kilat di beberapa kawasan semalam, tetapi ia tidak melembapkan semangat berkempen kededua parti.

No comments:
Post a Comment