Friday, January 14, 2011

Rakyat kritik Aquino beli Porsche


MANILA 13 Jan. - Presiden Benigno Aquino (gambar), yang berhabisan untuk memiliki sebuah kereta sport mewah terpakai, Porsche dikritik rakyatnya sebagai membazir kerana beliau mewakili negara ketiga termiskin di dunia.
"Ia dilihat lari daripada karakter sepatutnya. Dia berkempen menentang pembelian kereta-kereta mewah tetapi dia sendiri membeli sebuah Porsche.
"Ramai yang melihatnya sebagai sesuatu yang tidak elok kerana ia bersifat pembaziran dan menunjuk-nunjuk kekayaan kepada golongan miskin," ujar setiausaha agung kumpulan aktivis Freedom From Debt Coalition, Milo Tanchuling.
Aquino berkata, dia menjual kereta BMW lamanya dan membuat pinjaman peribadi untuk membeli kereta Porsche terpakai itu yang menurutnya membenarkan dia memandu secara tenang di sebalik tanggungjawab besarnya itu.
"Saya amat gembira dengan pembelian itu kerana perbatuan kurang daripada 10,000 kilometer," ujar Aquino tentang kereta terpakai yang dibelinya itu.
Menurut laporan akhbar tempatan, Porsche milik Aquino yang merupakan model paling murah itu berharga 4.5 juta peso (RM311,737.51).
Jurucakap Aquino, Edwin Lacierda mempertahankan Aquino dengan mengatakan nilai kereta itu telah banyak menyusut berbanding dengan Porsche yang baru.
"Kalau ia belum susut nilai, presiden tidak mungkin membelinya, malah tidak akan mempertimbangkannya langsung," ujarnya.
Aquino mendapat kemenangan besar pada pilihan raya Mei tahun lalu dengan janji untuk membanteras rasuah dalam kerajaan dan mengakhiri perbelanjaan yang membazir yang menurutnya menyebabkan kemiskinan.
Aquino telah memandu sendiri keretanya itu ketika lawatan ke daerah luar ibu negara dan dia turut 

No comments:

Post a Comment