KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman telah melumpuhkan satu sindiket menjual bayi selepas menyerbu sebuah klinik di Selayang dan sebuah rumah di Subang Jaya serta menyelamatkan dua bayi berusia tiga dan empat hari.
Dalam serbuan pertama di klinik berkenaan pada 3 petang Sabtu lalu, polis telah menahan empat wanita - dua rakyat tempatan dan dua warga asing - termasuk dalangnya, serta merampas berpuluh sijil kelahiran yang sudah diisi dan kosong, lapor akhbar Berita Harian Malaysia (BHM), semalam.Dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Subang Jaya pada 10 malam hari yang sama, polis menahan dua wanita hamil - kededuanya warga Myanmar berusia 20-an tahun - yang dipercayai disimpan di situ sehingga mereka melahirkan bayi, serta seorang warga India yang baru melahirkan anak.Selain tempat tinggal, makan dan minum wanita hamil itu juga dipercayai dijaga sindiket berkenaan bagi memastikan kandungannya sihat dan bayi dilahirkan bergred tinggi untuk dijual pada harga yang tinggi, tambah akhbar itu.Seorang sumber polis berkata serbuan-serbuan itu dilakukan selepas sebulan menjalankan siasatan dan risikan.Difahamkan setakat ini sindiket itu sudah menjalankan urus niaga melibatkan sekurang-kurangnya 15 bayi dengan setiap seorang dijual pada harga antara RM7,000 ($2,956) dengan RM15,000.Nilai bayi tersebut ditentukan oleh warna kulit, jantina dan dokumen kelahiran yang disediakan, lapor BHM.Menurut sumber itu, polis sedang menjejaki seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan yang disyaki menjadi orang dalam bagi menguruskan dokumen kelahiran bayi-bayi yang hendak dijual itu.'Bukit Aman juga sedang menyiasat dakwaan adanya bayi yang sudah dijual di Singapura dan bekerjasama dengan polis republik berkenaan.'Kami syak kumpulan ini juga ada hubungan dengan sindiket penjualan bayi yang dibongkar di Sarawak tahun lalu,' kata sumber tersebut.Pada 12 Julai lalu, polis Sarawak berjaya menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia 23 hari yang cuba dijual seorang wanita warga Indonesia pada harga RM10,000 kepada seorang anggota polis yang menyamar sebagai sepasang suami isteri di Kuching.
No comments:
Post a Comment