Saturday, February 12, 2011

Aishah hidap dua kanser




LOSONG FERI – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah nasib yang dapat digambarkan kepada seorang wanita yang cukup tabah walaupun ditimpa kanser payu dara dan kanser kelenjar.

Wanita tabah yang dimaksudkan, Aishah Ismail, 53, dihujani pelbagai penyakit yang menimpanya sehingga tiada lagi ungkapan dapat dikeluarkan untuk menggambarkan keperitan yang perlu dihadapinya.

Menceritakan pe-ngalamannya ketika disahkan mengidap penyakit kanser payu dara, dunia bagaikan gelap gelita kerana pelbagai perkara membebani fikiran sehingga merebak ke bahagian kelenjar.

Dia pada mulanya tidak menyangka demam biasa yang dialaminya lima tahun lalu adalah petanda dia menghidap kanser dan tidak ke klinik kerana menyangka ia hanya demam biasa.

Sehinggalah pada suatu malam, dia terasa ada ketulan pada bahagian payu dara kanannya dan terkejut selepas disahkan menghidap kanser yang boleh membawa maut.

Demi kasih dan sayang terhadap keluarga terutama suami tercinta, pesara Telekom, Ismail Jusoh, 67, yang sering menemaninya ke mana sahaja, membuatkan dia tabah mengharungi dugaan itu dengan hati terbuka dan reda ketentuan ditetapkanNya.

“Walaupun tertekan dengan nasib menimpa, tetapi semangat untuk meneruskan hidup menjadi alasan untuk saya terus bertahan.

“Sekarang saya cuma ingin memohon perbelanjaan perubatan dari mana-mana pihak yang sudi menghulurkan ban-tuan sebab sebelum ini kos rawatan ditanggung suami yang terpaksa mengeluarkan duit pencennya,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment