Thursday, February 10, 2011

Dataran Tahrir kembali panas



KAHERAH 9 Feb. - Setelah bilangan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir dilihat menurun sejak Sabtu, momentum mereka kembali meningkat semalam dengan ribuan orang memenuhi kawasan tersebut dan berterusan hari ini dipercayai didorong oleh kemunculan seorang aktivis politik yang baru dibebaskan daripada tahanan polis, kelmarin.
Kembalinya penunjuk perasaan menentang kerajaan Hosni Mubarak itu jelas menyebabkan kerajaan tidak senang hati. Petanda paling ketara ialah akses kepada Internet ditutup sejak semalam, berbanding sebelum ini akses boleh diperolehi pada waktu malam.
Utusan Malaysia bersama lima lagi rakan wartawan tiba di kawasan Dataran Tahrir kira-kira pukul 11 pagi dan melihat pergerakan yang luar biasa orang ramai memasuki dataran, berbanding hari-hari sebelumnya.
Untuk memasuki kawasan dataran, orang ramai harus melalui pos pemeriksaan tentera yang telah menutup kawasan itu dengan kawat berduri dan bilangan tentera yang ramai. Ketika beratur, kami melihat sekumpulan wartawan Barat bercakap dengan seorang pegawai tentera, yang jelas tidak membenarkan mereka masuk.
Pada masa yang sama, seorang jurugambar Barat berjalan ke arah kami yang berkata, beliau tiba-tiba dilarang masuk pula hari ini, walhal semalam tidak ada masalah berbuat demikian.
Katanya, wartawan dan jurugambar atau sesiapa yang membawa peralatan kamera tidak dibenarkan memasuki kawasan dataran.
Ini mendorong kami menukar program kerana tiga daripada kami memiliki kamera dan memilih untuk meninggalkan kawasan dataran atas faktor keselamatan.
Tinjauan Utusan Malaysia semalam di sekitar pusat bandar raya ini hingga ke Giza mendapati walaupun kereta-kereta kebal tidak mengubah kedudukannya di lokasi strategik dan sensitif, kehidupan di kota ini berjalan seperti biasa.
Cuma kerajaan Mesir jelas mengambil langkah yang sudah dijangka dalam usaha menyekat aliran komunikasi, dengan menggantung akses Internet. Malah wartawan Malaysia yang tinggal di hotel yang sama, mula merasai 'perhatian' yang tinggi daripada kakitangan hotel yang terletak kira-kira dua kilometer dari Kedutaan Malaysia di Mohandessine, Giza di sini.
Semalam, wartawan Utusan 'ditawarkan' berpindah bilik ke tingkat yang sama dengan rakan yang lain, walhal tiada aduan atau alasan lebih munasabah untuk berpindah. Semasa Internet tiada, seorang kakitangan mahu memeriksa komputer bimbit wartawan Utusan ke pejabatnya atas alasan mahu memeriksa sambungan. Yang sedikit menyeramkan ialah talian telefon dari bilik ke bilik pula ditiadakan semalaman. Mujurlah telefon bimbit masih boleh digunakan.
Belum dapat dijangka apakah langkah seterusnya yang akan dibuat oleh pihak berkuasa Mesir terhadap sekumpulan media Malaysia yang tinggal lama ini. Sekurang-kurangnya kami sudah menyedari sejak Isnin lalu, pergerUtusan Malaysia Online - Dalam Negeri

No comments:

Post a Comment