Tuesday, March 8, 2011

Bekas Presiden Perancis dibicara kes rasuah




JACQUES Chirac tiba di pejabatnya di Paris, Perancis semalam.


PARIS - Perbicaraan kes rasuah melibatkan bekas Presiden Perancis, Jacques Chirac bersama sembilan defendan lain bermula di sebuah mahkamah di sini semalam.
Chirac, 78, merupakan ketua negara Perancis pertama yang dihadapkan ke mahkamah sejak pemimpin Perancis era Perang Dunia Kedua, Marshal Philippe Pétain dihukum penjara seumur hidup.
Beliau didakwa terbabit dalam beberapa penyelewengan dan salah guna kuasa semasa menjadi Datuk Bandar Paris sebelum memegang jawatan Presiden Perancis pada 1995 hingga 2007.
Kes tersebut membabitkan Chirac mendalangi satu komplot supaya Dewan Bandar Raya Paris membuat pembayaran yang menguntungkan parti politik pimpinannya semasa beliau memegang jawatan datuk bandar.
Pemimpin tersebut yang menyebelahi bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George Bush untuk menyerang Iraq berkemungkinan besar tidak dihukum penjara tetapi pada dasarnya, Chirac boleh dipenjara 10 tahun dan didenda $210,000 (RM635,884) sekiranya didapati bersalah.
Pemimpin veteran itu dijangka hadir di mahkamah berkenaan hari ini dengan perbicaraan kes tersebut diramalkan mengambil masa selama sebulan. - AgensiKosmo! Online - Dunia

No comments:

Post a Comment