Utusan Malaysia Online
JAKARTA 7 Mac - Pendakwa raya di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan hari ini menolak hujah bantahan awal guru agama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir yang menyatakan dakwaan ke atasnya bermotifkan politik.
Pendakwa raya Muhammad Taufik berkata, mereka menolak hujah bantahan yang menyatakan dakwaan yang dibuat Abu Bakar mempunyai kaitan dengan negara asing.
"Pendakwaan dibuat atas kebimbangan jenayah pengganas dan tidak bermotifkan politik," katanya.
Dalam perbicaraan mahkamah Khamis lalu, Abu Bakar mengecam Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya atas 'cubaan tidak henti-henti' mereka untuk menyabitkannya bersalah dalam kegiatan pengganas.
Dengan membaca kenyataan bantahan awalnya, Abu Bakar memberitahu AS adalah dalang di sebalik tiga perbicaraannya dalam tempoh lapan tahun.
"Ketika saya kembali dari lawatan ke Malaysia, Firaun AS menuduh saya menjadi pemimpin al-Qaeda yang patut dihapuskan dari Indonesia," katanya semasa membacakan kenyataan setebal 90 halaman itu.
Dia kini berhadapan dengan dakwaan mengetuai dan membiayai kem latihan separa tentera di Aceh.
Sementara itu, Munarman, peguam kepada Abu Bakar berang selepas pendakwa raya menyifatkannya sebagai tidak sopan ekoran kenyataan yang dibuatnya minggu lalu tentang Dulmatin, pembuat bom terkenal yang dikehendaki atas serangan Bali 2002.
"Sudahkah polis dan pendakwa raya menyoal siasat Dulmatin dari dalam kubur," kata Munarman.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana pendakwa raya boleh membuat kesimpulan daripada hasil perbualan kerana pertemuan itu dibuat secara bertentangan mata. Dulmatin dibunuh dalam serbuan polis tahun lalu.
Penyokong Bashir mengikuti perbicaraan itu melalui skrin televisyen besar yang dibina di luar mahkamah sambil memekik 'Pendakwa raya yang memalukan, anda tidak beragama'.
Abu Bakar hari ini turut memberitahu Hakim Herri Swantoro bahawa kem latihan separa tentera di Aceh dibina atas syariat Islam. - AGENSI

No comments:
Post a Comment