Utusan Malaysia Online
JOHOR BAHRU 7 Mac - Bagi budak berusia empat tahun, apa sahaja objek boleh menjadi barang mainan.
Begitu jugalah bagi Siti Nor Haiza Habibu Rahman yang menjumpai sebuah meja lipat usang di luar rumahnya.
Bagaimanapun malang tidak berbau, kelekaan bermain dengan 'barang mainan' itu mengundang tragedi apabila lehernya tersepit pada meja tersebut.
Mayat mangsa ditemui abangnya di luar rumah mereka di Taman Damai Senai, dekat sini semalam.
Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3.30 petang ketika Siti Nor Haiza bermain seorang diri.
Ibunya, Jumaliah Amran, 37, berkata, dia hanya menyedari kejadian malang itu selepas dimaklumkan oleh anak lelakinya yang baru pulang bermain bola.
"Semasa itu, saya sedang tidur dan terkejut apabila diberitahu mengenainya. Saya bergegas keluar dan alangkah sedihnya apabila melihat Siti dalam keadaan badannya kebiruan dengan anak matanya memandang ke atas.
"Saya terus mengangkat dan membawanya ke hospital untuk rawatan, namun sudah terlambat kerana dia sudah pun meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini hari ini.
Jumaliah yang berasal dari Sabah memberitahu, dia telah membuang meja berkenaan di belakang rumah tetapi anak-anaknya mengambilnya semula untuk bermain.
"Tanpa saya sedar Siti pula bermain meja itu seorang diri sehingga meragut nyawanya," ujarnya.
Menurutnya, dia terkilan kerana tidak memenuhi permintaan Siti Nor Haiza yang inginkan permainan ketika mereka ke kedai runcit berhampiran rumah beberapa hari lalu.
"Dia merengek minta saya belikan permainan itu tetapi saya tidak belikan kerana ingin hadiahkan dia permainan yang lain. Saya terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan terakhirnya," ujarnya.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya ketika dihubungi hari ini mengesahkan kes itu dan berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
"Mangsa telah dibawa ke Hospital Kulai dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas," jelasnya.

No comments:
Post a Comment