Tuesday, March 8, 2011

Karnival Rio disertai model terkenal




SEBUAH kenderaan berhias daripada sekolah samba Vila Isabel menyertai karnival Rio de Janeiro, Brazil kelmarin.


RIO DE JANEIRO - Perarakan yang terkenal di seluruh dunia, Karnival Rio bermula kelmarin dengan pertunjukan bunga api dan sorakan peminat-peminat yang berpesta di jalanan selama dua hari.
Perarakan itu menampilkan penari-penari yang berpakaian hampir bogel, kereta-kereta berhias yang luar biasa dan watak-watak tambahan yang berjumlah ribuan orang serta 70,000 penonton di sebuah stadium selain disiarkan menerusi saluran televisyen antarabangsa.
Hanya 12 buah sekolah samba yang berada dalam senarai tangga teratas dibenarkan menyertai Karnival Rio itu.
Setiap sekolah perlu membuat persiapan berbulan-bulan dan melibatkan kos sehingga AS$5 juta (RM15 juta).
Juara sekolah samba dipilih berdasarkan koreografi, muzik, tarian dan kreativiti persembahan.
Kemenangan dalam pesta itu umpama menjadi juara dalam pertandingan bola sepak.
Secara keseluruhan, pertandingan itu mempamerkan imej-imej yang sinonim dengan Brazil seperti seksi, masyarakat yang pelbagai budaya dan semangat berpesta yang sangat membara.
Model terkenal dari Brazil, Gisele Bundchen berusia 30 tahun turut menyertai perarakan tersebut dan dia menari di atas sebuah kenderaan berhias dengan memakai pakaian singkat.
Pelakon terkenal, Pamela Anderson turut menyaksikan perarakan karnival itu. - AgensiKosmo! Online - Dunia

No comments:

Post a Comment