Berita
Pensyarah UM lari turun dari tingkat 10 tempat penginapan di Tokyo
KUALA LUMPUR: “Ketika kejadian jam 3 petang saya berasa bangunan hotel berhayun dan kedengaran bunyi bangunan ‘merekah’ selama tiga hingga empat minit.“Saya yang berada di tingkat 10 hotel tidak dapat berdiri tegak dan terasa bangunan macam akan tumbang, selang beberapa minit, gerakan bumi agak lemah dan saya terus memakai pakaian luar berlari turun ke lobi hotel,” kata Dr Abdul Halim Sulaiman yang terselamat selepas menempuh detik mencemaskan pada hari kejadian gempa bumi di Jepun, Jumaat lalu.
Pensyarah Alam Sekitar dari Fakulti Sains Universiti Malaya itu berada di Jepun bersama 13 lagi rakyat Malaysia terdiri daripada 10 wakil industri dan masing-masing dua wakil akademik dan Perbadanan Produktiviti Negara bagi mengikuti program lawatan pengurusan alam sekitar di Shibuya, Tokyo, selama seminggu bermula 6 Mac lalu.
Abdul Halim yang sudah beberapa kali ke Jepun sebelum ini, berkata gegaran dirasai itu amat berlainan berbanding sebelum ini kerana tempoh masanya agak panjang.
“Pada masa itu, saya hanya berserah kepada Tuhan, perasaan takut menyelubungi diri, jalan pun terumbang-ambing, terpaksa berpaut pada dinding,” katanya yang bersyukur selamat sampai ke Malaysia kira-kira jam 8.15 malam, kelmarin.
DI SEPANG: "Ketika gegaran kuat, saya hanya ingat mati dan teringat keluarga di Malaysia,” kata pelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Syed Dzulfakar Shukor, 23, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Jepun, semalam.
Ketika gempa bumi kali pertama melanda Jepun pada Jumaat lalu, beliau dalam lawatan ke Universiti Meiji, Tokyo, bersama 13 lagi rakannya.
"Ketika kejadian kami hanya dapat bersandar pada dinding. Semua orang panik dan berasakan bangunan akan runtuh. Itulah pengalaman saya berhadapan dengan gempa bumi," katanya.
Rakannya, Abu Hassan Moksen, 22, pula berkata pengalaman mengerikan itu cukup menyedarkannya betapa bertuah hidup di Malaysia yang bebas daripada kejadian gempa bumi.
“Selepas gegaran, keadaan agak kelam kabut tetapi nasib baik kerana tiada kejadian buruk berlaku kepada kumpulan kami,” katanya.
Tokyo terletak lebih 100 kilometer (km) dari Sendai, antara lokasi yang paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.
Seorang pekerja swasta, Cynthia Lee, berkata beliau berada di tingkat bawah tanah sebuah hotel di Tokyo apabila gegaran kuat berlaku.
“Pada masa itu, dalam fikiran saya hanya mahu menyelamatkan diri dan saya segera berlari ke lobi hotel kerana berasakan tingkat bawah tidak selamat.
“Sampai di lobi, saya melihat semua orang berlari keluar menyelamatkan diri, saya hanya mengikut arah orang ramai berlari. Tiba di luar, saya melihat banyak bangunan bergoyang-goyang seolah-olah akan runtuh," katanya yang berada di Jepun selama tiga minggu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada Jumaat lalu.
Seorang pelajar tajaan Yayasan Pelajaran MARA, Muhammad Izhar Ishak, 23, berkata kejadian gempa Jumaat lalu adalah paling buruk pernah dialaminya sepanjang berada di negara itu sejak dua setengah tahun lalu.
“Memang saya sudah biasa dengan gempa bumi kecil sebelum ini tetapi Jumaat lalu yang paling kuat dan paling mengerikan, mujur rumah sewa kami tidak runtuh atau rosak,” katanya.
Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Yong Soo Heong, yang turut pulang semalam berkata beliau gembira kerana selamat dalam kejadian itu.
Katanya, beliau kagum dengan disiplin yang ditunjukkan oleh rakyat Jepun walaupun ketika berhadapan dengan bencana besar seperti itu.
Oleh Faiza Zainudin dan Sazarina Shahrim
bhnews@bharian.com
2011/03/14

No comments:
Post a Comment