Thursday, March 3, 2011

Menteri Kristian di Pakistan ditembak mati



Shahbaz Bhatti


ISLAMABAD 2 Mac – Menteri Hal Ehwal Agama Minoriti Pakistan, Shahbaz Bhatti ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata hari ini di Islamabad selepas ahli politik itu menerima ugutan bunuh.

Bhatti seorang penganut Katolik menjadi penentang terhadap undang-undang kontroversi Pakistan yang menghina agama.

Seorang penyerang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaan dinaiki Bhatti yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di ibu kota Pakistan sebelum melarikan diri, kata pegawai polis Abdul Majid kepada AFP.

Menurut seorang doktor, Azmatullah Qureshi berkata, Bhatti meninggal dunia ketika tiba di Hospital Shifa Islamabad.

Januari lalu, Gabenor Punjab, Salman Taseer dibunuh oleh salah seorang pengawal peribadinya berikutan beliau menjalankan kempen penentangan terhadap undang-udang kerajaan Pakistan.

Undang-undang Pakistan menentang hukuman mati terhadap pesalah yang menghina ajaran Islam memandangkan belum ada sesiapa dijatuhi hukuman tersebut.

Aktivis mengatakan undang-undang tersebut digunakan untuk mengeksploitasi pihak lain atas tujuan permusuhan peribadi atau pertikaian dalam perniagaan.

Sementara itu, Menteri Penerangan Pakistan, Firdous Ashiq Awan berkata, Bhatti telah memainkan peranan utama dalam mewujudkan keharmonian dalam agama dan beliau merupakan individu yang hebat.

“Kami turut bersedih di atas kematian beliau yang tragik dan pihak kerajaan akan menjalankan siasatan mengapa beliau tidak diiringi oleh pengawal keselamatan ketika kejadian,” katanya. – AFP/APUtusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment