Friday, March 4, 2011

Sayap rama-rama menyerupai kepala ular

SH


KAMPUNG PULAU RAJA - Seorang remaja, Mohd Aidil Naim Ismail, 13, yang mahu ke sekolah panik apabila menyangka ular masuk ke dalam rumahnya apabila terdengar dengusan haiwan itu di dinding rumahnya di sini, kelmarin.

Bagaimana pun sangkannya meleset kerana bukan ular yang memasuki rumahnya, tetapi seekor rama-rama gergasi yang mempunyai corak di kedua-dua sayapnya menyerupai kepala ular.

Mohd Aidil Naim berkata, kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu menyeramkan kerana rama-rama itu mengeluarkan bunyi seperti dengusan ular apabila disentuh.

“Entah daripada mana rama-rama gergasi ini datang, tiba-tiba melekat di dinding rumah saya.

“Sayapnya berkepala ular, bunyi pun macam ular sekiranya disentuh, memang menakutkan saya,” katanya.

Menurutnya, dia ketika itu baru bangun tidur dan kecoh apabila ibu bapanya terdengar jeritannya.

“Saya panggil mereka, ketika itu ibu dan ayah bersiap mahu solat Subuh, mereka terus ke ruang tamu untuk melihat rama-rama gergasi ini,” katanya.

Menurutnya, rama-rama ini ditangkap dan disimpan dalam kelambu bayi, namun hanya dua hari dia hidup

No comments:

Post a Comment