Friday, March 4, 2011

Semarakkan protes saman ekor

SH
Semua jentera Penerangan perlu semarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat. Masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam. Pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac 2011. Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor.
Sila naikkan kain rentang di seluruh negara. Sila letak di tepi jalan raya “Tolak Saman Ekor”
Pas berpandangan hukuman yang dikenakan kepada pemandu yang tidak membayar saman ekor, sehingga tidak boleh berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalanraya adalah tindakan yang zalim. Ini menggalakkan mereka yang tidak berlesen dan mempunyai cukai jalan. Apabila ini berlaku, maka yang rugi ialah kerajaan kerana kehilangan hasil negara.
Tahniah juga kepada rakyat yang kreatif, telah melaungkan slogan kepada mereka yang sedang beratur ketika hendak membayar saman.
Daripada awal lagi, Pas menggesa pihak kerajaan membawa mereka ke mahkamah untuk dibicarakan. Barulah mangsa akan puas hati kerana kesalahan mereka diketahui. Anda mampu mengubahnya. Ubah sekarang sebelum rakyat muflis angkara saman ekor.
Dipetik daripada blog Idris Ahmad (Ketua Penerangan Pas Pusat)

No comments:

Post a Comment